Cara Mengawal kadar Amonia, Nitrit dan Nitrat Yang Tinggi di dalam Akuarium

 How do we fight high nitrate in cichlid aquarium?





1. WC (Water Change)

Ini adalah cara yang termudah skali untuk mengurangkan kadar nitrate di dalam tank. Nitrate level bhiase bhiase paling koman wc seminggu sekali. Kalau yg dah meletop merah tu, wc 2 atau 3 hari sekali. Tapi larat ke? Ada masa ke? πŸ˜…




2. K1

Penggunaan K1 di filter media adalah salah satu cara untuk mengurangkan kadar nitrate. K1 ialah mechanical filter yg mana terdiri dr biji biji plastik yg kecik² dan berpusing di dalam filter. Kalau x berpusing, x effective. Untuk k1 yg effective, cari yg second hand punya. Yg telah diguna pakai. Sebab apa? Bb dah melekat kt k1 tu dan itu antara salah satu faktor untuk k1 tu berpusing. Byk owner k1 yg beli baru, tapi bila letak di filter.. x berpusing. Kena guna bantuan airpump.




3. Pumice stone

Media ni byk digunakan oleh hobbyist untuk combat nitrate. Yang jenis mahal daripada seachem matrix. Yang murah, p cari kt kedai bunga, seguni baru berapa hengget je. X pun ada seller yg jual kt fb n shopee yg dah repack dgn zip lock bag.

*p/s link shopee:- Pumice Stone (Media Filter) For Your Aquarium




4. Rio BB, Super Strength Nitrification

Sgt best pakai ni, air jadi crystal clear. Ia adalah sejenis BB jenis serbuk. Ia specialize untuk monster tank yg mana ammonia and nitrate selalu spike sebab high bioload. Tapi, harga diaaaa..mahal yakmat. Hahaha. Tapi yang best ialah hanya guna 5g sahaja untuk treat 1500L air! Berbaloi




5. Kurangkan bioload

Maksud sini, bukan kurangkan ikan dalam tank 🀣, tapi kurangkan diet diaorang. Dari bg makan 3 kali sehari, bg sekali je sehari. Atau cut makanan diaorang, daripada penuh sukatan, bagi separuh je. Make sure, setiap kali feed, semua habis. Xde leftover.




6. Flow dalam tank

Kenalpasti flow dlm tank korang mcm mana. Mesti ada tempat taik tersangkut kan? Maksud saya kat sini, flow dlm tank tu nak kena smooth, air nak kena berjalan atau berpusing sentiasa dalam tank. Cer tengok tank korang, ada x spot yg air tu tenang je yang xde agiation langsung. Bila ada spot yg stagnent atau air tenang, atau air x bergerak dlm tank, bermakna, flow air dlm tank korang x bagus. Air tu x fully cycled. Air x bertukar sepenuhnya atau x semua bahagian air lalu kat media. Dari situ juga boleh nitrate spike.




7. Filter

Bila nak bela cichlid ni, filter nak kena mantap. Dalam erti kata lain, nak kena bersungguh kt part filter. Sebab apa? Cichlid ni bioload dia agak tinggi. Mana tak, asyik lalu depan tank je semua berebut nak mintak makan. Owner pun kesian bg makan. Last² owner pening, nitrate spike. Hahaha. Oleh itu saudara saudari sekelian, mantapkanlah filter anda. X kisah canister ke, sump ke, top filter ke, janji kena mantap. Kena kaji, media ni untuk apa? Ada media untuk lawan nitrate. Ada media untuk lawan ammonia. Ada media untuk build up BB. Ada media untuk stabilkan PH air. So, lengkapkan ilmu anda tentang media. Bila faham, xkan ada masalah water parameters lagi. Kalau ada pun, korang dah siap siaga dgn knowledge, dah tau mana nak alter, mana nak kurangkan. Baru power! 

*Kita belajar sama sama. Semua orang boleh belajar, tapi PENGALAMAN tu yang mahal!


Credit:-

Zaki Adnan from Cichlid Club Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?