Kenali Personaliti Melalui Tulisan Anda


Adakah korang seorang peramah, pemalu atau kedua-duanya? Mungkin juga korang yang sombong, atau mungkin juga korang seorang yang mempunyai kecenderungan untuk selalu berbohong?

Kesemua ciri-ciri itu tadi mungkin boleh dikesan daripada cara penulisan tangan korang.

Menurut kajian dari National Pen Company di Amerika Syarikat, tulisan tangan anda boleh memberikan petunjuk tentang personaliti anda; berdasarkan bentuk, ruang, saiz dan juga tandatangan anda pada kertas.

Jom kita lihat personaliti korang daripada ciri-ciri berikut:

1. Saiz

1

  • Saiz tulisan yang kecil: Pemalu, rajin, menumpukan perhatian, dan teliti.
  • Saiz tulisan sederhana: Mudah menyesuaikan diri.
  • Saiz tulisan besar: Sukakan perhatian. Yakin.

 

2. Jarak antara ayat

2

  • Jarak besar: Sukakan kebebasan. Tak suka berada dalam keadaan yang sesak.
  • Jarak kecil: Jenis tak boleh duduk seorang diri. Kena ada geng baru boleh hidup.

 

3. Gelungan dalam huruf ‘L’

3

  • Gelung ‘L’ yang sempit: Suka menyekat kemampuan diri.Tak percaya diri sendiri.
  • Gelung ‘L’ yang luas: Seorang yang rileks dan spontan.
  • Gelung ‘e’ yang sempit: Mempunyai pemikiran yang sempit dan skeptical terhadap orang lain. Suka menilai orang lain dengan pendapat sendiri.
  • Gelung ‘e’ yang luas: Seorang yang berfikiran terbuka. Suka mencuba sesuatu yang baru.

 

4. Titik pada huruf ‘i’

4

  • Titik yang amat tinggi dari i: Mempunyai imaginasi tinggi.
  • Titik yang bergaris : Seorang yang tidak sabar, dan tidak belajar dari kesilapan.
  • Titik berbentuk bulat: Berwawasan, kadang kala bersikap keanak-anakan.
  • Titik yang tepat di atas i: Seorang yang terperinci, teratur.
  • Titik disebelah kiri i: Suka menangguh-nangguhkan kerja.

 

5. Kecondongan tulisan

5

  • Condong ke kanan: Seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru
  • Condong ke kiri: Seorang yang suka kerja dibelakang tabir tanpa diketahui umum.
  • Tidak condong: Suka berfikiran logik.

 

Disebabkan ciri-ciri diatas lah, ada company yang request calon nya untuk menulis esei pendek, bertujuan bagi menilai personaliti calon tersebut sebelum diserap masuk kerja.

Ciri-ciri korang macam mana?

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?