Pemilihan Tayar Yang Sesuai Untuk Motorsikal
Touring/long distance
Untuk moto-moto touring, ride border sebulan dua kali. Kerja long distance(ipoh-kl). Tayar bukan saja compound keras, tapi speed rating pun tinggi. Kebanyakannya cruising speed 180kmh.
-Bridgestone T31
-Michelin pilot road 1-5
-Pirelli angel Gt
-Corsa Cross S
Daily commute(untuk kapcai khususnya)
Yang buat ulang alik kerja, delivery rider, kerja dalam town. Banyak lagi model untuk kelas ni tapi kalau nak list semua berjela jadi kita listkan sedikit sebanyak sahaja.
-Corsa sport rain
-Michelin pilot street
-Metzeler sportec street
-Pirelli angel City
-Dunlop tt100
-Maxxis Diamond
Weekend warrior
Selalunya untuk weekend warrior ni dual compound, tengah medium/hard, tepi soft nak layan konar Btic, Kkic, Genting & sesekali masuk track Elite speedway, sepang gokart & Sic. Untuk kapcai kurang sikit pilihan sebab biasanya tayar saiz kecil tak ada dual compound
Mileage ✅
Koner ✅
-Bridgestone s21/s22
-Pirelli rosso corsa
-Pirelli rosso sport
-Pirelli diablo Rosso
-Metzeler M7/m9
-Michelin pilot power Rs
-Maxxis Volans
Kaki trackday
Untuk yang sebulan sekali masuk track, nak improve timing, yang bila tengok muka dia terus teringat trackday. Ciri tayar ni dia cepat panas. 1 compound sahaja iaitu soft tapi soft pun mungkin ada hingga 3 jenis soft(macam metzeler ada k0 k1 k2). 1 ke 2 lap dah boleh leper tayar-tayar ni. Ni antara tayar dia π
-Pirelli Supercorsa v1/v2/v3
-Bridgestone Battlax R11
-Metzeler Racetec
-Dunlop alpha 13/14
-Irc izr 0013
-Maxxis F1
-Corsa S46
Racing/yang nak menang race
Yang ni compound special, harga tak payah cerita memang mahal. Nak pakai pun kena ada warmer. Susah dapat dalam Malaysia tapi memang ada kedai yang bawak masuk. Tayar-tayar ni dapat tengok masa race besar macam Arrc, Wsbk & Fim supermoto asia.
-Pirelli diablo Superbike
-Metzeler Racetec Rr slick
-Bridgestone slick V01/V02
-Metzeler Racetec Sm
-Michelin pilot power Sm
-Dunlop Kr410
-Dunlop Moto3
Banyak lagi brand tayar dalam Malaysia ni, tapi yang dalam list ni yang biasa ada dijual di kedai.Dah baca abis apa tunggu lagi, gi cari kedai tayar yang berdekatan. Ni antara kedai-kedai yang banyak bawak masuk tayar motosikal, bermacam jenis & bermacam saiz. Dah ada guide senang sikit la nak pilih. Banyak lagi kedai tayar tapi ni yang aku kenal & trusted kalau nak beli tayar π
- M2M Tyre Trading
- Artic Tayar
- WeeBiker Sdn Bhd
- Blackfire Shah Alam
- Taiko Tayar
Kredit-Farkhan Lokman
Comments
Post a Comment