SBD - Swimming Bladder Disorder

 




Swim Bladder Disease (SBD) 


Keadaan ini merujuk kepada sebarang jenis masalah yang mengganggu organ ‘swim bladder’ ikan, dan selalunya dapat dilihat terjadi ke atas ikan emas atau ikan laga, tetapi juga boleh terjadi kepada sebarang jenis ikan. 


Fungsi swim bladder adalah untuk mengawal tahap keterapungan ikan, oleh itu sekiranya ikan mengalami penyakit ini, ia akan mengalami kesukaran untuk terapung/tenggelam. Ikan juga akan berenang dalam posisi/keadaan yang pelik, contohnya terbalik atau terpusing ke arah tepi. Perut ikan juga mungkin kelihatan kembung (distended belly).


Penyakit ini mungkin boleh disebabkan sebarang tekanan (compression) terhadap swim bladder apabila perut ikan menjadi kembung, disebabkan oleh:


1. Makan dengan terlalu cepat (rapid eating)

2. Makan dengan terlalu banyak (overeating)

3. Masalah sembelit (constipation)

4. Tertelan udara yang berlebihan (gulping air) - biasanya apabila ikan memakan makanan ikan yang terapung


*SBD biasanya dikaitkan dengan makanan yang kering/beku seperti dry pellet, flakes, frozen food. Makanan tersebut mengembang apabila berada di dalam perut ikan (telah menyerap air), dan menyebabkan perut ikan menjadi kembung.


5. Suhu air yang sejuk - ini akan melambatkan proses metabolisma ikan. Ini menyebabkan makanan lambat dihadam dan perut ikan menjadi kembung.


6. Jangkitan bakteria/parasite - internal infection boleh menyebabkan keradangan kepada swim bladder


7. Faktor mekanikal - kecederaan terhadap swim bladder boleh disebabkan apabila ikan terjatuh/terlanggar dekorasi akuarium yang keras atau dinding akuarium/diserang ikan lain


8. Masalah organ lain yang menekan swim bladder selain daripada usus - contohnya kidney cyst/fatty liver/egg-bound untuk ikan betina


9. Rarely, birth defects (biasanya ada sejak ikan mulai free swimming lagi)


Cara-cara untuk merawat SBD:


1. Pastikan parameter air baik - 0 ammonia, 0 nitrite, <50ppm nitrate, suhu air tidak berubah-ubah. Membuat partial water change setiap 2-3 hari


2. Sekiranya masalah ini berpunca daripada pemakanan, anda boleh puasakan ikan selama 3 hari, dan naikkan suhu air. Ini akan membolehkan makanan dalam usus dihadam dengan kadar yang lebih cepat


3. Beri makan dengan kacang hijau (green peas) yang telah direbus dan dipotong kepada cebisan kecil - pastikan kulit kacang dibuang terlebih dahulu. Ini akan menggalakkan ikan untuk berak (bagi ikan yang mengalami constipation).


4. Membuat Epsom salt (magnesium sulphate) bath atau dip (recommended). Garam Epsom berfungsi sebagai mild laxative (membuatkan ikan berak). Ia juga boleh menggalakkan ikan betina untuk mengeluarkan telur.


***Generally, utk Epsom salt (Magnesium sulfat), cara yang direkomen adalah dengan membuat salt dip - sediakan larutan dengan kepekatan 1 tbsp (15g) garam untuk setiap gallon (4L) air yang ternyahklorin. Masukkan ikan ke dalam dan biarkan selama 10-15 min (maksima). Perhatikan keadaan ikan selama membuat salt dip - sekiranya ikan stress, keluarkan serta merta.


***Klu yg OF Magna salt tu, dia ada bagi instruction khas utk buat salt bath selama 3 hari - dengan dosekan sebyk 5g/L utk 3 hari. Utk prevention, dosekan 1g/L.


5. Mengurangkan paras air dan kekuatan filter air supaya ikan boleh berenang dengan lebih mudah


6. Sekiranya masalah ini disebabkan oleh jangkitan, antibiotik (broad spectrum) boleh digunakan.


*Saya rekomen antibiotik untuk jangkitan bakteria anaerobic (Metronidazole) dan bakteria gram negatif (Nitrofurazone/Kanamycin). Medicated food adalah lebih berkesan untuk merawat internal infection. 

*Perhatikan gejala2 lain untuk mengenal pasti punca jangkitan bagi pemilihan antibiotik yang sesuai. 


7. Membawa ikan kepada veterinarian untuk rawatan lebih lanjut sekiranya langkah-langkah di atas tidak berkesan. Minor operation mungkin diperlukan untuk membuat dekompresi.


Dalam kebanyakan kes, rawatan bagi swim bladder yang teruk tidak berkesan. Oleh itu, adalah lebih penting untuk mencegah sebelum terjadinya SBD:


1. Memastikan air sentiasa bersih dengan kerap membuat water change, menyedut najis ikan daripada dasar akuarium, dan sistem filter berfungsi dengan baik


2. Pastikan suhu air stabil


3. Pastikan ikan diberi makanan yang berkualiti tinggi, dan seboleh-bolehnya rendamkan dry pellet/flakes dahulu sebelum diberikan kepada ikan. Tukar kepada sinking pellet sekiranya ikan boleh menerimanya


4. Pastikan makanan ikan yang beku (frozen food) dinyahbekukan sebelum diberi makan kepada ikan


4. Elakkan overfeeding! Berikan makanan dalam kuantiti kecil pada satu masa supaya ikan tidak terlebih makan


Extra info:


Penggunaan BBS (baby brine shrimp) untuk jangka masa panjang sering dikaitkan dengan SBD, terutamanya bagi fry ikan Betta. Adalah disarankan untuk mempelbagaikan variasi makanan untuk mengelakkan masalah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?