19 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang G-Shock
1. Tough Solar - Bermaksud model-model G-Shock/Protrek/Edifice dan model standard Casio dilengkapi dengan panel solar yang dapat mencaj kuasa secara automatik dengan semua unsur cahaya. Tidak kiranya ianya cahaya matahari, lampu kalimantang, lampu neon dan lain-lain jam tersebut akan caj sendiri sekiranya terdedah pada sumber cahaya tersebut. Disokong oleh bateri caj semula yang boleh menyimpan tenaga selama antara 6 hingga 34 bulan bergantung kepada model yang terpilih. Model bateri yang paling umum sekali ialah bateri caj semula CTL-1616 dari Panasonic/Sony/Maxell/Sanyo.
2. Multiband 5/Multband 6/Waveceptor - Bermaksud jam Casio tersebut dilengkapi dengan antena penerimaan isyarat dari menara jam atomik di 5 atau 6 lokasi di seluruh dunia. (Zon 1: Bahagian Utara USA, Zon 2: Bahagian Utara Eropah (Jerman, UK), Zon 3: Bahagian Asia Timur (Jepun, China, Hong Kong, Taiwan dan Seoul, Korea). Jumlah : 6 menara atomik (USA : 1, Zon Eropah : 2, Jepun: 2 dan China : 1).
Apabila jam anda berada di zon yang disebut di atas, ianya akan masuk ke mod R/C = Receive Mode pada waktu tengah malam untuk penyelarasan waktu yang tepat setiap hari. Sekiranya anda berada diluar zon berkenaan, jam anda secara automatik akan 'off' fungsi tersebut. Perlu dingatkan, jam yang dilengkapi dengan isyarat atomik ini adalah lebih mahal berbanding model biasa disebabkan faktor hak cipta dan perjanjian antara Casio dengan operator menara atomik dimana Casio kena membayar kos penyelengaraan setiap tahun kepada menara jam atomik.
3. Tough Movement - Bermaksud pergerakkan kebal. Fungsi ini hanya digunakan pada model G/Protrek/Edifice yang mempunyai jarum ataupun jarum dengan angka digit. Fungsinya mudah, sekiranya jam anda terkena gegaran/hentakan/hentaman sisi/depan yang kuat, maka 'sensor' pada pukul 11 dan minit yang ke 55 akan mengaktifkan program penyelasan jarum secara automatik untuk meyelaraskan kembali jarum yang tersasar. Pada keadaan biasa pula, sensor ini akan pantau pergerakaan jarum-jarum jam setiap waktu pada kedudukan minit ke 55, untuk mengelakkan kerosakkan pada gigi gear jam dan melicinkan pergerakan jam tersebut.
4. Water Resist 20 Bar/200M - Bermaksud jam anda kalis air hingga 200 Meter dibawah permukaan tekanan air, sesuai untuk semua aktiviti kecuali aktiviti menyelam yang berat, maka model Frogman dengan 'Diver's Watch - jam penyelam perlu digunakan.
5. Screw Back/Case Back - Bermaksud 2 jenis pemasangan pada penutup jam anda. Screw back biasanya untuk model murah dan pertengahan yang menggunakan 4 biji skru mesin untuk mengetatkan penutup belakang dimana gigi skru akan menembusi lubang gigi pada bahan jam yang diperbuat dari resin. Untuk Case Back pula, ialah sambungan skru penutup badan terus kepada badan jam, biasanya merupai pintu kapal selam, biasanya untuk menampung tekanan air yang lebih kuat ketika aktiviti menyelam yang memakai gas oksi-helium. Contoh model caseback yang popular Frogman. Model-model G era 80an ~ 90 an juga menggunakan caseback tetapi disebabkan kos yang mahal, maka ianya hanya dipakai untuk model edisi ulang tahun sahaja.
6. Triple G Resist - Hanya terdapat pada G-Shock model jarum yang premium seperti model Aviator GW-A1000/A1100 dan model jarum G yang lain seperti MTG-S1000. Triple bermaksud 3 sigma penyerap hentakan dari jatuhan graviti secara mendatar, penyerap gegaran dan penyerap hentak akibat daripada objek ke badan/casis jam.
7. Alpha Gel (a-Gel) - Sejenis gel yang lembut dari sebatian getah sintetik dan silikon yang dipasang pada sekeliling G-Shock sebagai penyerap hentak tambahan kepada keseluruhan casis jam bagi melindungi modul jam dari hentakan pelbagai sudut. Model yang menggunakan teknologi terbaru ini ialah Raja G-Shock, GX-56/GXW-56, GD-X6900, GW-A1000/A1100 dan model Edifice EQW-A1200.
8. Shock Absorbing Structure - Bermaksud Struktur Penyerap Hentakan. Teknologi ini mula diguna pakai pada G-Shock yang pertama DW-5000C pada tahun 1983 dimana menggunakan konsep Triple Ten = Kalis air 100 meter, bateri tahan higga 10 tahun dan tahan hentak dari jatuhan setinggi 10 meter. Konsep ini dikekalkan hingga hari dalam asas pembuatan G-Shock.
9. Anti Magnetic - Bermaksud jam anda akan beroperasi seperti biasa sekiranya berada di kawasan yang mempunyai gangguan magnet. Tetapi ini bukan bermakna ianya kalis sepenuhnya, sekiranya medan magnet itu tinggi, waktu pada jarum jam juga akan tersasar. Jadi, adalah lebih elak daripada terkena kerosakan yang lebih teruk.
10. Smart Access - Bermaksud 'Akses Pintar'. Teknologi yang dibangunkan oleh Casio pada tahun 2011 pada model Oceanus OCW-T1000 telah berjaya mengejutkan dunia pembuatan jam jarum dimana pada umum mengetahui jam jarum adalah jam yang paling kompleks dalam pembuatan dan penyelarasan semula. Dengan 'Akses Pintar' jam jarum yang mempunyai teknologi ini akan memudahkan proses penyelarasan jarum-jarum jam dengan hanya memutar, mencuit dan mengunci hanya dengan satu butang sahaja. Butang pintar ini sebenarnya adalah suis elektronik dimana tugasnya mengawal pergerakan 5 ataupun 6 motor kecil yang mempunyai 'relay' ataupun 'solenoid' untuk fungsi pergerakan jarum yang pantas dan tepat, untuk fungsi sampingan seperti penyelarasan pengera, timer dan waktu dunia. Teknologi ini telah diperluaskan pada siri G-Shock aviator GW-A1000/A1100, Siri Gulfmaster GWN-1000, Mudmaster GWG-1000 dan Edifice EQW/EQS-A1000/EQW-A1110 dan EQW-A1200. Bagi Protrek pula hanya model yang premium PRX-7000/7001 mempunyai fungsi ini.
11. Power Saving/Sleep - Bermaksud jam telah memasuki mod penjimatan kuasa. Biasanya ianya terdapat pada model Tough Solar, fungsi ini akan diaktifkan secara 'default' semasa di kilang untuk menjimat tenaga yang dikeluarkan oleh bateri caj semula supaya penyimpanan tenaga yang lebih baik dan cekap. Terdapat 2 mod Power Save: Bagi mod pertama ianya hanya tidur-tidur ayam untuk tempoh 24 jam dimana skrin jam akan menjadi 'kosong' untuk jam digit dengan perkataan 'PS' akan berkelip-kelip, dan jarum saat akan 'parking' pada pukul 12, tetapi masa masih dikekalkan. Bagi mod kedua ianya tidur penuh dimana perkataan 'PS' menjadi kekal dan bagi model jarum pula, hampir kesemua jarum telah 'parking' pada pukul 12. Pada mod ini pula, masa masih disimpan dalam memori jam tetapi untuk fungsi yang lebih kompleks pula akan ditutup sepenuhnya untuk lebih penjimatan kuasa. Untuk membangunkan semula jam, hanya tekan sebarang butang ataupun pancarkan ianya kepada sebarang sumber cahaya dan jam akan beroperasi seperti biasa.
12. ISO 200 Diver's Watch - Bermaksud jam ini khas untuk aktiviti menyelam dari pertengahan hingga professional. Satu-satu model G-Shock yang mendapat lesen 'khas' kalau bukan Frogman. Setiap model pembuatan Frogman akan diuji secara individu untuk menepati standard ISO 6425 yang memerlukan ketahanan yang kuat dan teguh ketika jam berkerja di bawah tekanan/paras air yang tertinggi supaya operasi jam tidak terjejas akibat faktor tekanan lampau udara air yang ekstrem. Oleh itu, setiap jam Frogman hanya akan dipasang dengan 'Caseback' penuh dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi seperti Stainless Steel Block dan Titanium. Justeru, nilai Frogman adalah tinggi dimana kos pembuatan Frogman bersamaan dengan 3 hingga 10 model G-Shock yang biasa.
13. DLC Coating - Bermaksud 'Saduran Bak Karbon Berlian'. Sejenis teknik saduran pengilapan pada permukaan bahan besi tahan karat dimana satu lapisan karbon yang kalis dengan karat akan digilap bersama pada permukaan besi tahan karat. Hasil pengilapan yang tinggi akan menghasilkan satu kesan kilauan karbon hitam sebagai lapisan perlindungan tambahan kepada permukaan besi tahan karat daripada mudah menjadi karat. Model yang mempunyai kesan khas ini ialah model petak premium GW-5000-1JF dan Frogman GWF/GF-1000.
14. Alarm Chronograph - Bermaksud jam Casio tidak kira model G-Shock, Protrek, Edifice ataupun model yang standard akan dilengkapi dengan fungsi penggera (alarm), count down timer (sejenis jam randik yang mengira masa yang ditetapkan pada arah lawan jam), jam randik (stopwatch) untuk pengiraan masa suatu acara ataupun pusingan.
15. Sapphire Glass - Bermaksud Kaca Nilam. Kaca Nilam merupakan kaca yang tahan dari kesan calar yang teruk dimana biasanya digunakan pada model G yang premium seperti model jarum solar atomik, GW-A1100. Penggunaan kaca nilam ini pada mulanya diguna pakai pada model eklusif Casio iaitu Oceanus Manta.
16. GPS Hybrid - Bermaksud gabungan 2 teknologi GPS dengan Multiband 6 pada model aviator generasi ketiga GPW-1000 yang akan dilancarkan pada suku ketiga ataupun keempat pada tahun 2014. Dihasilkan dengan kerjasama antara Sony Jepun dengan Casio Jepun, ianya merupakan penyelesaian 2 dalam satu dimana GPS akan berfungsi secara automatik sekiranya isyarat Multiband 6 diluar kawasan penerimaan isyarat, seperti juga fungsi GPS akan terpadam secara automatik sekiranya jam ini berada di kawasan isyarat penerimaan dari menara jam atomik.
17. Flash Alert - Bermaksud sebagai 'reminder' bahawa waktu operasi telah sampai masa ataupun dah cecah waktu tamat. Fungsi hanya berlaku pada mod alarm, signal masa dan timer. Ianya perlu diaktifkan secara manual di mod masa dimana lokasi suis adalah di sebelah kanan bawah (untuk model bateri DW-5600, DW-6900). Manakala untuk model G-7900 pula fungsinya terletak di sebelah atas butang kanan. Logo yang biasa dijumpai adalah logo komet ataupun perkataan 'FLASH' pada sesetengah model G.
18. Illumination / Light - Merupakan lampu fotosintesis karbon untuk jam Casio anda ketika waktu malam. Mula diperkenalkan pada tahun 1994 pada model G DW-6600 sebelum ianya dijadikan lampu standard kepada semua jam Casio, terutama yang berangka digit. Bagi sesetengah model pula (terutama model jarum dengan digit) akan disertakan dengan 2 lampu (Double EL) ataupun lampu kombo EL/LED. Pada tahun 2010, Casio mula memperkenalkan model G lampu LED berkembar yang pertama untuk model GD-100 sebagai alternatif kepada EL.
19. Auto EL / Light - Bermaksud apabila fungsi ini diaktifkan, maka lampu akan menyala sekira pergelangan tangan berpusing ke arah muka pada 40 darjah. Butang yang umum untuk diaktifkan ialah butang lampu ataupun butang G. Lampu Auto EL kebiasaan akan tutup secara automatik sekiranya penggunaan tanpa henti selama 6 jam untuk penjimatan kuasa bateri. Untuk tanda auto EL, biasanya akan disertakan logo koment dengan perkataan AUTO diatas logo komet, untuk model G tahun 2000, perkataan LT = Light untuk model G yang menggunakan LED bermula tahun 2010 hingga kini.
Sumber: #FBGSHOCKAMPANG
#gambarsekadarhiasan #sharingiscaring
Jom kongsikan info ini, jadilah pengguna yang bijak..!
Comments
Post a Comment