6 Manfaat Chia Seed (Biji Selasih) Yang Tak Ramai Orang Tahu, No. 2 Confirm Anda Suka!


6 Manfaat Chia Seed Yang Tak Ramai Orang Tahu, No. 2 Confirm Anda Suka!

Adakah anda tahu tentang manfaat Chia seed yang ditawarkannya? Apa manfaat minum chia seed sebelum tidur?


Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca perkongsian artikel ini.


Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.


Biji hitam kecil

Manfaat Chia seed atau biji Chia yang berbentuk biji hitam kecil adalah sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Salvia hispanica. Ia berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Ada yang mengatakan, puak Aztecs dan Maya menggunakan tumbuhan ini sebagai sumber tenaga.


Sejujurnya, penulis ada mengambil chia seed dengan meletakkannya dalam overnight oat sebagai sarapan pagi kerana ia dikatakan bagus untuk sistem pencernaan. Tetapi takkan itu sahaja kebaikannya.


Jadi mari kita sama-sama bongkar manfaat biji Chia untuk diet ini.


Manfaat Chia seed

Benarkah terdapat banyak manfaat minum Chia seed sebelum tidur?


Sebenarnya terdapat banyak manfaat yang ditawarkan biji Chia ini, seperti berikut:


Tenaga

manfaat chia seed 

Cara minum Chia seed.

Kombinasi kandungan protein, vitamin dan mineral dapat memastikan tahap tenaga kekal sepanjang hari. Bagi wanita, kadar keperluan kalori harian yang diperlukan adalah sekitar 2,000 kalori, manakala bagi lelaki pula memerlukan 2,500 keperluan kalori harian. 


Namun ia bergantung kepada pelbagai faktor, seperti usia, ketinggian, berat semasa, tahap aktiviti, kesihatan metabolik dan lain-lain. Jadi keperluan kalori adalah berbeza bagi setiap individu.


Satu auns bersamaan 28 gram hidangan biji Chia mengandungi:


Serat – 11 gram

Protein – 4 gram

Lemak – 9 gram (5 daripadanya adalah omega-3)

Kalsium – 18% daripada RDI (Reference Daily Intake)

Mangan – 30% daripada RDI

Magnesium – 30% daripada RDI

Fosforus – 30% daripada RDI

Chia seed  juga mengandungi zink, vitamin B3 (niacin), kalium, vitamin B1 (thiamine) dan vitamin B2 yang baik. Ia hanya mengandungi 101 kalori per auns (selepas ditolak serat yang tidak diserap ke dalam sistem pencernaan dan kalori yang boleh digunakan dalam badan.


Manfaat Chia seed – Berat badan

Kandungan karbohidrat yang boleh diserap hanyalah satu gram bagi setiap auns (28 gram) adalah sangat rendah. Ini menjadikan ia sebagai makanan rendah kandungan karbohidrat dan dapat membantu menurun berat badan. 


Serat larut yang terkandung dalam biji Chia ini akan menyerap sejumlah air dan mengembang di dalam perut. Keadaan ini akan menjadikan akan kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan.


Chia seed ini boleh menentang ketahanan insulin, yang boleh meningkatkan lemak perut. Ia juga mengandungi trytophan, sejenis asid amino yang mengawal selera makan dan tidur.


Manfaat biji Chia – Antioksidan

Untuk pengetahuan anda, Chia seed merupakan sumber antioksidan yang baik. Ia mengandungi lebih 20 peratus lebih antioksidan berbanding beri biru.


Antara kandungan antioksidannya adalah seperti asid kromogenik, quercetin, asid kafein, myricetin dan kaempferol flavonols glikosida. 


Pencernaan, antara manfaat Chia seed untuk diet

ad icon

Iklan

Serat makanan dapat membantu mengurangkan kolesterol, keradangan dan sembelit. Biji Chia merupakan sumber serat makanan yang sangat baik dan ia mengandungi serat jenis larut dan tidak larut.


Cara makan Chia seed dengan dua sudu biji kecil dapat memberikan lebih daripada sepertiga keperluan serat harian yang diperlukan. 


cara meningkatkan metabolisme

6 herba terbaik untuk meningkatkan kesihatan pencernaan.

Manfaat Chia seed – Menguatkan tulang

Biji Chia mengandungi kalsium, magnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Ia dipercayai dapat membantu menguatkan struktur gigi dan tulang agar lebih sihat dan kuat.


Tumbuhan ini juga boleh dijadikan sebagai sumber alternatif bagi mendapatkan zat kalsium bagi individu yang kurang minum susu. 


Penyakit kardiovaskular

Ia kaya dengan omega-3 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol ‘jahat’ LDL, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah, mencegah pembekuan darah dan mengurangkan keradangan.


Perbezaannya 

manfaat chia seed

Kelebihan mengambil biji chia dalam diet seharian.

Haa…pasti anda yang mengatakan macam sama ‘aje’ bentuknya biji Chia dengan biji selasih. ‘Dahlah’ warna sama, saiz pun lebih kurang ‘ajekan’. Tetapi sebenarnya terdapat tiga perkara yang membezakan antara keduanya. 


Cara penyediaan

Biji selasih hanya boleh digunakan selepas direndamkan di dalam air untuk tempoh tertentu. Sebaliknya, biji Chia boleh terus digunakan dengan menaburkan ke dalam makanan yang diingini.


Cara makan Chia seed yang lain juga adalah dengan mencampurkannya bersama yogurt, salad atau digaulkan ke dalam nasi putih. 


Rasa

Perbezaan daripada segi rasa pula dikatakan biji selasih mempunyai ‘sedikit’ rasa, manakala biji Chia langsung tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh sebab itu, cara makan Chia seed ini sesuai untuk digabungkan dengan apa sahaja.



Membantu sistem pencernaan

Menguatkan tulang

Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Apa sahaja yang kita ambil, kalau secara berlebihan sudah tentu akan menimbulkan masalah lain. Begitu juga keadaannya dengan biji Chia ini.


Perhatian!

Walaupun terdapat banyak manfaat Chia seed, namun dalam aspek pengambilannya ia haruslah diambil dalam kuantiti yang sederhana. 

Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan doktor atau pakar pemakanan sebelum mula mengambilnya. 


Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?