Simkad Prepaid Unifi Mobile
Assalamualaikum dan salah sejahtera, selamat datang ke post yang ke - 9. Kali ni nak cerita pasal unifi simcard (sebenarnya dah terlewat post ni, kalau ikutkan nak dekat 2 tahun pakai sejak dari pelancaran pertama pada Januari 2018)
Kali pertama pihak TM perkenalkan di mana pilihan 5 simkad untuk setiap pengguna bersama data tersedia 20gb high speed LTE jumlah untuk 5kad dah 100gb data internet nya
Selepas dari tawaran ini, pihak pengguna boleh mendapatkan simkad nya pada harga rm10 sekeping
Cara-cara nak dapatkan simkad nya boleh lah install aplikasi Unifi Mobile pada playstore Unifi@mobile dan daftar di sana secara online dan boleh am bil sim dari mana-mana cawangan TM terdekat atau tunggu diposkan
Ok untuk simkad ni ianya support band 5 LTE 850MHz, untuk pemilihan telefon/device yang bersesuaian amatlah penting sila periksa peranti yang korang pakai samada support network untuk band 5 ni, macam yang aku pakai di Samsung Note 4/Modem Tenda 4G680 memang dalam spec dinyatakan support 850MHz iaitu Band 5 tu. Untuk rujukan LTE frequency bands
Oleh kerana kuota data dipisahkan antara LTE dan LTE / 3G, korang perlu berada di dalam kawasan 4g untuk memaksimumkan penggunaan data internet nya, kalau signal jadi 3g atau H+ masih lagi boleh buat sambungan internet cuma tak laju lahπ
Unifi Mobile menawarkan perkhidmatan tanpa tarikh luput, tapi korang perlu pastikan akaun aktif untuk tempoh setiap 90 hari. Untuk penambahan nilai, korang boleh top up pada ewallet di dalam aplikasi Unifi Mobile tadi
Ok ini sebenarnya adalah alternatif aku untuk mendapatkan capaian internet tanpa perlu langgan/subscribe pakej TM menggunakan talian telefon rumah atau dengan kata lain bagi kawasan perumahan aku yang baru ni tiada lagi infra tiang telefon yang dipasang oleh pihak TM, so aku gunakan lah cara ni dulu.
Sekian dulu untuk perkongsian kali ni. Hingga berjumpa lagi di post akan datang. Wassalam
Comments
Post a Comment