Portable sauna (sauna mudah alih)





Ok bertemu lagi kita di post review yang ke13...kalini nak perkenalkan lah set sauna portable ni

Seperti biasa boleh check di shopee/lazada...untuk pakej yang macam gambar kat atas tu aku cuma order sauna tent sama sauna steamer saja. So murah sikit lah...dari harga kita beli set berasingan...

Contoh
1. Steamer 2.2l dalam rm80-90
2. Sauna portable tent dalam rm80-90

Kalau kita beli set kurang rm150 boleh dapat dua item kat atas tu..terpulang pada citarasa masing² nak beli set lengkap atau berasingan




Macam kes aku, foldable chair tu aku dah ada...mattress alas pun dah ada so tak perlu lah beli set lengkap cukup sekadar periuk steamer sama khemah sauna tu je

Untuk permulaan 15minit pertama telah diset dan untuk bekas herba tu aku cuma letak daun pandan 3 4helai supaya berbau wangi

Dan hasilnya boleh tahan lah dia punya peluh sampai lencun seluar dibuatnya

Untuk maintanence senang je nak jaga portable sauna ni. Cuma lap kan aje bekas² peluh yang keluar menitik dalam beg sauna tu. Bekas herba hos² pun bersih dan keringkan sebelum simpan dalam kotak semula

Kat bawah ni ada sikit rujukan mengenai kebaikan bersauna:-
Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan dan menenangkan minda. Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri adalah seperti berikut:
  1. Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
  2. Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
  3. Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
  4. Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
  5. Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
  6. Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori


Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?