Tips Penjurian Competition Channa Marulioides

 

TIPS #1 Sedikit penerangan berkenaan RING BUNGA dalam penilaian juri kontes:


Channa Marulioides (All Varian)


Terdapat beberapa istilah yang anda perlu tahu di dalam perkara ini. Iaitu Calon bunga (cabung), ring putih penuh dan ring bunga penuh solid.


Calon bunga:

Di kenali sebagai cabung. Ia mempunyai ciri ciri ini, iaitu pada satu/sekeping sisik penuh hanya mempunyai ring putih yang tidak lengkap iaitu hanya ada tompokan kecil ring putih sahaja. Ia tidak membentuk ring putih yang sempurna pada hujung sisik. (Boleh rujuk gambar).


Ring putih penuh:

Ring putih penuh bermaksud hujung sekeping sisik itu di penuhi lingkaran ring putih akan tetapi ia tidak mempunyai sisik hitam yang solid atau tidak ada langsung di belakang ring putih berkenaan. (Rujuk gambar)


Ring bunga penuh solid:

Ring bunga solid pula bermaksud hujung sekeping sisik itu di penuhi lingkaran ring putih  dan di belakangnya mempunyai sisik hitam solid. Senang cerita ring putih yg diakhiri dengan sisik hitam tebal adalah ring bunga sempurna. (Rujuk gambar)


Ok di sini pengiraan berdasarkan kategori ikan itu sendiri:


Calon bunga: toleransi hanya untuk class PROGRES.


Ring putih penuh tapi sisik hitam kurang solid atau tiada: toleransi untuk class JUVENILE dan JUNIOR.


Ring penuh solid ada sisik hitam yang solid: wajib untuk class SENIOR dan ke atas.


Kenapa ada toleransi?


Toleransi untuk calon bunga:

Untuk class progress masih agak sukar menghasilkan ring bunga penuh ini. Ya memang ada tapi kebanyakkannya masih melalui proses pertumbuhan calon bunga menjadi ring bunga penuh. Sebab itu namanya progress.


Toleransi untuk ring putih penuh:

Untuk class juvenile dan junior pula di beri kelonggaran adalah kerana normalnya untuk ring bunga penuh  (mempunyai sisik hitam tebal di belakang ring putih) di bawah saiz ini masih tidak banyak. 


Untuk class senior dan ke atas memang wajib untuk penilaian ring bunga solid kerana dengan ukuran ini kematangan ikan sudah hampir ke peringkat kemuncak. Kebanyakkan sudah mempunyai bunga yang sudah matang dan solid.


P/S: Ring bunga penuh solid (sempurna) tetap akan ada sisik hitam solid walaupun bar di badan seseekor ikan dalam keadaan pudar atau hilang.




Tips #2. Apa itu BAR SIMETRI @ TIDAK SEMETRI dan perbezaan BAR HITAM PEKAT dan KURANG PEKAT dalam sistem penilaian juri di kontes?


Channa Marulioides (All varian)

PERHATIAN❗️ Bar simetri tidak menjaminkan anda medapat placing di dalam setiap kontes❗️


Di dalam sistem penjurian comp channa terdapat satu point penjurian yang di beri nama BAR. Apa itu bar? Bar ialah bentuk atau corak hitam yg terdapat di setiap badan Channa Marulioides kiri dan kanan sama ada varian red atau yellow. Ia selalunya di tumbuhi oleh ring bunga. 


Terdapat beberapa versi bar mengikut lokaliti. Ada yang berbentuk seperti nilai 9999, berbentuk pagar rumah dan ada yang berbentuk bulat serta tebal. Tidak kisah bentuk apa pun ia tetap di nilai sama saja berdasarkan point yang telah di tetapkan.


BAR SIMETRI:

Bar semetri membawa maksud, keadaan bentuk dan kedudukan bar hitam kiri dan kanan ikan berkenaan adalah sama dan betul-betul hampir sama. Jika lihat dari atas kita akan nampak kedudukan bar hitam itu selari dan bersambung di bahagian atas badan. (Kita boleh menggunakan sistem anak kembar) contoh paling mudah bar simetri ini seperti anak kembar seiras yang mukanya sama, bentuknya sama. . Di dalam sistem juri ia di gelar BAR SIMETRI SEMPURNA (jumlah bar kiri dan kanan mestilah sama) (rujuk gambar 1 dan 2)


BAR TIDAK SEMETRI:

Bar tidak semetri pula membawa maksud, keadaan bentuk dan kedudukan bar yang tidak selari kiri dan kanan (tidak sama kedudukan dan bentuk) Bar tidak semetri ini boleh di katakan seperti anak kembar tidak seiras iaitu muka dan bentuknya tidak sama walaupun sedarah sedaging. (Rujuk gambar 3)


Kepekatan Bar:


BAR BERWARNA HITAM PEKAT DAN JELAS:

Ini membawa maksud ikan berkenaan mempunyai bar yang sangat pekat dan hitam kiri dan kanan badan. (Rujuk gambar 4)


BAR HITAM KURANG PEKAT:

Ia membawa maksud ikan berkenaan mempunyai warna bar hitam yang pudar dan kurang jelas. (Rujuk gambar 5)


Sistem penilaian (rujuk gambar 6):


-Markah penuh keseluruhan point penilaian BAR adalah 4 markah (seorang juri). 


Nilai 4 (markah penuh): Bar wajib simetri kiri kanan (jumlah sama) dan bar mesti dalam keadaan hitam pekat. Simetri Sempurna.


Nilai 3: Bar mestilah simetri kiri dan kanan badan. Di dalam point 3 ini kaedah permakahan masih menggunakan sistem toleransi berkenaan bar simetri ini. Iaitu bar simetri sempurna di bahagian atas serta di kiri dan kanan bar mempunyai jumlah bar yang masih sama TETAPI ada sedikit kotor/putus bentuknya di bahagian bawah bar. Bar hitam yang kurang pekat.







Nilai 2: Bar yang langsung tidak semetri tetapi mempunyai bar hitam yang pekat.


Nilai 1: bar yang langsung tidak semetri dan keadaan bar hitam yang tidak pekat dan pudar.


Begitulah sedikit penerangan daripada saya. Maaf jika tidak seberapa.

Tips #3 Point Penilaian Channa Marulioides








Credit:-

Fairuz Azman

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?