Dropsy
Penyakit Dropsy
Penyakit ini sering disebut sebagai salah satu penyakit maut bagi Betta. Penyakit ini susah untuk diubati
Simtom utama: Ikan Betta kembung dan jika anda melihat dari atas, anda akan dapat melihat sisiknya terbuka atau kembang. Selera makan juga hilang dan sentiasa berada di permukaan air.
Punca:
1. Kualiti air yang tidak elok / kotor,
2. Kandungan Ammonia atau Nitrite yang byk dlm tangki
3. Mungkin dari makanan seperti jangkitan dari cacing hidup.
Jika dikesan pada fasa awal penyakit ini berlaku 1. Asingkan ikan ini dari ikan-ikan yang lain.
2. Tukar air yang bersih 100%
mungkin boleh diubati
3. Masukkan Aquarium salt (garam akuarium) 1-2 sudu kecil /gelen dan Jungle's Anti-Parasite pellets untuk makanannya.
4. Tukar air setiap hari dan masukkan garam akuarium setiap kali tukar air baru.
5. Anda juga boleh mencuba ubat Arowana Gold untuk rawatan susulan. Jika lewat dikesan tiada harapan untuk menyelamatkan ikan anda.
***********
KENALI JENIS PENYAKIT BETTA
Punca:
- Kualiti air yang tidak sesuai (kotor)
- Kandungan ammonia dalam air yang tinggi
- Buah pinggang Betta tidak berfungsi - Jangkitan makanan hidup seperti cacing hidup/kutu air
Simptom:
- Perut Betta mengembung
- Sisik terbuka seperti buah nenas
- Tidak memakan & kurang aktif
Penawar:
1. Tukar air 100% (Water Change)
2. Air mesti bebas klorin (guna penapis klorin / anti-chlorine / air yang diperam 2-3 hari)
3. Letak garam berubat (garam kuning/biru/catappa)
4. Tukar air setiap hari dan ulangi step 1-3
5. Guna ubat yang mengandungi "anti-bacterial/parasite properties"
Dropsy adalah penyakit yang paling digeruni oleh semua peminat Betta Juga dikenali sebagai penyakit maut sebab Dropsy memang susah dirawat
Comments
Post a Comment