Cara Membuat EM (Effective Microorganism)

 Cara-Cara Membuat Sendiri EM1, EM2, EM3 & EM4


 


EM adalah gabungan beneficial micro-organism yang telah dimajukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan.

 


Micro-organisma ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit.

Micro-organisma tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria.

EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.

Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis (EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini akan ditunjukan cara-cara membuat sendiri EM.

 

 


 

EM1 mengandungi :

1. Primary lactic acid bacteria (lactic acid produced in metabolism)
2. Yeast
3. Photosynthetic bacteria.

Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.

 

EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisma ini ujud sebagai satu konsortium. Microbes yang ujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria, fungi, yeasts atau molds dan sebagainya. EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisma dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.

EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisma

 

EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisma dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.

 

 

EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisma yang mengasilkan lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisma adalah sama saperti di atas. 1 billion cells/gram cecair.

 

Perbezaan diantara EM1, EM2, EM3 & EM4 

 

Kandungan micro-organisma dalamnya. Jenis yang terbanyak diguna di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.

Bahan-bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-

·     Sayuran yang dibuang, kekacang.

· Kulit buah-buahan saperti betik, pisang, rambutan dan sebagainya.

·     Dedak padi.

·     Gula merah.

·     Air basuhan beras.

 

Cara cara:-

1. Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu bekas (tong).

2. Gaul supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa-sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan seterusnya akan dimakan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa oxygen.

3. Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu adalah EM1. Cecair EM1 dicampur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan ditutup rapat sekali lagi. Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.

4. Cecair EM2 dicampur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.

Nisbah campuran adalah saperti berikut

                             1 : 1 : 1

1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air

5. Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3

6. EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa-apa dan hasilnya adalah EM4

 



Olahan dari Sumber asal: Cara Membuat EM4

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?