Apakah Itu Ammonia?




AMMONIA - PART 1


Salam sejahtera buat semua rakan-rakan H2 Aqua yang budiman. Semoga semua berada dalam keadaan ceria disamping ikan-ikan yang tercinta. Hari ini izinkan kami berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan bahagian yang agak kompleks dan kontroversi untuk tank kita. AMMONIA!


Tajuk ini agak berat makanya kami bahagikan kepada dua bahagian, part 1 dan part 2. Let's go! 


Ammonia; bahan toksik yang selalu diperkatakan oleh pemilik akuarium dan penghobi ikan hiasan.


Ammonia tinggi, ammonia spike adalah antara benda yang ditakuti dan boleh membawa kematian kepada haiwan akuatik di dalam akuarium. Jangan kata haiwan akuatik, dengan tuan² akuarium sekali boleh bawak umur kalau keracunan ammonia. Rakan-rakan lihat la berapa banyak posting dalam FB ni yang bertanya "kenapa ikan saya mati tiba-tiba?". Memang sedih kan?


Tentu anda biasa melihat ammonia tester (penguji amonia) yang ada dipasaran. Ada yang bertulis Ammonia tester (NH3), ada juga yang bertulis Ammonia NH3/NH4+ test kit. Paling polular ialah API Master Test Kit yang mana ammonia tester ada kat dalam tu.


Apa sebenarnya ammonia dan ammonium yang anda uji dan ditakuti itu? Ammonia dengan formula kimia NH3 adalah bersifat toksik dan merbahaya kepada hidupan akuatik, manakala ammonium (NH4+) pula, secara asasnya adalah tidak berbahaya kepada hidupan akuatik.


Di dalam air, ammonia dan ammonium ini wujud dengan nisbah yang tetap bergantung pada bacaan pH air. Pada pH 9.2, ammonia dan ammonium wujud dalam nisbah 1:1. Apabila bacaan pH meningkat kepada 8.2, nisbah ini berubah kepada 1:10. Perubahan nisbah dengan gandaan 10 untuk setiap 1 unit peningkatan bacaan pH ini adalah tetap.


pH 9.2

Ammonia 1:1 Ammonium


pH 8.2 

Ammonia 1:10 Ammonium


pH 7.2

Ammonia 1:100 Ammonium


pH 6.2

Ammonia 1:1000 Ammonium


Dalam keadaan normal, kadar ammonia dan ammonium ini akan sentiasa berubah untuk mencapai keseimbangan nisbah sebagaimana yang tertulis diatas.


Justeru, bagaimana ammonia spike berlaku? Bila WC, kita masukkan air yang cantik, dah siap peram, masuk anti klorin bagai, tiba-tiba ikan pun mula tercungap-cungap di permukaan mencari oksigen. Macam ada yang tak kena, test ammonia, tengok bacaan dah tinggi, ammonia spike. Panik melanda, apa tindakan seterusnya? Nak WC 50% pulak ke? Atau 100% terus? Tanya dalam FB, macam-macam mazhab jawapan yang keluar kat ruangan komen. So, apa yang sepatutnya kita lakukan?



AMMONIA - PART 2


WC-> Amonia Naik -> Ikan Mati -> WC Lagi -> Amonia Naik -> Ikan Mati Lagi = Give Up!!


Salam sejahtera buat semua rakan-rakan H2 Aqua yang dihormati. Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga dan rakan. Seperti yang telah dijanjikan, hari kami menyambung kembali artikel kami berkenaan amonia. 


Dah baca? OK, jom kita sambung. Untuk artikel kali ini, KENAIKKAN kadar pH merujuk kepada perubahan nombor pH dari yang lebih kecil kepada yang lebih besar sebagaimana contoh berikut:


- pH6 kepada pH5 (pH turun).

- pH6 kepada pH7 (pH naik).


OK guys. Setiap benda yang mereput, akan mengeluarkan amonia. Contoh lazim ialah lebihan makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan, najis ikan, tumbuhan dan ikan yang mati,  merupakan penyumbang kepada kenaikan kadar amonia di dalam akuarium. Pemilik akuarium yang peka dan bertanggungjawab dengan peliharaannya akan memastikan akuarium di selenggara secara berkala bagi memastikan ianya sentiasa kondusif untuk didiami.


Merujuk kepada artikel pertama, kenaikan 1 unit pH akan menyebabkan amonia naik 10x ganda! Contoh, air di dalam akuarium anda mempunyai bacan pH 6.5 dan bacaan amonia ada berada pada 0.2mg/Liter. Apabila pH naik kepada 7.5, amonia akan terus naik kepada 2mg/Liter! 


Soalan :  “Jadi kenapa berlaku amonia spike bila saya tukar air (WC)?"


Jawabnya, “yang di belakang tulah itik jantan dan yang di hadapan tulah itik betina”. Hehehe… just kidding…. Jawapannya adalah kerana perbezaan pH. Bergantung kepada tempat, pH air paip pada kebiasaannya berada pada paras neutral (pH 7) dan kebanyak penapis komersil kini memasarkan penapis air beralkali (pH 7.5 - 8.5). Manakala air akuarium pula biasanya sedikit berasid (sekitar pH 6.5) bergantung kepada ikan yang dipelihara. Pemilik akuarium biasanya meletakkan pati ketapang, 'driftwood' dan sebagainya untuk menurunkan kadar pH di dalam tank. Jadi apabila WC dibuat, perbezaan bacaan pH air di dalam tank dan air yang baru di ganti, akan membebaskan NH3 mengikut kadar yang dinyatakan dalam siri 1 artikel ini dan itu adalah punca utama amonia spike selepas WC.


Jadi penyelesaiannya bagaimana? Untuk kes kecemasan, produk seperti API Ammo Lock atau Seachem AmGuard boleh digunakan untuk menurunkan kadar ammonia dengan segera, namun begitu produk-produk sebegini hanya berkesan sementara iaitu untuk tempoh 48-72 jam. Selepas itu, produk sebegini perlu ditambah lagi ke dalam tank, bagi memastikan kadar ammonia terkawal. Seeloknya ujian pH dilakukan pada 3 peringat:


1. Uji pH air dalam akuarium

2. Uji pH air baru yang akan ditambah

3. Uji pH air dalam akuarium selepas ditambah air baru


Dengan cara ini, anda dapat memantau perubahan pH air tank anda dan memahami punca sekiranya berlaku ammonia spike. Makanya, sebab itulah kami hanya mencadangkan WC secara mingguan sebanyak 10% sahaja (maksimum 30%) sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan amonia spike dari berlaku. Harus diingat bahawa amonia dalam tank akan disingkirkan setelah kitaran nitrogen dilengkapkan seperti yang telah kami terangkan panjang lebar dalam artikel kami sebelum ini. Kami juga mengesyorkan penggunaan PSB H2 Aqua bagi mempercepatkan proses ini.  Cepat dan ekonomi. Tiada produk yang mampu melakukannya sekelip mata. Disipin dan kesabaran adalah kunci di sini. 


Di samping itu, ada beberapa lagi faktor yang menyebabkan bacaan ammonia meningkat di dalam akuarium. Namun begitu,  peningkatan ini dapat dilihat puncanya dengan jelas, seperti ikan dan tumbuhan mati, anak tuang makanan ikan sebotol ke dalam tank 😁, (jangan di marah pula anak tu), atau terlebih memberi makanan yang mana para pembaca sekalian lebih maklum (dan selalu buat… ngaku jer la…). Sentiasa pantau dan teliti persekitaran dan dalam tank anda.


Untuk kali ini, perkongsian kita berakhir disini. Mungkin ada sahabat-sahabat disini mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengetahuan. Atau tak mustahil ada yang berkelulusan Kimia membaca perkongsian kami ini. Jika ada silap, mohon diperbetulkan supaya kita boleh sama-sama belajar dan menjadi penghobi ikan yang lebih baik.


Jika artikel kami bermanfaat, jangan lupa bantu kami dengan like, follow, komen dan share artikel-artikel di page kami:


https://www.facebook.com/my.h2aqua


https://msha.ke/h2aqua/


“Dah PSB kan tank anda hari ini?”


TERIMA KASIH


#PSB

#bakteriafotosintetik

#photosyntheticbacteria


Credit:- 

H²Aqua

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?