AKUARIUM FILTER: K1 Kaldness


Gambarajah di atas menunjukkan K3 bersaiz 3cm dan K1 bersais 1cm

Kaldness K1 media filter merupakan satu media yang digunakan di dalam alat penapisan air tercemar untuk menguraikan kandungan ammonia yang sangat beracun di dalam air. Kandungan ammonia yang terkandung di dalam air berpunca daripada banyak sebab. Antaranya disebabkan hasil buangan daripada hidupan di dalam air seperti ikan,udang,ketam dan lain-lain hidupan yg ada kebiasaan penghobi bela di dalam tank.


Kaldness K1 media ini dibangunkan oleh Proffesor Halvard Odergard di Trondheim. Kaldness K1 ini diciptakan untuk bergerak didalam air dan membolehkan media ini berfungsi dengan baik untuk menghasilkan bacteria baik semaksimum mungkin untuk menyingkirkan bacteria yang telah mati dan sekaligus memberi peluang kepada bacteria yang masih hidup utk terus membiak dan mengembangkan koloninya.


Selain itu, dengan menggunakan kaldness K1 dengan sebetulnya,kita tidak perlu melakukan penyelenggaraan untuk membersihkan filter media ini kerana ia mampu untuk membersihkan dirinya sndiri hasil daripada pergerakkan dan tembakan pam udara terhadapnya. Tapi pada last point ini, lebih disarankan buat maintainance berjadual...ikut kepadatan size tank+ media lain yg digunakan..

Raising Tilapia - Update on K1 Kaldness Biofilter - YouTube


Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?