Kenali Personaliti Melalui Tulisan Anda
Adakah korang seorang peramah, pemalu atau kedua-duanya? Mungkin juga korang yang sombong, atau mungkin juga korang seorang yang mempunyai kecenderungan untuk selalu berbohong? Kesemua ciri-ciri itu tadi mungkin boleh dikesan daripada cara penulisan tangan korang. Menurut kajian dari National Pen Company di Amerika Syarikat, tulisan tangan anda boleh memberikan petunjuk tentang personaliti anda; berdasarkan bentuk, ruang, saiz dan juga tandatangan anda pada kertas. Jom kita lihat personaliti korang daripada ciri-ciri berikut: 1. Saiz Saiz tulisan yang kecil: Pemalu, rajin, menumpukan perhatian, dan teliti. Saiz tulisan sederhana: Mudah menyesuaikan diri. Saiz tulisan besar: Sukakan perhatian. Yakin. 2. Jarak antara ayat Jarak besar: Sukakan kebebasan. Tak suka berada dalam keadaan yang sesak. Jarak kecil: Jenis tak boleh duduk seorang diri. Kena ada geng baru boleh hidup. 3. Gelungan dalam huruf ‘L’ Gelung ‘L’ yang sempit: Suka menyekat kemampuan diri.Tak percaya diri...