Saffron atau Za'faran

 


Saffron, yang dikenali sebagai β€œemas merah,” adalah rempah unik yang berasal dari bunga Crocus sativus.


Digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan tradisional, dan juga kosmetik, saffron terkenal dengan aromanya yang khas, rasa yang halus, dan warna keemasan yang memukau.


Namun, yang menjadikannya begitu istimewa bukan sekadar harganya yang tinggi, tetapi kandungan khasiat yang luar biasa di dalamnya.


Setiap helai saffron mengandungi pelbagai bahan berkhasiat seperti crocin, safranal, dan picrocrocin, yang memberikan manfaat kesihatan yang pelbagai.

kebaikan saffron


kebaikan saffron
Saffron berasal dari stigma bunga crocus sativus linneaus (turut dikenali sebagai crocus saffron).


Macam mana saffron diperoleh?

Menariknya tentang bunga ini, setiap bunga hanya mempunyai tiga stigmata sahaja.

Setiap stigma akan dikumpulan satu per satu dan kemudian dikeringkan. Untuk menghasilkan satu paun saffron, ia memerlukan ribuan kuntum bunga Crocus sativus.


Kebaikan saffron di dunia (jenis)

Terdapat lima jenis saffron yang ada di dunia ini. Antaranya adalah seperti berikut:

Saffron Maghribi: Saffron Maghribi mempunyai rasa yang unik dan sering digunakan dalam masakan Maghribi

Saffron Sepanyol: Saffron Sepanyol adalah jenis β€œCoupe” yang mempunyai kualiti tinggi dan digunakan dalam masakan tradisional seperti paella.

Saffron Kashmir, India: Saffron Kashmir adalah salah satu saffron yang paling mahal di pasaran.

Saffron Iran: Saffron dari Iran dikenali dengan kualiti tertinggi dan aroma yang kuat. Iran merupakan pengeluar saffron terbesar di dunia.

Saffron Greek: Saffron Greek mempunyai kualiti yang baik dan biasa digunakan dalam masakan tradisional orang Greek walaupun kurang dikenali ramai.


Kuantiti makan yang betul

Dos yang disarankan adala 30mg sehari iaitu dalam 10 helai saffron. Namun untuk kanak-kanak, cukuplah sekadar 1 -2 helai sahaja.



Kebaikan saffron pada kesihatan

Saffron memiliki beberapa potensi manfaat bagi kesihatan manusia, meskipun perlu dicatat bahawa sebagian besar penelitian masih dalam tahap awal dan perlu penelitian lebih lanjut untuk memverifikasi manfaatnya secara menyeluruh.

Berikut adalah beberapa potensi kebaikan saffron pada kesihatan:

1. Sifat Antioksidan

Saffron mengandung bahan antioksidan seperti crocin, crocetin, dan safranal, yang dapat membantu melawan stres oksidatif dalam tubuh dan melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas.

2. Memelihara Kesihatan Mental

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa saffron dapat membantu mengurangkan gejala depresi ringan hingga sedang .Kandungan saffron diyakini dapat mempengaruhi neurotransmiter tertentu dalam otak yang terkait dengan rasa hati.



3. Menyembuhkan Gangguan Saraf


Saffron telah dikaitkan dengan potensi dalam membantu melindungi saraf dan meningkatkan fungsi saraf.

Ia bermanfaat dalam melawan penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson.

4. Meningkatkan Fungsi Penglihatan

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa saffron dapat mendukung kesihatan mata, meredakan masalah mata seperti degenerasi makula dan retinopati diabetik.

5. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Saffron dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol, yang pada akhirnya dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung.

6. Penyembuhan Radang

Saffron diyakini memiliki sifat anti-radang yang dapat membantu mengurangkan masalah peradangan dalam tubuh, meskipun penelitian lebih lanjut masih diperlukan.

7. Mengawal Diabetes

Saffron telah dikaitkan dengan kemampuan menurunkan kadar gula dalam darah, sehingga memberi manfaat terbesar kepada pesakit diabetes.

8. Meningkatkan Sistem Imun

Saffron diyakini memiliki potensi untuk meningkatkan sistem imun tubuh kerana kandungan antioksidannya yang dapat membantu melawan jangkitan.

9. Mengurangkan gejala segugut

Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa saffron dapat membantu mengurangkan gejala sindrom pramenstruasi (PMS) seperti sengugut, perubahan emosi, dan ketegangan.

10. Menghilangkan Jerawat & Masalah Kulit

Kebaikan saffron yang lain adalah membantu dalam menghilangkan jerawat dan masalah kulit khususnya kepada kaum wanita. Ia mampu mengelak dari tumbuh jerawat, pigmentasi dan bintik hitam.


Resepi teh saffron



Bahan-bahannya:3-5 helai saffron
200 ml air panas
Cawan
Madu

Cara penyediaan:Tuangkan air panas ke dalam cawan.
Masukkan saffron.
Biarkan selama 20 minit.
Masukkan madu dan kacau menggunakan sudu.
Teh saffron anda sedia untuk diminum. Anda boleh minum 2 hingga 3 kali seminggu untuk manfaat terbaik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan kebaikan saffron kepada kesihatan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama





Susu safron

Campuran susu dan safron bukan hanya enak, tetapi juga dipercaya dapat membantu mencerahkan kulit jika diminum secara rutin beberapa kali seminggu.

Panaskan 500 ml susu segar dengan api besar.

Selepas susu mendidih, tambahkan 2 sudu makan potongan tipis kacang  almon, 

1.25mg helaian safron (3helai) 

15-30 ml madu. 

Rebus campuran selama 5 menit

Nikmati minuman ini selagi masih panas.

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Pemilihan Tayar Yang Sesuai Untuk Motorsikal