Posts

Showing posts from April, 2022

Tips Penjurian Competition Channa Marulioides

Image
  TIPS #1 Sedikit penerangan berkenaan RING BUNGA dalam penilaian juri kontes: Channa Marulioides (All Varian) Terdapat beberapa istilah yang anda perlu tahu di dalam perkara ini. Iaitu Calon bunga (cabung), ring putih penuh dan ring bunga penuh solid. Calon bunga: Di kenali sebagai cabung. Ia mempunyai ciri ciri ini, iaitu pada satu/sekeping sisik penuh hanya mempunyai ring putih yang tidak lengkap iaitu hanya ada tompokan kecil ring putih sahaja. Ia tidak membentuk ring putih yang sempurna pada hujung sisik. (Boleh rujuk gambar). Ring putih penuh: Ring putih penuh bermaksud hujung sekeping sisik itu di penuhi lingkaran ring putih akan tetapi ia tidak mempunyai sisik hitam yang solid atau tidak ada langsung di belakang ring putih berkenaan. (Rujuk gambar) Ring bunga penuh solid: Ring bunga solid pula bermaksud hujung sekeping sisik itu di penuhi lingkaran ring putih  dan di belakangnya mempunyai sisik hitam solid. Senang cerita ring putih yg diakhiri dengan sisik hitam t...

HITH - Hole In The Head

Image
 Someone ask me. Apa itu penyakit ikan HITH . Penyakit HITH (Hole In The Head) biasa terjadi kpd ikan2 spesis Cichlid mahupun channa. Boleh juga terjadi kpd ikan2 lain. Simptom2 penyakit ini ,  Stage 1 infection , akan kelihatan lubang di kepala  dan sepanjang lateral line ikan (sensor ikan) , ikan lemah dan lesu  Stage 2 infection , badan ikan dan fin akan mula mereput dan kehitaman , lubang bernanah, insang mula pucat dan berlendir , selaput putih seluruh badan  Punca HITH ini adalah daripada jangkitan bakteria specific pd ikan yg myebabkan ulser pd kulit lembut ikan (terutama kws lateral line) , kekurangan mineral dlm badan ikan dan memaksa ikan utk mggunakan tulang cartilage kt kepala yang myebabkan kesan berlubang ataupun mereput di bahagian kepala. Kualiti air yang tak baik adalah penyumbang utama HITH. Cara rawatan nya agak rumit. Tapi boleh focus dengan menggunakan ubat2 anti bacterial. Rawat sepertimana merawat infection bacteria lain. Ada sesetengah pe...

Dropsy

Image
  Penyakit Dropsy Penyakit ini sering disebut sebagai salah satu penyakit maut bagi Betta. Penyakit ini susah untuk diubati Simtom utama: Ikan Betta kembung dan jika anda melihat dari atas, anda akan dapat melihat sisiknya terbuka atau kembang. Selera makan juga hilang dan sentiasa berada di permukaan air. Punca:  1. Kualiti air yang tidak elok / kotor, 2. Kandungan Ammonia atau Nitrite yang byk dlm tangki 3. Mungkin dari makanan seperti jangkitan dari cacing hidup. Jika dikesan pada fasa awal penyakit ini berlaku 1. Asingkan ikan ini dari ikan-ikan yang lain. 2. Tukar air yang bersih 100% mungkin boleh diubati 3. Masukkan Aquarium salt (garam akuarium) 1-2 sudu kecil /gelen dan Jungle's Anti-Parasite pellets untuk makanannya. 4. Tukar air setiap hari dan masukkan garam akuarium setiap kali tukar air baru. 5. Anda juga boleh mencuba ubat Arowana Gold untuk rawatan susulan. Jika lewat dikesan tiada harapan untuk menyelamatkan ikan anda. *********** KENALI JENIS PENYAKIT BETTA P...

SBD - Swimming Bladder Disorder

Image
  Swim Bladder Disease (SBD)  Keadaan ini merujuk kepada sebarang jenis masalah yang mengganggu organ ‘swim bladder’ ikan, dan selalunya dapat dilihat terjadi ke atas ikan emas atau ikan laga, tetapi juga boleh terjadi kepada sebarang jenis ikan.  Fungsi swim bladder adalah untuk mengawal tahap keterapungan ikan, oleh itu sekiranya ikan mengalami penyakit ini, ia akan mengalami kesukaran untuk terapung/tenggelam. Ikan juga akan berenang dalam posisi/keadaan yang pelik, contohnya terbalik atau terpusing ke arah tepi. Perut ikan juga mungkin kelihatan kembung (distended belly). Penyakit ini mungkin boleh disebabkan sebarang tekanan (compression) terhadap swim bladder apabila perut ikan menjadi kembung, disebabkan oleh: 1. Makan dengan terlalu cepat (rapid eating) 2. Makan dengan terlalu banyak (overeating) 3. Masalah sembelit (constipation) 4. Tertelan udara yang berlebihan (gulping air) - biasanya apabila ikan memakan makanan ikan yang terapung *SBD biasanya dikaitkan deng...

White Spot

Image
  White Spot (Ich) Penyakit ini disebabkan oleh sejenis parasite (protozoa) (Ichthyophthirius multifiliis) dan boleh menjangkiti hampir semua ikan air tawar. White spot boleh dikenalpasti melalui bintik-bintik putih halus pada tubuh dan sirip ikan. Ikan juga kelihatan restless dan mempamerkan gejala "flashing" iaitu menggosokkan badan pada objek di dalam akuarium. Parasite dewasa akan melekat pada badan ikan dan memakan tisu-tisu kulit serta menyedut darah ikan. Selepas beberapa hari, parasite akan berkembang menjadi trophozoite dan keluar daripada kulit ikan. Trophozoite ini akan tenggelam ke dasar akuarium di mana ia membentuk ratusan bayi parasite yang dikenali sebagai tomites. Tomites ini seterusnya akan berenang dan menjangkiti ikan-ikan lain. Ich hanya boleh dibunuh ketika fasa free-swimming ini. Penyakit ini adalah sangat senang merebak dan menjangkiti seluruh ikan di dalam akuarium. Namun, sekiranya sistem imuniti ikan kuat, ikan tersebut berkemungkinan tidak akan jat...

Cloudy Eyes

Image
  Penyakit Mata Ikan Berselaput (Cloudy Eyes) Apa penyebab mata "berselaput" dan bagaimana anda dapat mencegah ikan anda mengalami masalah kekal kepada mata ikan? Sebab-sebab di sebalik penyakit ini boleh dirangkumkan dalam punca yang berbeza  Peningkatan parasit di akuarium adalah penyebab yang paling biasa tetapi keadaan air yang tidak terurus, kandungan ammonia yang banyak, tekanan kepada ikan yang teruk, usia tua, atau kekurangan zat makanan semuanya boleh menyebabkan keadaan ini. Punca Mata ikan berselaput: Parasit di dalam air - Kadang kala, ikan anda mungkin diserang parasit di dalam air, termasuk fluks dan protozoa. Parasit ini biasanya menyerang ikan liar, walaupun ada kemungkinan makhluk itu dimasukkan ke akuarium rumah anda melalui  tanaman yang baru dimasukkan atau dengan makanan hidup. Katarak - Katarak adalah gangguan mata yang biasa, terutama pada channa yang lebih berumur. Ia menyebabkan lensa mata menjadi legap dan keruh. Katarak boleh disebabkan oleh par...