White Spot
White Spot (Ich)
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis parasite (protozoa) (Ichthyophthirius multifiliis) dan boleh menjangkiti hampir semua ikan air tawar. White spot boleh dikenalpasti melalui bintik-bintik putih halus pada tubuh dan sirip ikan. Ikan juga kelihatan restless dan mempamerkan gejala "flashing" iaitu menggosokkan badan pada objek di dalam akuarium.
Parasite dewasa akan melekat pada badan ikan dan memakan tisu-tisu kulit serta menyedut darah ikan. Selepas beberapa hari, parasite akan berkembang menjadi trophozoite dan keluar daripada kulit ikan. Trophozoite ini akan tenggelam ke dasar akuarium di mana ia membentuk ratusan bayi parasite yang dikenali sebagai tomites. Tomites ini seterusnya akan berenang dan menjangkiti ikan-ikan lain. Ich hanya boleh dibunuh ketika fasa free-swimming ini.
Penyakit ini adalah sangat senang merebak dan menjangkiti seluruh ikan di dalam akuarium. Namun, sekiranya sistem imuniti ikan kuat, ikan tersebut berkemungkinan tidak akan jatuh sakit atau menunjukkan sebarang gejala. Ikan ini dikenali sebagai asymptomatic carrier. Namun, ikan-ikan ini tetap berisiko untuk menyebarkan Ich kepada ikan lain. Apabila ikan mengalami stress, sistem imuniti ikan akan menjadi lemah, ini menyebabkan ikan lebih mudah untuk dijangkiti Ich.
Punca-punca berlakunya outbreak Ich di dalam akuarium:
Apabila ikan baru tidak dikuarantin sebelum dimasukkan ke dalam akuarium. Ini merupakan punca paling utama berlakunya jangkitan Ich. Ich juga boleh menjangkiti sesuatu sistem melalui tumbuhan hidup kerana ia mungkin mengandungi telur Ich.
Perubahan suhu yang mendadak. Ich seringkali dikaitkan dengan suhu yang sejuk tetapi sebenarnya suhu yang tidak stabil (temperature fluctuation) yang menyebabkan ikan menjadi stress.
Penggunaan bersama (sharing) alat-alat akuarium seperti jaring atau hos yang tidak dinyahkuman selepas digunakan di dalam akuarium yang terjangkit.
Bagaimanakah kita mencegah penyakit Ich?
Memastikan semua ikan baru dikuarantin terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam akuarium utama. Tempoh durasi yang direkomen adalah sekurang-kurangnya 14 hari. Dalam tempoh kuarantin ini, adalah penting untuk sentiasa melihat keadaan ikan untuk memastikan Ich tidak hadir pada ikan. Ramai aquarist yang mengamalkan langkah prophylactic, iaitu dengan menggunakan methylene blue atau malachite green (S1) semasa kuarantin.
Memastikan ikan tidak berada di dalam keadaan yang stressed dengan mengekalkan parameter air yang baik, memastikan suhu air akuarium stabil (mungkin memerlukan heater di kawasan-kawasan yang lebih sejuk), dan ikan diberi makanan yang berkhasiat - menguatkan sistem imuniti ikan.
Jangan menggunakan jaring atau hos atau apa-apa bahan sebelum dinyahkuman (saya biasa menggunakan Clorox) pada akuarium lain/akuarium yang terjangkit.
Bagaimanakah cara merawat Ich?
Salah satu rekomendasi bagi merawat jangkitan Ich adalah menaikkan suhu air akuarium (28-30' Celsius). Ini akan mempercepatkan life cycle Ich, oleh itu fasa tomites dapat dicapai dengan lebih cepat. Ini adalah penting kerana kita dapat mengurangkan durasi rawatan dengan signifikan - secepat 4-7 hari.
Pastikan airstones/sponge filter digunakan semasa rawatan kerana suhu air yang lebih tinggi dan penggunaan ubat akan mengurangkan kandungan oksigen terlarut di dalam air.
Apabila Ich dikesan pada ikan, kita kenalah menganggap seluruh sistem akuarium tersebut telah dijangkiti - air/gravel/tumbuhan/filter dan biomedia. Oleh itu, jangan asingkan ikan yang sakit dan rawat satu-persatu. Rawat seluruh tank!
Namun, sekiranya di dalam akuarium tersebut hanya mempunyai sedikit ikan, ikan-ikan tersebut boleh diasingkan dan dirawat di dalam hospital tank. Tomites akan mati sekiranya mereka gagal menjangkiti sebarang hos dalam tempoh 48 jam. Oleh itu, langkah yang boleh diambil adalah menaikkan suhu air dalam akuarium dan biarkan kosong selama 4-7 hari sementara ikan dirawat di tank lain.
Seterusnya, kita kenalah menggunakan ubat untuk membunuh tomites yang free-swimming di dalam air akuarium. Antara ubat-ubat yang boleh digunakan adalah:
Aquarium salt - sekurang-kurangnya 1 tablespoon (15g) bagi setiap 3 gallon (12 liter) air, boleh dinaikkan sehingga 1 tablespoon (15g) bagi setiap gallon (4 liter) air. Namun, ubat ini tidak boleh digunakan sekiranya terdapat tumbuhan hidup atau ikan-ikan scaleless seperti Cory catfish atau Clown loach.
Methylene blue - Ubat ini merupakan ubat yang paling popular dalam merawat Ich. Ia boleh menyebabkan beneficial bacteria (BB) mati. Aquarium perlu dicycle semula. Garam biru mengandungi sodium klorida dan methylene blue.
Formalin/Malachite green/Formula gabungan (FMG) - seperti methylene blue, ubat ini juga akan membunuh bakteria baik. Namun, formula ini adalah lebih berkesan kerana ia lebih kuat. Banyak produk-produk anti white spot komersial menggunakan formula ini. S1 mengandungi malachite green.
Copper sulphate - selalunya digunakan untuk merawat jangkitan parasite lain seperti Velvet, ubat ini juga berkesan untuk membunuh Ich. Tetapi kena berhati-hati kerana dos yang terlebih akan membunuh ikan! Copper sulphate juga tidak boleh digunakan sekiranya anda memelihara invertebrates dan snails.
Adakah antibiotic berkesan terhadap Ich?
Tidak, antibiotic tidak akan membunuh Ich. Namun, adalah common untuk jangkitan bakteria secondary berlaku apabila ikan dijangkiti Ich. Untuk kes jangkitan Ich yang teruk, antibiotic mungkin diperlukan - biasanya nitrofurazone (Yellow Powder) atau Erythromycin.
Comments
Post a Comment