Cara memohon Wang Tak Dituntut (WTD)

Assalamualaikum, dan salam sejahtera

Bertemu lagi kita di update post kalini, kita berbicara mengenai WTD ( Wang Tak Dituntut)


1. Step pertama log in ke page egumis


https://egumis.anm.gov.my/



2. Kemudian daftar id berserta password




3. Klik pada WTD




4. Masukkan butiran diri:-

i. Nama

ii. Alamat

iii. Nombor kad pengenalan

iv. Jenis bank dan nombor akaun bank





5. Klik pada Teruskan Dengan Permohonan


6. Kemudian savekan permohonan dalam bentuk PDF


7. Emel pengesahan akan dihantar pada kita dan kita dikehendaki untuk reply emel tersebut beserta

i. Borang permohanan WTD

ii. Scan pdf kad pengenalan depan dan belakang

iii. Scan pdf akaun bank

Contoh emel yang akan dihantar pada kita

Rekod Berjaya disimpan.

Sila muat turun Borang Permohonan Tuntutan dan dihantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang Permohonan Tuntutan melalui emel: permohonan_wtd@anm.gov.my/ serahan kaunter JANM Negeri/Cawangan /pos berdaftar kepada Pendaftar Wang Tak DituntutSila Nyatakan Nombor Rujukan Borang Permohonan Tuntutan sebagai Subjek Emel. Dokumen sokongan adalah dalam format fail PDF dan tidak melebihi 15MB.

Sila klik di sini untuk senarai dokumen berkenaan.

Kegagalan menghantar Borang Permohonan Tuntutan dan dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda TIDAK DIPROSES.

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan anda, sila log masuk menggunakan nama pengguna dan sila rujuk Soalan Lazim.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan eGUMIS .


8. Langkah seterusya kita boleh tunggulah duit WTD tu untuk dibank in dalam akaun kita

Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?