Kerusi Urut Gintell

Ok bertemu lagi di ruangan review yang ke11...kali ni nak perkenalkan sebuah kerusi urut daripada jenama yang terkenal Gintell

Ok untuk versi kerusi ni dinamakan DeSpace Turbo Massage Chair model GT9033 kolabrasi khas oleh pihak Gintell dan Go-Shop Astro pada harga jualan runcit rm4999.00 senang cerita rm5k laπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†





Difahamkan jika kita ke outlet Gintell terus model ni dinamakan sebagai DeSpace Star dengan harga jualan runcit sebanyak hampir rm14k dan setelah diskaun masih mencecah rm10kπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Ok berbalik pada kerusi dari go-shop tadi, disertakan sekali serba sedikit fungsi-fungsi yang terdapat pada unit tersebut di atas






Ada pelbagai fungsi urutan dari manual (4mode) hinggalah ke auto (8mode) bersesuaian dengan keinginan/keperluan kita untuk diurut

Ok kalau nak cerita puashati tu..memang puashati lah...menang membeli menang memakai...cara operasi nya macam biasa lah semua ada dinyatakan dalam buku manual

Tak dilupa kerusi urut ni disertakan dengan fungsi speaker bluetooth...so sambil urut² tu boleh lah connect ke bluetooth handphone dan pasang lagu² yang menenangkan macam lagu jazz ke...lagu tema bali ke..sambil² syok2 urut silap² boleh terlelap atas kerusi tu sebab tenang & syok sangat...🀣🀣🀣

Dengan pembelian dari go shop ni tak terkecuali dari dapat free gift seperti Air Humidifier jenama Gintell serta Foot Massage juga dari keluaran Gintell. Memang berbaloi² lah...

Ok so sekian saja dulu lah untuk review kali ni dengan produk yang tak berapa nak murah ni (tapi kalau banding dengan model asal gintell despace star tu separuh harga jugak)

Hingga berjumpa lagi di review akan datang...adiosss...πŸ₯°πŸ˜πŸ€©





Comments

  1. Nk connect bluetooth mcm mne???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari phone on kan function bluetooth, cari device nama GT9033 pairkan. Kemudian terus boleh mainkan muzik/video menggunakan output speaker bluetooh seat gintel ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?