Tips Untuk Membela Ikan Arowana bagi Pemula (Newbie)

Membela ikan Kelisa atau Arowana (Scleropages formousus) adalah merupakan hobi yang agak mahal bagi kebanyakkan orang. 

Tetapi, sebenarnya tidak .... ia akan jadi mahal, kalau membela ikan Arowana bergred A yang selalunya dijual dengan harga beratus dan beribu ringgit setiap ekor (sebesar 3-5 inci).

Jika tak mahu tanggung risiko atau kerugian ikan Arowana mati, maka saya syorkan anda sebagai newbie bermula dengan membela ikan Arowana jenis yang murah tetapi tahan lasak.

Seperti saya, permulaan hobi membela ikan Arowana ini adalah dengan membeli dan membela ikan Arowana dari spesies yang berasal dari Brazil, iaitu Silver Arowana. Ikan Arowana dari spesies ini tidak dilindungi secara mutlaknya, dan ia banyak terdapat di selatan Amerika seperti Brazil. Harganya bermula dari RM30-80 seekor. Jadi, boleh dikatakan tidaklah terlalu membebankan andai benar-benar berminat.


Tips pertama

Anda newbie? Ok. Tips mudah untuk bela ikan Arowana. Mahu membela ikan Arowana di dalam akuarium di rumah memang perlukan perhatian yang tinggi. Ini adalah kerana ada spesies Arowana yang agak sensitif dengan keadaan air (pH), suhu dan juga jenis pemakanan. Ramai yang takut untuk membela ikan Arowana atau Kelisa ini kerana takut ikan itu mati, al maklumlah ... ia bukan seperti harga ikan Laga yang boleh dibeli dengan harga RM3 seekor.


Memilih Ikan Arowana

Ok. Jika anda berminat nak bermula sebagai newbie, mahu merasai apa yang seronoknya membela ikan hiasan bernilai tinggi ini, maka saya syorkan anda memulai dengan mendapatkan spesies ikan Arowana berikut:-


Silver Arowana


Silver Arowana - Berwarna perak, spesies berasal dari Hutan Amazon, Brazil. Amat tahan lasak, boleh membesar sehingga lebih 20 inci di dalam akuarium. Ekornya agak berbeza dengan spesies Arowana yang lain. Ekornya siripnya agak panjang. Harga anak ikan ini di kedai akuarium sekitar RM30-RM80 seekor.


Green Arowana

Green Arowana - Spesies tempatan, juga dikategorikan sebagai tahan lasak. Ia merupakan spesies Arowana tempatan yang paling murah. Ekornya ada sedikit warna kehijauan di sebalik warna perak di badannya. Boleh dibeli dengan harga sekitar RM120 ke bawah.


Yellow Tail Arowana


Yellow-Tail Arowana - Spesies tempatan yang boleh dikategorikan sebagai medium-advanced. Berharga sekitar RM100 - RM180 seekor untuk saiz 2-3 inci. Sesuai dengan namanya, ekornya berwarna kekuningan dan cantik. Jika dijaga dengan baik, ia boleh memberikan nilai tinggi andai dijual semula.


Pearl Arowana/Jardini


Pearl Arowana / Jardini - Spesies yang hampir sama dengan Green Arowana, cumanya ia berasal dari Australia. Agak sukar untuk didapati di kedai akuarium biasa. Spesies yang tahan lasak dan sesuai untuk beginner. Mudah dijaga dan tidak cerewet dengan pemakanan. Ekornya ada bintik-bintik seperti mutiara yang sangat menyerlah. Sisiknya nampak lebih rapat jika dibandingkan dengan spesies Asian.

Kalau berjaya membela ikan spesies Arowana di atas, maka bolehlah anda pasang impian untuk membela Arowana dari spesies yang lebih berkualiti, lebih cantik dan lebih mahal, misalnya Golden Arowana yang hanya boleh didapati di Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak.


Malaysian Golden Arowana


Golden Arowana Malaysia Adalah Paling Bernilai

Anak ikan Golden Arowana boleh mencecah sehingga RM1,500 - RM2,500 seekor bagi saiz 3-5 inci. Namun, jika anda kenalan contohnya nelayan tasik atau orang asli di Gunung Semanggol, boleh dapatkan Golden Arowana liar dengan harga kurang daripada RM500 seekor, tetapi awas .. ia spesies ikan yang dilindungi .. 😁

MGBB - Malaysian Golden Blue Base


Sais akuarium

Untuk memelihara Arowana, paling tidak anda memerlukan akuarium yang bersaiz lebih daripada 2.5 kaki. Ini adalah kerana Arowana cepat membesar, dan ia memerlukan ruang untuk berenang. Ia ikan yang aktif ... jadi, jika Arowana anda hanya duduk diam di sudut akuariam, berkemungkinan besar ada masalah - samada kesihatannya atau keadaan air akuarium.



Perkara Penting Untuk Membela Ikan Arowana

Selalunya, ramai yang telah memelihara ikan ini akan memberitahu bahawa ikan yang dibeli perlu dibiarkan selama sehari di kedai akuarium. Ok. Dari pengalaman saya, tak perlu pun berbuat begitu, kecuali ikan tersebut sudah besar atau dewasa. Kalau beli anak ikan .. rasanya boleh skip bab simpan di kedai.

Cuma anda perlu sediakan akuarium yang lengkap terlebih dahulu sebelum mendapatkan ikan:

Akuarium bersaiz sekurang-kurangnya 2.5 kaki, lebih baik dapatkan saiz 3 kaki lebih.

Akuarium mesti mempunyai penutup yang tegap. Ini adalah kerana Arowana adalah spesies ikan yang suka melompat. 


 

Cari penutup akuarium yang tidak ada benda tajam yang boleh mencederakan ikan.

Masukkan air sehingga separuh akuarium. Jika saya, saya suka menggunakan air yang telah ditakung terlebih dahulu. Campurkan dengan sedikit anti-klorin seperti disarankan pada panduan di tepi botol.

Biarkan air dalam akuarium mengalir paling tidak selama dua hari. Letakkan anak-anak ikan untuk uji samada air adalah sesuai atau tidak (anak ikan kap adalah yang terbaik).

Sediakan motor penapis air dan motor oksigen yang bagus. Untuk jenis yang baik, boleh dibeli dengan harga RM40-RM50 satu set termasuklah bekas takungan air di atas akuarium.


Ok. Apabila dah siap sebuah akuarium yang boleh beroperasi dengan baik, maka barulah anda mencari atau membeli ikan Arowana yang diingini.


Cara masukkan ikan ke dalam akuarium

Apabila membawa balik ikan Arowana yang telah dibeli, biarkan dulu bungkusan Arowana itu terapung di atas air di dalam akuarium. Ia adalah untuk memadankan suhu air di dalam akuarium dengan suhu air bungkusan Arowana.


Selepas beberapa minit, buka sedikit bungkusan yang mengandungi ikan Arowana dan biarkan sedikit air akuarium memasuki bungkusan... secara perlahan-lahan. Kemudian, lepaskan Arowana ke dalam akuarium. Lihat kelakuan ikan baharu anda itu, samada ia duduk diam .. atau aktif berenang ke sana ke mari. Perhatikan selama beberapa minit. Jika anak ikan Arowana itu berenang dengan selesa dan santainya .. maka in Sha Allah, semuanya ok.


Untuk melihat keanggunan yang ada pada seekor ikan Arowana, letakkan lampu di akuarium anda. Paling disyorkan ialah lampu LED berwarna natural. Akuarium pula dihiasi dengan dekorasi minima. Kalau boleh jangan nampak sarat sangat.


Pengalaman Lepas Membela Arowana

Saya sudah membela beberapa jenis ikan Arowana, antaranya Silver Arowana (6 bulan), MGBB (24 bulan), Super Red Local (3 bulan lebih) dan sehingga kini masih hidup Alhamdulillah

Daripada pengalaman itu, amat penting anda pantau keadaan air. Air akuarium mestilah bersih dari kotoran dan baki-baki makanan. Air mestilah tidak terlalu sejuk atau panas (suhu yang ideal ialah antara 25-27 darjah celcius). Apabila menggantikan air, hanya keluarkan 1/3 air akuarium sahaja; dan ia perlu dilakukan paling tidak seminggu sekali.



Nota Editor:-

Kalau mengikut penulis, apa-apa saja ikan yang kita bela, kita sebenarnya kena study dulu keperluan ikan tu sebagai contoh:-

1. Ikan yang kita nak bela tu makan apa?
2. Suhu sesuai ikan tu berapa °c? ph sesuai untuk ikan pulak berapa?
3. Sais maksima ikan boleh sampai berapa inci / kaki?
4. Tank mates / rakan sesuai ikan apa? (Bukan semua jenis ikan kita boleh community kan dalam 1 tank - lain jenis ikan lain jenis habitat / sifat / sikap dia)
5. Rajin atau malas tak kita nak cuci tangki / tukar air akuarium? (Ni yang paling penting sebenarnya - kita jaga air, air jaga ikan)
6. Sistem penapisan yang bagaimana sesuai untuk jenisan ikan yang kita bela?
Kalau rasa kesemua persoalan di atas tu kita dapat handle, insyaAllah ikan jenis apa pun kita boleh bela😁

Untuk rekod setakat ni penulis dah memiliki koleksi beberapa jenis ikan air tawar, daripada channa, ikan emas, discus, parrot, kaloi, belida, bichir...african cichlids dan banyak lagi dan masih hidup hingga ke hari ini Alhamdulillah


Anak Ikan Kap - Makanan Terbaik Ikan Kelisa

Diet makanan Arowana adalah bergantung dengan spesies. Secara amnya, saya akan berikan anak-anak ikan (ikan kap), cengkerik dan juga ulat susu. Ada yang kata berikan anak katak jika saiz sudah lebih daripada 7 inci... yang ni saya belum cuba sebab susah nak dapat dari kedai akuarium.


Semoga info ini berguna untuk mereka yang mahu membela ikan Arowana. Kalau rasa tak mampu, cuba bela jenisan ikan lain yang jenis lasak dan mempunyai daya tahan hidup yang lama dan perlu diingatkan sekali lagi, sebenarnya untuk penjagaan ikan yang baik adalah pertama sekali penjagaan air yang betul dan sesuai untuk semua jenis hidupan akuatik😁 "Kita jaga air, air jaga ikan"


Info dan tips penjagaan air & ikan:-

Tips penjagaan ikan hiasan


Super Red


Nota Editor:-
Sedikit nota tambahan...apabila anda telah yakin untuk memiliki dan memelihara spesis ikan arowana ni...ada satu lagi varian yang popular dari negara jiran kita Indonesia iaitu Super Red Kapuas Kalimantan. 
Seperti namanya super red, varian ikan jenis ni lebih kepada warna merah pada keseluruhan badannya, termasuk lah sisik, fin, pipi, mulut...boleh kata semua merahlah...
Kebiasaan harganya dari sais 4 inci ke atas anggaran dari RM 900 ke RM 1200 manakala yang bersais 14 ke 16 inci ke atas boleh menjejak RM 2500 ke RM 3500 seekor bergantung pada sais,kualiti dan baka ikan tersebut
Walaubagaimana pun, di farm Malaysia seperti di Perak, Negeri Sembilan sudah ada breeder yang menternak dan membiak baka super red ni dan harga nya boleh diperoleh dengan harga mampu milik jika nak dibandingkan dengan super red asli dari Kalimantan😁


Sekian, selamat beramal dan selamat teracun dalam dunia arowanaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Kredit blog asal: Tips Newbie Untuk Bela Ikan Arowana

Diolah semula dari blog asal (blog asal ada spambot/banyak pop up)

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?