PENJAGAAN IKAN HIASAN
MEMBELA ikan barangkali antara hobi yang memberi ketenangan kerana berbanding haiwan lain, ikan tidak sukar dijaga malah memberi banyak kelebihan seperti menceriakan suasana serta mengurangkan tekanan.
Ikan sebenarnya mempunyai personaliti tersendiri dan adalah amat penting untuk mengetahui perkara asas sebelum memilih ikan sebagai hobi anda.
1. Pilih Spesis Yang Tahan Lasak
Sudah tentu perkara utama tentang hobi ini adalah mengenai pemilihan spesis ikan yang ingin dipelihara. Sebaiknya jangan terburu-buru, banyak bertanya tentang jenis yang diminati sebelum membeli.
Bagi yang pertama kali hendak membela ikan, digalakkan memilih spesis yang tahan lasak seperti Tiger Barb, Congo Tetra, Rosy Fin Tetra dan sebagainya.
2. Pilih Saiz Akuarium Yang Sesuai
Apabila anda sudah tahu jenis ikan yang ingin dibela, anda perlu menentukan saiz akuarium. Saiz berukuran 19 liter adalah paling ideal buat permulaan untuk ikan bersaiz kecil.
Sekiranya anda memilih untuk memelihara jenis yang lebih besar dan pelbagai, sebaiknya pilih akuarium 75 liter hingga 100 liter agar dapat memberi lebih ruang kepada ikan.
Memilih akuarium juga perlu dibuat dengan teliti bersesuaian dengan jenis dan saiz ikan.
3. Penapis Dan Aksesori Akuarium
Penapis air akuarium sangat penting bukan sahaja untuk kebersihan, malah dalam memastikan ikan hidup lebih lama tanpa kehadiran bakteria.
Bagi yang tiada pengalaman, semasa memilih penapis air pastikan kapasitinya sesuai dengan akuarium anda selain mengambil kira aksesori untuk menghias akuarium anda.
Ini kerana sesetengah ikan lebih suka berenang bebas dan ada pula yang lebih selesa jika dapat menyorok di sebalik dedaun atau pun batu.
4. Air Untuk Akuarium
Aspek paling penting ketika membela ikan adalah penjagaan air akuarium. Ia perlu dikekalkan dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang bakteria.
Adalah disarankan untuk memasang parameter bagi mengesan kandungan ammonia dan nitrat setiap minggu apabila menukar air akuarium.
Bagaimanapun masih ada yang tidak tahu bahawa air tidak perlu ditukar sepenuhnya setiap minggu kerana ia akan memusnahkan bakteria baik yang terdapat dalam air, sebaliknya disarankan hanya menukar 20 ke 30 peratus sahaja air setiap minggu.
5. Penyelengaraan
Selain menukar air secara berkala, ada beberapa penyelengaraan yang anda perlu ambil tahu bagi memastikan ikan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Pastikan ikan diberi makan setiap hari selain memastikan alatan penapis berfungsi serta suhu air sesuai dengan ikan
Kesilapan Biasa Akuarium Baru
Memulakan dengan Akuarium Kecil
“Akuarium kecik lagi murah, mudah di maintain dan pendek kata senang nak jagalah”.
Itulah ungkapan yang kita selalu sangat dengar daripada peminat ikan hiasan tropika yang baru berjinak dengan hobi ini.
Sebenarnya SALAH! Sebenarnya kalau anda nak tahu, semakin kecik akuarium anda, sebenarnya lagi susah.
Sebab apa? Sebab sedikit kesilapan atau perubahan kualiti air akuarium, ikan anda dalam risiko kematian.
Jadi nasihat kami kepada peminat baru, jauhi daripada akuarium yang kurang daripada 90 liter.
Akuarium kaca standard yang biasa dijual pun dah dikira suatu permulaan yang baik untuk anda terus dalam hobi ini dan lagi mudah senggaraannya serta banyak lagi kebaikan yang kami akan dedahkan kepada anda dalam artikel kami nanti.
Memasukkan Ikan Dengan Cepat
Akuarium dah beli, air dah masuk, anti klorin, batu, pam, lampu dan segalanya dah terpasang..Tunggu apa lagi. Start enjin kereta pastu pergi kedai ikan berdekatan beli 3, 4 ekor ikan yang minat pastu terus balik masukkan dalam akuarium…Cantiknya…tapi besok pergi kedai ikan tu balik cakap kat tokey kedai..Ikan semalam sudah mati..Apasal haa? Situasi lebih buruk yang selalu kami tengok, beli akuarium baru dan terus beli ikan..Maksudnya, pas balik set up masuk air terus masuk ikan..wah bestnya..(30 minit awal) dan selepas 2, 3 jam..dah mati….huhuuhu..
Apa yang salah di sini? Kami tau ramai peminat yang pernah melihat ataupun merasai pengalaman tersebut sendiri..betul tak? Sebenarnya, ikan mati disebabkan segala gas, mineral, logam berat dan sebatian kimia terlarut dalam air paip yang dimasukkan masih lagi belum neutral..Jadi, nasihat kami biarkan air baru dimasukkan tadi berada dalam akuarium sehari dua dan semua pam/powerhead dipasang supaya air mula bergerak dan berkitar. pH air pun akan stabil. Klorin akan mula terbebas ke udara. Lepas tuh, baru masukkan ikan dik..Sabar..
Terlampau Banyak Ikan Serentak
Comellah ikan-ikan ni..beli banyak-banyak pastu letak dalam akuarium kat rumah mesti lawa nih..Tauke kasi bungkus 10 ekor..heheheheh..Pastu balik letak dalam akuarium baru anda..keesokan harinya, tengok-tengok..lahhh..5 ekor dah busuk melampung perut atas, 2 ekor tercungap kat muka air, sekor berenang tunggang terbalik, 2 ekor dah kat dasar mati…sedihnya..Kenapa jadi macam ni? Semalam semua masa beli dan letak dalam akuarium sihat-sihat..
Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebab akuarium baru belum betul-betul ready dari segi ekologinya untuk menampung beban biologi. Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam akuarium anda. Oleh itu, apa yang anda boleh buat, beli sekor dua saja ikan yang lasak dan belanya dalam masa seminggu dua..Lepas tuh, dapatkan ammonia test kit dan periksa kadar ammonia sehingga sifar sebelum masukkan ikan sekor dua dari masa ke semasa. Keywords nya, jangan masukkan terlampau banyak ikan serentak dalam suatu masa.
Akuarium Sesak
“Alamak, elektrik kat rumah terputus…confirm ikan akan mati tak cukup oksigen…”. sedihkan sebab elektrik terputus ikan jadi mangsa..Kenapa? Sebab terlampau sesak..Walaupun anda pernah melihat akuarium yang penuh sesak tapi bagi anda yang baru mulakan hobi ini adalah amat tidak digalakkan. Malah, kami sendiri tidak pernah menyesakkan akuarium kami walaupun kami memiliki ikan-ikan air tawar dan marin di kedai..Pernah suatu hari fius bekalan kedai kami telah terbakar dan menyebabkan bekalan terputus selama sehari ketika hari cuti.. besoknya, syukur kerana tiada seekor ikan pun yang mati.
Oleh itu, kami nasihatkan kepada anda supaya tidak memasukkan ikan terlampau banyak dalam akuarium anda kerana sudah tentu kandungan oksigen tidak cukup, ikan bergaduh, air cepat kotor dan bermacam lagi dik..
Amalkan konsep mudah kami seinci ikan untuk 5 liter air. Katakan anda mempunyai akuarium bersaiz 3 kaki kaca standard atau 100liter..jadi sekiranya ikan anda minati bersaiz maksimum seinci jadi anda boleh memelihara 20 ekor ikan dan sekiranya 2 inci setiap ekor jadi 10 ekor kesemua ikan yang boleh anda pelihara. Mudahkan..
*Pembetulan
Rule of thumb:-
1 fish = 4 gallons water
1ekor ikan = 20 liter air
Memelihara Ikan yang Tidak Bersesuaian Bersama
Semasa pergi kedai ikan, anda terpandang ikan oscar veil tail. Mesti kalau beli dan bela bersama ikan emas kat rumah mesti cantik giler..Ekor panjang merambu ramba macam kain baju pop yeh yeh..dan besoknya…mana ikan-ikan emas comel kecik aku ni?kenapa tinggal ikan oscar ni je? Pening...takkan melompat plak ikan emas perut bulat montel aku ni..mana boley..pastu..selidik punya selidik…siot punya oscar, rupanya dia telan habis. patutlah abis licin ikan emas aku dan perut ko plak kembong semacam..
Situasi di atas adalah antara contoh-contoh kesilapan ramai peminat dan mungkin anda juga termasuk dalam golongan ini..hehheh..tapi sama-samalah kita belajar daripada kesilapan lalu. Sebabnya, itulah pengalaman saya semasa berumur 4 tahun dahulu dengan ikan-ikan pertama saya..heheheh..
Oleh itu, apa yang kita boleh buat, study dulu ikan-ikan yang kita minat sebelum membuat keputusan membeli. Takut rugi dan tak berbaloi. Study tentang spesis ikan tu boley ke atau tak dengan ikan sedia ada kita. Apa-apa pasal ikan-ikan ni akan kami terangkan dalam artikel yang lain dan konsep mudah dalam memilih ikan – mana-mana ikan yang muat ke dalam mulut ikan lain akan berakhir riwayatnya di situ
Terlebih Makanan
Ikan ni lapar ni..Setiap kali lalu depan akuarium mesti ikan-ikan ni berenang atas muka air mintak makanan..Sebenarnya tidak benar. Sebab ikan hanya makan apabila perlu sahaja. 2 kali sehari dengan setiap kali makan 2-5 minit sahaja tempoh makannya sedikit demi sedikit.
Semasa tempoh akuarium baru di setup, pemberian makanan tidak lebih sekali sehari dan semasa bacaan ammonia tinggi pula hentikan pemakanan sehari dua. Jangan risau sebab ikan mampu bertahan tidak makan selama beberapa hari kerana ikan dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memeberi kesan kepada kesihatan itu sendiri.
Penapisan Kurang Sesuai
Bang, kenapa akuarium saya selepas seminggu dua mesti keruh walaupun saya gunakan filter? sudahlah filter mahal dan jenis tu baik kata tokey kedai si polan si polan tu.penatlah saya nak mencuci akuarium macam ni..heheheh..banyak kali kami mendengar rungutan, keluhan, dan seumpamanya..sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ni. Bukannya mahal atau nampak besar dan gah tapi tak efektif..konsep mudah, katakan akuarium anda berkapasiti 90 liter, jadi jika anda menggunakan top filter pastikan powerhead yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 270 liter/hour atau 270 liter sejam.
Tidak Memeriksa Kualiti Air
Ramai orang beranggapan kenapa perlukan test kit??member bela tak pernah bertest test kit pun. Kenapa saya nak bazirkan duit beli semua tuh? Kalau anda nak tau, ini kerana akuarium yang telah matang atau telah lama sudah mempunyai kestabilan dari segi parameternya seperti pH, ammonia dan nitrogen..dan selalunya itu pun yang betul-betul peminat tegar, tak percaya, cuba perhatikan banyak akuarium tropika di negara kita..tak usah jauh, dekat restoran tom yam yang berdekatan rumah anda kalau ada akuarium pun tak bersih, banyak berlumut..itu menandakan nitrit (nutrien penting menggalakkan pertumbuhan algae@ lumut).
Oleh itu, bagi memastikan akuarium anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik serta tidak bermasalah untuk jangkamasa panjang langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Apabila akuarium sudah mengitar (cycle) periksa air sebulan sekali dan sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.
Tidak Menukar Air
Kenapa air akuarium saya nampak kekuningan? Tengok ikan berenang ok jer..Kalau anda nak tahu, ianya adalah disebabkan kandungan tanin dan hasil buangan ikan serta makanan yang terlarut dalam air. Peminat akuarium baru jarang membuat selenggaraan akuarium kerana merasakan leceh dan tidak perlu selagi mana ikan berenang baik.
Sebenarnya mudah sahaja, buangan ikan yang terkumpul pada dasar akuarium hanya perlu di siphon kan keluar atau disedut keluar dengan paip dan kemudian digantikan dengan air paip baru yang telah diletakkan anti klorin dalam bekas berasingan.
(Pastikan bekas/ baldi tersebut tidak digunakan untuk membasuh baju, menukar minyak hitam kereta dan lain-lain kegunaan).
Beli baldi biasa yang biasanya dijual dengan harga RM 5 -RM8 dan tulis dengan marker pen di luar dengan perkataan “Untuk Akuarium Ikan Sahaja”. Oh ya, satu lagi tabiat peminat ikan di negara ini yang terlebih rajin adalah dengan menukar 100% air akuarium, mengangkat akuarium ke bilik air atau hadapan rumah untuk dicuci serta membasuh semua batuan/ pasir.
Sebenarnya tak perlu pun. Penukaran air sebanyak 30% seminggu sekali sudah cukup untuk memastikan akuarium dan ikan-ikan kesayangan anda sihat dan happy.
Bagi pemula hobi membela ikan perhiasan di dalam akuarium, di bawah ini adalah sedikit panduan sebelum membuat pembelian atau pemilihan peralatan yang sesuai:-
Saiz Akuarium
Secara umumnya, akuarium yang bersaiz besar lebih mudah untuk diselenggara dan penjagaan ikan lebih mudah. Ini adalah kerana akuarium yang kecil mudah untuk berlaku perubahan pada keadaan air berbanding akuarium yan besar. Itu secara umumnya. Tapi bagi saya cukup dengan membeli akuarium yang sederhana besar. Jika rasa dah biasa dengan proses membela ikan, boleh upgrade bila-bila masa.
Kaca atau Plastik?
Akuarium plastik lebih murah. Tetapi akuarium kaca lebih cantik, lebih tahan lama dan lebih mudah dibersihkan. Jika anda baru nak belajar selok belok membela ikan perhiasan (seperti saya), saya cadangkan mulakan dengan akuarium plastik dahulu. Jika dah dapat feel membela ikan dengan lebih serius, kemudian hari boleh tukar kepada akuarium kaca.
Pam Air dan Filter
Sebaik-baiknya beli pam yang mempunyai dwi fungsi ini iaitu mengalirkan air dan juga sebagai penapis. Ini adalah penting untuk memastikan air dalam akuarium sentiasa bersih. Di dalam penapis biasanya terdiri daripada span filter dan juga activated charcoal. Mengikut kata pekedai tu, aktivated charcoal perlu ditukar setiap satu atau 2 minggu, manakala filter tu boleh dicuci sahaja dan boleh ditukar setiap satu atau 2 bulan.
Rawatan air
Air untuk digunakan dalam akuarium hendaklah dirawat terlebih dahulu. Ini adalah kerana air paip biasa mengandungi klorin yang boleh membahayakan ikan. Kita perlukan ubat anti-klorin yang perlu dimasukkan ke dalam air untuk meneutralkan lebihan klorin dan juga logam berat. Selain itu juga, biasanya cecair anti-klorin ini juga ada dicampurkan dengan ubat penenang kepada ikan (mengelakkan ikan daripada stress). Kita hanya perlu letakkan beberapa ML ke dalam air akuarium. Harga satu botol cecair rawatan ini adalah lebih kurang RM16 untuk 120ml.
Garam Anti Bakteria
Boleh guna garam biasa tak? Sebenarnya ada garam khas yang perlu dicampurkan ke dalam air. Garam ini bertindak sebagai disinfectant dan memberikan persekitaran yang baik kepada ikan. Kuantiti yang perlu dimasukkan ke dalam air bergantung kepada kapasiti air dalam akuarium kita. Biasanya, masukkan satu sudu teh garam tersebut untuk 28 liter air atau kurang. Harga garam ni satu paket 1kg adalah lebih kurang RM3
*Pembetulan:-
Garam ikan digunakan untuk tujuan perubatan sahaja
1) Garam putih disinfection
2) Garam biru anti parasit
3) Garam kuning anti fungus/bakteria
Makanan Ikan
Terdapat pelbagai jenis makanan ikan yang mempunyai tujuan tertentu. Sebagai contoh ada makanan yang fokus untuk tumbesaran ikan. Ada juga yang fokus pada menyerlahkan warna ikan. Tetapi apa yang lebih penting adalah makanan ikan yang dibeli bersesuai dengan saiz mulut ikan. Jika kita membela ikan yang kecil, belilah pallet yang halus. Selain itu pilih makanan ikan yang tidak mengeruhkan air akuarium.
Ikan perlu diberi makan 2 atau 3 kali sehari. Tidak perlu beri makan terlalu kerap kerana jika makan terlalu kerap, ikan akan lebih kerap berkumuh dan ini akan menyebabkan air kelihatan tidak cantik dan cepat kotor. Jika akuarium yang besar, anda boleh gunakan alat memberi makan ikan automatik. Pada saya, bagi makan secara manual lebih seronok.
Cuci Akuarium
Kekerapan mencuci akuarium bergantung kepada saiz akuarium. Untuk akuarium yang kecil, sebaik-baiknya seminggu sekali. Air tidak perlu ditukar keseluruhan air akuarium dengan air baru, cukup dengan menukar separuh (1/2) air dalam akuarium dengan air baru yang telah dirawat (point 4 dan 5). Kelebihan membela ikan dengan akuarium kecil adalah masa yang diambil untuk mencuci lebih cepat berbanding akuarium besar.
Antara tanda-tanda air perlu ditukar walaupun air masih jernih adalah apabila ikan sentiasa berada di atas untuk mengambil udara (kebanyakan ikan). Oleh itu saya cadangkan jadikan tabiat untuk tukar dan cuci akuarium seminggu sekali. Tak lama pun, boleh siap dalam masa 30 minit.
Bilangan Ikan
Jangan beli ikan terlalu banyak jika akuarium anda kecil. Ini untuk mengelakkan air mudah menjadi kotor dan juga memberi ruang kepada ikan untuk berenang dengan bebas. Selain itu, pada permulaan, bela ikan yang sama jenis sahaja. Jangan campur spesis ikan jika anda tidak tahu sifat semulajadi ikan tersebut. Ini adalah kerana ada ikan yang suka kacau ikan lain, ada yang makan ikan lain dan lain-lain perangai.
Selain itu juga, jika anda baru membeli ikan dan akuarium, anda perlu sediakan air yang dirawat dan hidupkan pam dan biarkan air mengalir tanpa ikan dalam masa 15-30 minit sekurang-kurangnya. Ada kedai yang cadangkan biarkan sehingga seharian. Ini adalah untuk memastikan air dan bahan yang dicampurkan (garam, anti-clorin dan lain-lain) sebati.
Kemudian letakkan plastik yang membungkus ikan hiasan anda di atas air akuarium untuk menstabilkan suhu air dalam bungkusan dan juga akuarium. Tujuannya adalah untuk mengurangkan ikan stress apabila masuk ke dalam akaurium baru.
Untuk membeli peralatan membela ikan hiasan kali pertama, saya cadangkan untuk pergi ke kedai ikan dan akuarium. Setelah itu, untuk barangan lain seperti makanan ikan, activated charcoal dan lain-lain boleh dibeli dari Lazada Malaysia sekiranya tidak sempat nak ke kedai ikan hiasan.
Itu adalah perkara asas yang perlu kita ketahui sebelum dan semasa membela ikan hiasan di rumah. Sekiranya ada mana-mana ilmu tentang penjagaan ikan hiasan yang tertinggal boleh dikemukakan di ruangan komen.
Olahan dan kompilasi dari sumber asal:-
Salam
ReplyDeleteCucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
ReplyDeletePuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..π
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okayππ»
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
πYg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..π€²πΌ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
πkalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570