Apakah Itu Anti Klorin?


Anti chlorine - fix the misconceptions 
(Membetulkan salah faham berkenaan anti klorin)

Sekarang dah 2021 dah tuan-tuan. Access kepada maklumat dah di hujung jari dan community pun dah embrace kepada open source punya maklumat. 

Dulu 2010 mungkin tak ramai atau tak senang nak jumpa org ajar perkara2 sebegini, sekarang tidak lagi. Research journal di hujung jari. 

Tapi kita faham, tak semua org ada basic chemistry dan tak semua orang ambik chemistry waktu belajar dulu. Posting ni adalah untuk set the fact straight, dengan jalan ilmiah, bukan by cakap ikut spec sheet pada pelekat botol. 

-------


A. Mahal atau murah antichlorine , 2-2 remove ( neutralize ) chlorine dan juga CHLORAMINE. 

Anda pakai aquadine buang chloramine, anda pakai nika remove chloramine , anda pakai garam hypo pun remove chloramine. 

Saya x tau lah dari mana source tenet tu dapat, tapi ideology yang anti chlorin terbahagi 2 iaitu satu remove chlorine dan satu lagi boleh remove chlorine dan chloramine adalah...tidak benar. 

Posting ni ada saya post di Kelab Peminat  Aquascape Malaysia berserta journal, sekali dengan chemical reaction. Mereka yang ada background chemistry boleh approve perkara berikut. 


B. Pakai anti chlorine murah ikan mabuk, pakai anti chlorine mahal ikan x mabuk. Kenapa?

Ok, ni metafora paling senang saya bagi mcm ni. 

Ada 10 kedai mamak, kalau anda pergi minum teh tarik kat 10-10 kedai tu, semua rasa lain2. 

Sebab apa? 

Sebab lain sukatan susu dan teh dia pakai. 

Sama mcm anti chlorin murah dan mahal. Proper anti chlorin ( saya x sebut murah atau mahal ) , adalah lebih pekat dan mampu handle ( neutralize )  nilai chlorine yang tinggi. 

Itu saja. Sekarang ianya adalah issue kepekatan bahan aktif dalam anti chlorin itu sendiri. 


C. Warna kuning , warna clear , dsb-nya. 

Ni melibatkan bahan preservative ( pengawet ) yang digunakan. Kalau bukak balik dalam Nutrafin, dalam dia pun kuning cam air kencing juga. 

Sama je mcm tension gon. Tu tindak balas kimia antara bahan aktif dan pengawet dalam bekas. 

Ada yang pakai boric acid , ada yang pakai vitamin , ada yang pakai Gluteraldehyde ( geng Aquascape mmg familiar dengan Gluteraldehyde ) , banyak jenis bahan pengawet. 

Apa penting bahan pengawet ni tuan? Tak penting mana pun, nak bagi panjang hayat campuran tu saja dan elakkan mold. Customer complaint la nanti kalau jumpa mcm mold. Tapi x bahaya pun mold ni pada ikan. 

Tension gon selalu jadi mold ni kat dasar botol. 

Seachem safe , garam hypo, mana perlu pakai pengawet. Sebab apa? Sebab benda kering tuan-tuan. 


D. Water "conditioner" lagi advance , sebab banyak fungsi. Ye ke?

Ni blatant lie , x pun misleading tuan2. Ni hanya main  dengan branding dan naming saja. ADA punya antichlorine , x perlu bother pun nak declare conditioner bagai. Sebab apa? Sebab deliver je kerja yang anti chlorine perlu. 


E. Water conditioner boleh neutralize heavy metal , yang murah x boleh. 

Ok , part ni ada sedikit tepat, tapi x semestinya 100% betul. 

Semua basic anti chlorine ataupun garam hypo boleh neutralize heavy metal. Cuma x banyak je lah. 

Ni perlukan satu atau beberapa lagi campuran bahan aktif, untuk pastikan lebih banyak jenis2 heavy metal yang dapat dineutralizekan. 

Tapi ni , alahai, kebanyakkan air mmg dah pihak pengurusan air dah tolong buat. Banyak dah diorg tolong neutralize kan. Sebab tu ada je kita dengar jawapan dari geng pakai garam hypo 

"Ntah, aku pakai yang ni je pun. Sampai sekarang ikan aku ok je " .

Tapi kalau anda risau bab tinggi nilai besi dalam sumber air , beli je brand yang ada coverage untuk neutralize semua tu . Tapi brand apa? 

Wallahualam, sebab almost semua brand tak bagitau apa content dia, jadi ianya either : 


I. Betul seperti yang di cakap

II. Overclaim


F. Ada vitamin dan promote slime coat ni bang. Bagus untuk ikan. Ini pulak, mcm mana? 

Bubuh epsom salt pun dah promote slime coat. Bubuh garam pun dah promote slime coat. Malah lebih efficient dari masukkan anti chlorin yang ada fungsi tu. Sebab apa? 

Sebab concentration extra2 features yang ada dalam anti chlorin tu, x banyak mana pun. 

Anda kalau dah jenis bubuh garam setiap kali sudah wc, then saya tak nampak what's the point untuk dapatkan anti chlorine yang promote slime coat. 

Dan untuk vitamin, ni lebih baik ikan tu ambik straight dari makanan dia. Bukan dari anti chlorine / conditioner. 

Sama mcm kes slime coat, concentration yang ada pada makanan, contohnya live food , adalah jauh berganda lebih tinggi. 

Then sekali lagi, what's the point untuk dapatkan item yang ada feature tu bilamana impact dia near to non existent? πŸ€”

Kalau nak kata vitamin tu rare item dalam fishkeeping product, eh... Dalam fert kitorg jual pun ada pakai bang. Sebab apa? Sebab salah satu preservative yg di pakai adalah vitamin. 

Jadi.. sebenarnya vitamin tu untuk tujuan preservative saja, bukan untuk ikan sangat pun. Tapi dah benda ada, declare je lah kan? 

Ibarat masuk MLM ah bang, cakap kereta bagi free. Mmg kereta diorg bagi free pun. Awal2 tu la. Bayar bulan ko jugak kena bayar. Ha sama la tu. 

Dia x tipu, cuma explain x habis. 


Ha wallahualam.


Credit:-

Amert Ramli from Kelab Peminat Hidupan Akuarium Malaysia

Comments

  1. Bahaya ke klu terlebih anti klorin?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada jenis anti klorin tuan. Jika di botol ada nyatakan anti klorin dan kloramin kebiasaan nya ada ubat anti stress sekali untuk ikan,kurang berbahaya jika terlebih. Sebaliknya jika pada botol hanya nyatakan anti klorin sahaja (kebiasaan anti klorin botol kecil tu) ianya mengandungi sodium theosulphate,mmg khas utk nyahklorin saja,jika terlebih boleh mendatangkan kesan lain pada ikan

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?