MyPUSPAKOM Apps
Assalamualaikum dan berjumpa lagi kita di update post terbaru ni.
Kali ni nak bercerita mengenai pemeriksaan Puspakom kenderaan untuk proses tukar nama.
Ok seperti kita sedia maklum, sejak musim Covid19 dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) segala urusan kita banyak tertangguh memandangkan banyak SOP yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan wabak penularan pandemik Covid19 ni.
Tidak terkecuali dengan Kes nak dicerita pada kali ini, iaitu urusan tukar nama kenderaan yang memerlukan pemeriksaan kenderaan di Puspakom B2 (LKM tamat tempoh lebih 1tahun) dan B5 (tukar nama)
Jika sebelum ni,bila kita nak buat pemeriksaan puspakom, kita hanya perlu pergi terus ke pejabat puspakom terdekat tanpa perlu membuat tempahan/temujanji terlebih dahulu. Istilahnya dipanggil siapa cepat dia dapat.
Namun sejak PKP dilaksanakan dan norma baharu dalam kehidupan kita sekarang ni. Segala urusan booking kena melalui aplikasi yang boleh didapati di playstore (android) dan app store (apple) yang dipanggil MyPUSPAKOM
Ok selepas kita selesai install apps tersebut, kita klik lah pada butang open apps tu dan page pertama yang keluar dari apps tu memerlukan kita untuk mendaftar terlebih dahulu
Ok, selepas kita dah berjaya mendaftar id dan password tu boleh la proceed untuk langkah seterusnya
Isikan borang dengan data-data diperlukan seperti nama, alamat, nombor pendaftaran kenderaan yang hendak diperiksa, no chassis/engine, penama asal kenderaan, penama pembawa kenderaa dan seterusnya
Perlu diberi perhatian, pastikan kita klik pada kotak yang bersesuaian, sebagai contoh jika ingin membuat pemeriksaan bagi tujuan tukar nama hakmilik kenderaan klik pada kotak yang sepatutnya
Ok, selesai dengan data-data yang perlu diisi tu seterusnya kita dah boleh pilih tarikh dan masa untuk temujanji pemeriksaan
Selesai kita dah booking slot untuk pemeriksaan, sekarang tibalah masanya untuk membuat pembayaran. memandangkan permohonan kita secara talian (online) maka pembayaran juga perlu dibuat secara online
Siap pembayaran dilakukan, sekarang kita boleh print out data permohonan awal ni, dengan scan pada QR code yang digenerate pada apps
Ok untuk langkah seterusnya, kita dah boleh bawa resit bayaran yang kita dah print tu ke pejabat puspakom pada tarikh yang telah kita book tadi, dan serahkan pada pegawai pemeriksa di pusat pemeriksaan nanti
Pengawal: Cik, nak ke mana?Pelanggan 2: Saya nak buat pemeriksaan kenderaanPengawal: Ada buat temujanji tak sebelum datang?Pelanggan 2: Takde cik, tapi saya ni pemandu ehailer, dan saya perlu membuat pemeriksaanPengawal: Ok, cik boleh buat dulu permohonan secara online di MyPUSPAKOM apps kemudian baru datang semula ke sini setelah dapat tarikh booking ya, sekarang dah tiada servis periksaan secara Walk In, hanya yang booking online saja yang dibenarkan masuk
Dan aku time tu rasa lega betul lah, sebab kat tangan dah ada salinan print resit booking tu, tunjuk je kat pengawal tu dan terus dia minta aku masuk barisan untuk pemeriksaan. sebelum pemeriksaan selanjutnya, perlu ke kaunter Utama dahulu untuk dibuat semakan ke atas permohonan kita.
Kemudian baru ke kaunter seterusnya di bahagian Lorong Pemeriksaan untuk mendapatkan cetakan Resit Asal....dan seterusnya...10 biji kenderaan kat depan aku tu semua ambil masa antara 10 ke 15 minit je untuk pemeriksaan....
Ok sekian dulu untuk perkongsian kali ni berjumpa lagi kita di update akan datang
Wassalam
Comments
Post a Comment