Huawei B618-65d

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...yessszzzaaaaa...akhirnya selamat mendarat modem bangsawan ni kat rumah aku...

So nak cerita sikit lah pasal modem ni rasanya memang ramai dah yang tau...first sekali terima kasih banyak² kat fb group Modem 4g/4gx Malaysia group sebab kongsi banyak maklumat & pengetahuan tentang ilmu modem 4g ni



Ok untuk pakej modem kalini aku terus ke tm point terdekat dan nekad untuk subscribe ke plan UnifiAir

Selepas puas cek network coverage apa semua memang menyatakan kawasan dalam peta putih tak dapat liputan katanya

Memandangkan aku juga pernah dan sedang pakai lagi Unifi Bebas prepaid bersama modem Tenda 4g680 setakat ni guna band5 punya frekuensi

Kalau ikut dalam review di Grup Fb Modem tu, ada diorang bagitau try & error je amik simkad rm79 dan test pasang di modem portable yg support band38/40 dan ada liputan walaupun dalam kawasan peta putih

So tanpa melengahkan masa aku terus subscribe je lah plan Unifi Air ni...upfront payment rm100 dan dapat 1unit modem huawei b618 ni secara percuma. Cuma perlu diingatkan pakej Unifi Air yang baru ni tak sama macam pakej Unifi Broadband yang terdahulu di mana kali ni pendaftaran berserta kontrak diikat selama 2tahun untuk mengelakkan masalah customer port out selepas sebulan dan automatik dapat modem free (Modem ni kalau beli sendiri di luar harga lingkungan rm700-1200)

Ok untuk penggunaan dalam tempoh 24jam ni...memang puas hati lah...sebelum² ni guna di tenda ping paling cantik dalam 40ms ke 50ms ke atas...manakala bagi b618 ni aku boleh dapat ping bawah 20ms


So,lepas ni boleh lah aku jual modem tenda ni memandangkan spec modem b618 ni dah cukup complete lah cat 11 ada dual band 2.4ghz sama 5.0ghz...support multi band sim telco dan banyak lagi lah kalau nak bagitau


*p/s yang kiri tu modem tenda 4g680 kanan tu huawei b618


Ok diingatkan lagi sekali...ini adalah cara alternatif bagi aku untuk mendapatkan internet secara menggunakan simkad Unifi memandangkan dah masuk tahun ke 3 duduk di perumahan baru ni masih belum ada infrastruktur tiang/kabel telefon dari pihak TmπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Berjumpa lagi di review akan datang wassalam...

*P/s update terkini...kawasan perumahan aku selepas febuari/mac 2020 baru dapat lock band40...so makin mencanak lah speed downloadnya..manakala bagi speed upload memang sedih sikit unifi air ni


Ok merujuk kepada screenshot di atas menunjukkan speedtest yang dilakukan menggunakan band40 20mhz & 10mhz perbezaan ketara dapat dilihat dari segi upload speed. Mungkin frekuensi 20mhz ramai pakai di sini, so aku beralih pada frekuensi 10mhz


Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?