Posts

Showing posts from January, 2021

Apakah Itu Anti Klorin?

Image
Anti chlorine - fix the misconceptions  (Membetulkan salah faham berkenaan anti klorin) Sekarang dah 2021 dah tuan-tuan. Access kepada maklumat dah di hujung jari dan community pun dah embrace kepada open source punya maklumat.  Dulu 2010 mungkin tak ramai atau tak senang nak jumpa org ajar perkara2 sebegini, sekarang tidak lagi. Research journal di hujung jari.  Tapi kita faham, tak semua org ada basic chemistry dan tak semua orang ambik chemistry waktu belajar dulu. Posting ni adalah untuk set the fact straight, dengan jalan ilmiah, bukan by cakap ikut spec sheet pada pelekat botol.  ------- A. Mahal atau murah antichlorine , 2-2 remove ( neutralize ) chlorine dan juga CHLORAMINE.  Anda pakai aquadine buang chloramine, anda pakai nika remove chloramine , anda pakai garam hypo pun remove chloramine.  Saya x tau lah dari mana source tenet tu dapat, tapi ideology yang anti chlorin terbahagi 2 iaitu satu remove chlorine dan satu lagi boleh remove chlorine dan...

Apakah Itu Kitaran Nitrogen?

Image
Kitaran Nitrogen : Bahagian 1 Salam semua. Bagaimana akuarium anda hari ini? Masih mendapat jelingan tajam dari isteri (hehehe... ). Rilex2 sahaja. Seperti yang dijanjikan, hari ini kami akan berkongsi dengan anda semua yang baru berjinak sebagai penghobi ikan hiasan berkenaan kitaran nitrogen serta kaedah mematangkan air pada akuarium atau tank anda. Kami akan menulis perihal ini dalam beberapa bahagian dalam bahasa yang mudah agar rakan-rakan dapat hadam satu persatu. Jom kita mulakan. Kitaran Nitrogen adalah sesuatu yang tidak dapat anda hindari dan amat penting untuk difahami apabila memiliki akuarium. Anda harus tahu kaedah mengitar tangki (atau akuarium) sehingga anda dapat menyediakan persekitaran yang stabil dan sihat untuk haiwan akuatik peliharaan anda. Anda mungkin pernah mendengar istilah Kitaran Biologi, Proses Nitrifikasi, atau Sindrom Tangki Baru (New Tank Sindrome). Tetapi, semuanya merujuk kepada perkara yang sama - Kitaran Nitrogen. Apa itu kitaran nitrogen, dan menga...

Apakah Itu Parameter Air?

Image
  PARAMETER AIR Salam sejahtera buat semua rakan-rakan H2 Aqua dan penghobi-penghobi ikan hiasan yang dihormati. Semoga semua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat dan kebaikan dari Tuhan. Jangan lalai dari dari SOP dalam mengekang penularan COVID-19 dan jagalah diri dan keluarga kita semua. Hari ini kami kongsikan satu artikel yang penting untuk sama-sama kita fahami iaitu parameswara air. Eh? Typo…. Parameter air. Hehehe….. Parameter air adalah merupakan bahagian terpenting pada akuarium yang perlu diketahui. Ia menentu atur setiap faktor dalam akuarium dan secara langsung mempengaruhi kesihatan hidupan akuatik. Air dari paip mempunyai parameter yang menjadikannya tidak cukup sesuai untuk penggunaan langsung pada tank anda. Maka, amat penting untuk anda mengetahui apakah parameter air bagi hidupan akuatik anda sebelum anda memeliharanya atau setup tank anda. Kali ini kita akan membicarakan berkenaan beberapa parameter secara umum seperti pH, KH, dan GH. 1. pH pH ada...

Apakah Itu Ammonia?

Image
AMMONIA - PART 1 Salam sejahtera buat semua rakan-rakan H2 Aqua yang budiman. Semoga semua berada dalam keadaan ceria disamping ikan-ikan yang tercinta. Hari ini izinkan kami berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan bahagian yang agak kompleks dan kontroversi untuk tank kita. AMMONIA! Tajuk ini agak berat makanya kami bahagikan kepada dua bahagian, part 1 dan part 2. Let's go!  Ammonia; bahan toksik yang selalu diperkatakan oleh pemilik akuarium dan penghobi ikan hiasan. Ammonia tinggi, ammonia spike adalah antara benda yang ditakuti dan boleh membawa kematian kepada haiwan akuatik di dalam akuarium. Jangan kata haiwan akuatik, dengan tuan² akuarium sekali boleh bawak umur kalau keracunan ammonia. Rakan-rakan lihat la berapa banyak posting dalam FB ni yang bertanya "kenapa ikan saya mati tiba-tiba?". Memang sedih kan? Tentu anda biasa melihat ammonia tester (penguji amonia) yang ada dipasaran. Ada yang bertulis Ammonia tester (NH3), ada juga yang bertulis Ammonia NH3/NH4+ ...

Sebab Ikan Cichlids Mati

Image
Abam boring ni. 😜😜😜 Saja nak share ilmu. Ini ikut pengalaman saya ya. Bukan expert punya advice, tp ikut pengalaman saya.  Cichild mati ada byk sebab. Kekadang nampak mcm kena buli. Tapi sebenarnya dah mati dulu br cichild lain gigit ekor ngan mata dia. Part mata tu paling feveret. Papehal, kalau mati, mata mesti hilang dulu. Sebab sebab popular cichild mati: 1. Kes buli 2. Ammonia spike 3. Nitrate spike 4. Parasite infections 5. Bloated 6. Sunken belly Kalau kes buli, satu cara nak detect tgk kt bdn n fin. Kalau buli, dia x mati terus. Fin akan koyak n badan bersopak. Cara nak ubat? Ubat hijau S1 atau yg sama dengannya. Asingkan. Letak dlm hospital tank. Ammonia spike, cichild akan gone trus serta merta dan secara berjemaah. Ammonia spike ni bila makanan terlebih, atau seratus tahun x cuci tank atau ada bebudak kecik kat rumah tabur pallet tu sebotol. Ikan lapor katanya. Ubat? Tukar air 100% Nitrate spike. Cichild jarang tunjukkan apa apa syntom. Kalau kronik, ikan akan tercung...

Cichlids Pallets

Image
Soalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera semua peminat ikan cichlid...nak bertanya...apa perbezaan setiap semua makanan untuk cichlid ni. Dia ikut stage saiz pembesaran ke atau ikut jenisan cichlid. Terima kasih Jawapan: Berbeza dari segi keperluan makanan cichild itu sendiri. Cichild excel / sinking excel =  kaya dengan spriulina (vege). Design khas untuk omnivor. Contohnya tropheus dr lake tanganyika.  Cichild bio gold = Kaya dengan protien. Untuk tumbesaran cepat. Khas untuk cichild yg carnivore. Floating Cichild staple = Khas untuk shape badan cichild. Sebab kekadang kita terlalu bg protien, so body shape diaorang out. Gemuk. πŸ˜…. So staple untuk balancekan balik. Floating Hikari bio gold (pack merah) = Khas untuk protien tinggi dan menaikkan warna. Ada jenis sinking dan ada jenis floating. Cepat berhabuk skit Hikari vibra bites =  Khas untuk discus. Protien dan warna. Slowly sinking Hikari lion head = Khas untuk colour dan growth. Bersaiz kecil dan sinking. Credit:...