HITH - Hole In The Head
Someone ask me. Apa itu penyakit ikan HITH .
Penyakit HITH (Hole In The Head) biasa terjadi kpd ikan2 spesis Cichlid mahupun channa. Boleh juga terjadi kpd ikan2 lain.
Simptom2 penyakit ini ,
Stage 1 infection , akan kelihatan lubang di kepala dan sepanjang lateral line ikan (sensor ikan) , ikan lemah dan lesu
Stage 2 infection , badan ikan dan fin akan mula mereput dan kehitaman , lubang bernanah, insang mula pucat dan berlendir , selaput putih seluruh badan
Punca HITH ini adalah daripada jangkitan bakteria specific pd ikan yg myebabkan ulser pd kulit lembut ikan (terutama kws lateral line) , kekurangan mineral dlm badan ikan dan memaksa ikan utk mggunakan tulang cartilage kt kepala yang myebabkan kesan berlubang ataupun mereput di bahagian kepala.
Kualiti air yang tak baik adalah penyumbang utama HITH.
Cara rawatan nya agak rumit. Tapi boleh focus dengan menggunakan ubat2 anti bacterial. Rawat sepertimana merawat infection bacteria lain. Ada sesetengah penghobi , menyapu cream antibiotik pd kwsn berlubang.
Contoh ubat HITH:
Metrodinazole
Octozin
API General Cure
Selebihnya boleh rujuk youtube dan websites berkenaan penyakit dan rawatan HITH
Sedikit sebanyak yg saya faham tentang HITH. Jikalau ada silap , sila perbetulkan π
Sekian dr saya , JasonPP
contoh gambar channa HITH dari sahabat Muhammad Sam Firdaus
#jasonpriestley
Salam warga MCF. Sedikit perkongsian pengalaman dalam perawatan penyakit HITH pada channa limbata.
Apa itu HITH?
Ia adalah singkatan Hole In The Head (lubang pada kepala).
Bagaimana terjadi?
Ianya terjadi disebabkan kualiti air yang rendah dan kehadiran parasit dari makanan atau pokok/kayu/batu yang diletakkan dalam aquarium
Simpton :
-Ikan mula menyorok dan mager(malas gerak)
- warna pudar dan ekor sirip kuncup
-Terkelihatan lubang jelas di kepala. Sememangnya channa terdapat lubang di kepala iaitu sensor dia tetapi bile HITH ni menyerang, lubang itu semakin jelas kelihatan dan nampak isinya (gambar 1 : Limbata male saya)
Rawatan :
1) Asingkan ikan dan letak dalam bekas. Saya memilih bekas saiz kecil yang sekadar boleh ikan itu berpusing.
2) Sebelum isi air baru, saya tabur ubat serbuk kuning dikepala(gambar 2). Guna cotton bud untuk ratakan ubat itu ke lubang kepala yang sakit tersebut (Gambar 3). Penggunaan bekas kecil ini adalah bertujuan untuk senang saya nak letak ubat itu. Kalau bekas besar, ikan akan mudah bergerak dan sukar nak target letak ubat dan juga kita tak perlu pegang ikan untuk bagi dia diam dan tenang sebab saya taknak lendir di badan ikan adalah pertahanan ikan channa. Kurang lendir, ikan akan cepat lemah.
3) letakkan air sedikit sekadar melepasi mulut kerana saya nak ubat itu betul2 serap dalam lubang tersebut. Biarkan seketika dalam 5 ~ 10 minit
4) Tambah air tanpa klorin sehingga melepasi fin. Tambah ubat kuning sehingga air bertukar kuning. Tak perlu kuning pekat. cukup sekadar air bertukar warna kuning (gambar 4). Tutup bekas dan simpan di tempat gelap untuk dia bertenang dan rehat.
5) Perhatikan setiap beberapa jam, kalau air jernih lagi tapi ada kotoran seperti najis, pakai dropper untuk buang najis tersebut. Sekiranya air dah mula keruh dan terdapat seperti tisu2 putih, ulang langkah 2~4 untuk beerapa kali sehingga lubang pada kepala ada perubahan. Ikan saya amil masa 3 kali rawatan dalam hari dan sudah sedikit pulih.
6) Saya major wc tank ikan, cuci substrate, scape, n filter system(saya pakai canister filter dengan media campur), letak BB, aquade dan cycle air selama 3 hari iaitu dari hari pertama saya rawat ikan.
7) Sebelum letak ikan dalam tank, saya letak air dari tank ke dalam bekas rawatan. Ini bertujuan untuk dia adapt parameter air dari tank tersebut. Setelah 10~15minit, baru saya pindahkan ikan ke dalam tank menggunakan plastik, tujuan adalah untuk kekalkan lendir di badan ikan dan ikan terluka sekiranya pakai tangan atau jaring
Sepanjang rawatan. Saya tak bagi ikan makan sebab taknak ikan berak banyak dalam bekas rawatan yang kecil. Ammonia akan tinggi kalau najis ikan banyak dalam bekas kecil. Saya bagi full cacing tanah setelah ikan stabil dalam tank.
Hasil rawatan :
Ikan saya dah kembali pulih dari HITH, warna dah kembali gelap, kembali aktif main depan cermin (gambar 5 & 6)
Diharap penulisan ini akan membantu kawan2 yang menghadapi masalah sama dengan saya ini. Sekiranya ada penambahbaikan, boleh la komen sebab masing2 mempunyai cara tersendiri.
Ikan kita, parameter dan setting tank adalah berbeza dengan orang lain. Try n error adalah guru terbaik kita dalam progress dan rawatan ikan dan membuat kita faham akan demand ikan kita. Sekian.
#mcfcompetition
Hexamita parasite... akan jadi hole in the head.. kena buat treatment pakai metronidazole selama 7-10 hari...
- buang air 30%
- set heater 30 celcius, kalau tank suhu dah normal 30 celcius tak perlu heater..
- letak garam akuarium 1 sudu besar untuk 150 liter air, untuk paksa hexamita keluar dari badan ikan..
- dos metronidazole 5g untuk 100 liter dan campur dalam makanan ikan dan bagi ikan makan campuran metronidazole + makanan ikan..
- metronidazole akan deactivate selepas 8 jam guna, so hari esoknya buat waterchange sekali lagi dan repeat step atas sampai cukup 7-10 hari
Cara nak elak kena hexamita:
- weekly waterchange
- stop bagi frozen bloodworm
-overhaul media setup setiap 1-2 bulan, cuci media guna air waterchange
-UV lamp
-kuarantin ikan baru beli sekurang2nya 1 minggu
- make sure suhu normal tank sentiasa 30 celcius... kalau suhu 26-28 masih taknak pakai heater... tu masalah sendiri cari pasal bagi parasite beranak dalam tank...
Comments
Post a Comment