Cara bela ikan talapia

Ikan talapia adalah ikan yang baik untuk di akuakultur pada suhu air sederhana. Mereka mudah dibiakkan, menggunakan berbagai jenis makanan semula jadi serta makanan buatan, senang bertahan dengan kualiti air yang buruk, dan membesar dengan cepat pada suhu yang hangat.

Sifat-sifat ini, bersama dengan kos input yang rendah, menjadikan ikan talapia sebagai ikan air tawar yang paling banyak dibiakkan di negara-negara tropika dan subtropika.



1.~ PERUMAHAN

Perumah ikan talapia adalah mengikut kemampuan dan kapasiti yang anda mahu. Jika anda hanya mahu bela kecil-kecil atau sebagai ikan hiasan, yang anda perlukan adalah sebuah akuarium. Anda boleh gunakan saiz akuarium 4 kali atau lebih.

Jika anda mahu bela ikan ini sekeliling rumah secara kecil-kecil, orang sekarang banyak pakai polytank atau kolam kanvas.

Jika pengalaman saya, saya hanya menggunakan tangki hitam yang sudah tidak digunakan lagi. Jika anda mempunyai tangki hitam ini, anda hanya menebuk lubang untuk paras overflow air yang bersesuai.

Kedudukan perumah ini boleh diletakkan sama ada didalam rumah atau diluar rumah. Kebiasaan orang yang bela ikan tilapia dalam tangki akan diletakkan di halaman depan atau belakang rumah.

Option perumah lain ialah kolam kanvas. Kolam kanvas mempunyai kos yang lebih kecil dan lebih ringan dan mudah untuk diubah alihkan tempat. Kolam kanvas juga memerlukan untuk anda membuat saluran overflow yang bersesuaian.

2.~ KUALITI AIR

Ikan Talapia mempunyai ketahanan badan yang lebih tinggi daripada ikan air tawar yang lain.Terutama sekali terhadap kemasinan air yang tinggi, suhu air tinggi, oksigen terlarut rendah, dan kepekatan amonia yang tinggi.

Suhu air yang paling sesuai untuk pembesaran ikan Talapia ialah 50-520 celcius. Untuk tempat yang mempunyai iklim suhu ekstrim mungkin tidak sesuai untuk membela ikan jenis ini.

Air yang paling sesuai untuk ikan ini adalah saluran daripada air bukit atau air sungai. Kerana air daripada sumber ini sudah mempunyai nutrient dan oxygent terlarut yang bersesuai.

Tetapi, dirumah seperti saya yang tidak mempunyai sumber air semulajadi yang bersih. Saya hanya menggunakan air paip berklorin. Tetapi syaratnya, air ini hendaklah dibiar berpusing menggunakan pam filter selama 24 jam. Ini untuk klorin yang ada dalam air paip meruap keluar. Selain itu, Bakteria baik daripada filter akan membantu mempercepatkan lagi meneutralkan air.

3.~PAM AIR UNTUK MEMBERI LARUTAN OXYGEN





Untuk saiz tangki biasa yang diggunakan dirumah itu, saya hanya menggunakan pam air daripada jenama shanda. Shanda SDP 2800 dengan kapasiti 1800L/h sudah cukup kuat untuk memusingkan air didalam tangki.

Kebaikan lain menggunakan pam air ini ialah ia jimat sehingga 30% penggunaan kuasa elektrik. Dengan 1800L/h, pump ini hanya memerlukan 10.4watt kuasa. Sangat jimat bukan? Larutan oxygen yang tinggi dan baik dapat membantu ikan anda membesar dengan lebih cepat.

Selain itu, Gunakan kapas filter akuarium untuk menapis sisa makanan dan najis ikan. Pentingnya kapas filter untuk menapis sisa makanan adalah untuk mengelakkan kuantiti amonia didalam.

Kandungan amonia yang tinggi didalam air boleh menyebabkan ikan mati. Solusinya ialah tambahkan suku daripada kolam dengan air paip baru untuk mengurangkan kandungan amonia didalam air.

4.~PEMAKANAN

Pemakanan ikan ini sangat mudah. Hanya perlu pallet ikan sahaja. Selain pallet, anda juga boleh beri kangkung liar kepada ikan Talapia.

Ikan Talapia merupakan pemangsa omnivar dimana ia boleh makan daripada tumbuhan seperti duckweed, algae, rumpai, anak ikan dan sebagainya.

Anda boleh memberikan pallet yang lebih tinggi protein untuk membantu pembesaran yang lebih pesat.

Kesimpulannya, cara bela ikan talapia sangat mudah. Pembesaran yang pesat dan pembiakan yang cepat membuatkan ikan ini tidak memerlukan banyak masa untuk dituai. Melihat pembesaran ikan ini yang cepat memang menyeronokkan. Itu sahajalah sedikit pengalaman saya tentang ikan ini.

Baca Bela ikan tilapia : fakta tentang ikan ini, untuk anda lebih memahami tentang ikan talapia. Jom lihat anak ikan talapia penulis yang hanya dibela didalam bilik.

Sumber:- Cara bela ikan talapia : Hanya 4 asas untuk ikan membiak - motivasinformasi.com


Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?