Posts

Showing posts from 2024

Saffron atau Za'faran

Image
  Kebaikan Saffron Untuk Lelaki & Perempuan Yang Ramai Tak Tahu Kebaikan saffron boleh dikatakan sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur tidak kira lelaki mahupun perempuan. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan kelebihan saffron yang perlu anda tahu. Apa itu saffron ? Saffron atau za’faran digelar “Raja Rempah” dan “emas merah”. Ia adalah rempah yang berasal dari Asia Tenggara. Ramai orang mengenalinya dari rasa, aroma khas, dan warna kuning keemasan yang terhasil ketika direndam ke dalam air. Harganya cukup mahal kerana proses pengumpulannya juga memakan waktu yang lama. Di mana stigama bunga harus dipetik secara manual dengan jumlah yang banyak untuk menghasilkan saffron. Untuk pengetahuan anda, saffron ini juga digunakan dalam masakan tradisional, khususnya dalam masakan Timur Tengah, India, dan sebahagian Eropah, untuk memberikan rasa, aroma, dan warna pada hidangan seperti nasi, kari, sup, kuih-muih, dan minuman. Biasanya ia digunakan dala

Kenali Personaliti Melalui Tulisan Anda

Image
Adakah korang seorang peramah, pemalu atau kedua-duanya? Mungkin juga korang yang sombong, atau mungkin juga korang seorang yang mempunyai kecenderungan untuk selalu berbohong? Kesemua ciri-ciri itu tadi mungkin boleh dikesan daripada cara penulisan tangan korang. Menurut kajian dari National Pen Company di Amerika Syarikat, tulisan tangan anda boleh memberikan petunjuk tentang personaliti anda; berdasarkan bentuk, ruang, saiz dan juga tandatangan anda pada kertas. Jom kita lihat personaliti korang daripada ciri-ciri berikut: 1. Saiz Saiz tulisan yang kecil: Pemalu, rajin, menumpukan perhatian, dan teliti. Saiz tulisan sederhana: Mudah menyesuaikan diri. Saiz tulisan besar: Sukakan perhatian. Yakin.   2. Jarak antara ayat Jarak besar: Sukakan kebebasan. Tak suka berada dalam keadaan yang sesak. Jarak kecil: Jenis tak boleh duduk seorang diri. Kena ada geng baru boleh hidup.   3. Gelungan dalam huruf ‘L’ Gelung ‘L’ yang sempit: Suka menyekat kemampuan diri.Tak percaya diri sendiri. Gelu

19 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang G-Shock

Image
19 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang G-Shock 1. Tough Solar - Bermaksud model-model G-Shock/Protrek/Edifice dan model standard Casio dilengkapi dengan panel solar yang dapat mencaj kuasa secara automatik dengan semua unsur cahaya. Tidak kiranya ianya cahaya matahari, lampu kalimantang, lampu neon dan lain-lain jam tersebut akan caj sendiri sekiranya terdedah pada sumber cahaya tersebut. Disokong oleh bateri caj semula yang boleh menyimpan tenaga selama antara 6 hingga 34 bulan bergantung kepada model yang terpilih. Model bateri yang paling umum sekali ialah bateri caj semula CTL-1616 dari Panasonic/Sony/Maxell/Sanyo. 2. Multiband 5/Multband 6/Waveceptor - Bermaksud jam Casio tersebut dilengkapi dengan antena penerimaan isyarat dari menara jam atomik di 5 atau 6 lokasi di seluruh dunia. (Zon 1: Bahagian Utara USA, Zon 2: Bahagian Utara Eropah (Jerman, UK), Zon 3: Bahagian Asia Timur (Jepun, China, Hong Kong, Taiwan dan Seoul, Korea). Jumlah : 6 menara atomik (USA : 1, Zon Eropah : 2,

Cara bela ikan talapia

Image
Ikan talapia adalah ikan yang baik untuk di akuakultur pada suhu air sederhana. Mereka mudah dibiakkan, menggunakan berbagai jenis makanan semula jadi serta makanan buatan, senang bertahan dengan kualiti air yang buruk, dan membesar dengan cepat pada suhu yang hangat. Sifat-sifat ini, bersama dengan kos input yang rendah, menjadikan ikan talapia sebagai ikan air tawar yang paling banyak dibiakkan di negara-negara tropika dan subtropika. 1.~ PERUMAHAN Perumah ikan talapia adalah mengikut kemampuan dan kapasiti yang anda mahu. Jika anda hanya mahu bela kecil-kecil atau sebagai ikan hiasan, yang anda perlukan adalah sebuah akuarium. Anda boleh gunakan saiz akuarium 4 kali atau lebih. Jika anda mahu bela ikan ini sekeliling rumah secara kecil-kecil, orang sekarang banyak pakai polytank atau kolam kanvas. Jika pengalaman saya, saya hanya menggunakan tangki hitam yang sudah tidak digunakan lagi. Jika anda mempunyai tangki hitam ini, anda hanya menebuk lubang untuk paras overflow air yang ber