Arowana Super Red “SR”



Sejarah SR asalnya ditemui disekitar pengairan Kalimatan Barat , Danau/Tasik Sentarum & Empangau.


Ikan SR merujuk kepada Super Red dan “Red” itu adalah signature Ikan asal dari Indonesia sepertimana Red Tail Golden “RTG” & Banjar Red.


Atas permintaan tinggi dikalangan masyarakat, maka wujudnya pembiakan ikan dalam kolam “Captive Breeding “.


Secara asasnya SR terbahagi kepada 3:-

✅Wild Caught ( Original Kapuas @Siluk Merah )

✅Pembiakan dalam Kolam sekitar Kalimatan Barat

✅Pembiakkan Kolam luar Kalimatan & Indonesia.


πŸ“”Original Kapuas/Kalimatan Barat....


πŸ“”SR Kapuas original hasil dari tangkapan liar oleh nelayan setempat untuk dijual pada peseorangan ataupun pada pemilik farm untuk tujuan breeding, Setiap ikan yang ditangkap untuk dijual harus mendapatkan

kelulusan dari jabatan yang bertangungjwb iaitu “ KEMENTERIAN LINGKUNGAN HIDUP DAN KEHUTANAN “ atau lebih tepat dari pegawai “BALAI KSDA KALIMANTAN BARAT “.


πŸ“”CHOP ini biasa dilihat pada Cert pemilik aro terutamanya dari daerah Kalimantan Barat.


✅Jualan ini hanya dibenarkan kepada pembeli dalam negara Indonesia sahaja kerana tertaluk pada undang-undang Cites.


*Cites membenarkan haiwan/ikan berstatus F2 dan keatas sahaja untuk tujuan Export ke luar negara secara komersial.


Dalam Rule of law Indonesia, Bukan semua seller/reseller @ pemilik farm dibenarkan ikan SR dibawa keluar dari Indonesia, Secara amnya.. hanya pemilik yang miliki Permit Export sahaja boleh menjual khazanah negara Indonesia.


2 Permit dikeluarkan oleh Indonesia:- 

1️⃣Surat Izin Export dalam Negeri

2️⃣Surat Izin Export Luar Negeri 


Kebiasanya Pemilik Farm yang berdaftar dan memiliki status Cites Register mempunyai surat izin export luar negeri.


➡️SR Kapuas memiliki ciri khas seperti :-

✅Cara renang dia lebih aggressive, mata liar memandang  kerana ikan ini ditangkap dalam persekitaran liar “ Wild Caught “. lebih kepada Seni Renangan.


✅Mata seakan DE tetapi tidak dia kerana mata SR biasanya akan condong sedikit 


✅Cepat matang, ikan yang yang ditangkap walaupun size dia kecil tetapi umur dia lebih kerana dalam kehidupan asalnya, ikan ini terpaksa survival utk cari makanan dan tumbersaran ikan agak terbantut berbanding ikan yang diternak didalam kolam, atas sebab itu bibir SR kapuas sedia merah & mudah merah jika ditanning.


✅Mempunyai corak “Batik yang jelas “

(Penjelasan ini lebih merujuk dari pandangan aro keeper Indonesia khususnya sekitar Kawasan kalimatan dan pemilik ikan SR F1 ) 


#Secara asasnya mengenali SR yang menghampiri ciri2 asal ikan SR Wild Caught.


➡️Pembiakan ikan SR dalam wilayah Kalimatan & sekitarnya.


↙️Pemintaan dan harga yang tinggi, maka wujudnya 

kolam/farm sekitar Kalimatan Barat. Kolam ini wujud diberapa kawasan seperti

- Kalimatan Barat

- Kapuas Hulu

- Pontianak 

- Dll


Kebanyakkan Kolam ini mengunakan air dari sungai Kapuas yang mengalir terus ke Tasik/Danau Sentarum..


➡️Sebahagian besar pemilik SR dari Malaysia akan memberi nama “trademark” untuk tujuan marketing berdasarkan dimana farm itu berada.


Ikan hasil ternakkan dari kolam @ breeding farm dikawasan Indonesia yang berada diluar Kalimatan.


πŸ‘πŸΌSelain dalam kawasan kalimatan barat,SR juga berjaya diternakbiak seperti Dari PT Kawan Sejati dari pemilik SUK ENG PANG. (Ramai youtuber menjadikan beliau sebagai rujukkan berkaitan SR ) 


Sebagaian Pemilik Farm diluar dari Kalimatan memilih SR yang telah memenangi competition sebagai induk untuk menghasilkan kelahiran yang akan lebih sempurna.


“JIKA” breeding itu berasaskan induk yang terbaik , kelebihan breeding farm mereka mempunyai kelebihan dari segi pemilihan baka SR itu sendiri dalam menghasil offspring yang lebih quality.


Antara sebab itu,SR sekarang lebih maju selangkah dengan menghasilkan SR Jenis mata “FROG EYe”, jenis SR yang “Sombong AMAT “ untuk DE dan varisi dayung samurai .


➡️Local SR “Malaysia “

Tiada perbezaan ketara pun dengan SR dari farm Wilayah Kalimatan dan Indonesia pemilihan induk itu sangat memainkan peranan.


Sepertimana kita tahu, SR berasal dari Kalimatan Indonesia, tidak hairan jika ada sebahagian local SR lebih menawan daripada farm dari Indonesia berdasarkan permilihan induk dan adaptasi ikan itu dengan air.


↙️Local SR lebih merujuk kepada dimana farm itu berada & nama farm itu sendiri seperti :-


SR Kuala Kangsar 

SR Gopeng 

SR Bukit Merah

SR (Nama Farm) 


Dalam sedar atau tidak, Farm dari Malaysia juga berjaya menjual ikan mereka untuk pasaran China dll.


Bila bicara soal quality mana lebih baik, ini adalah perkara yang subjective kerana setiap Farm itu miliki kelebihan masing2.


SR Kapuas/Kalimatan & Pontianak yang sering reseller bawa masuk ke Malaysia kerana harga sana agak reasonable untuk dijual ke dalam pasaran Malaysia.


Pasti ada ikan yang mempunyai special spec terutamanya dari seberang kerana jumlah farm/kolam lebih banyak berbanding di Malaysia serta pelbagai pilihan induk dari tempat asalnya selain daripada adaptasi air dari sekitar Sungai Kapuas itu sendiri.


↙️Dalam banyak pembiakan dalam kolam, pelbagai spec mudah dijumpai berbanding dengan Local SR seperti 


- Kumpai

- Samurai

- Short Body 

- King

- Ekor Uban/Kerang/Api

- Mata Katak

- Hantu Sungai

- Dll


Keunikkan SR special lebih kerap dijumpai dari seberang kerana jumlah pengeluaran SR mereka lebih banyak dan pilihan induk yg pelbagai.


Menjadi budaya dikalangan kita, siapa yang memiliki SR adalah ikan Arowana terakhir untuk dibelajar dan terus belajar. SR juga perlu di Tanning untuk percepatkan warna itu naik dan kekal.


↙️Secara asasnya SR mempunyai 3 Base warna yang popular iaitu 

-Green/Hijau

-Blue

-Gold


SR juga tidak terlepas untuk ada nama tambahan lain seperti Blood,Papaya,Chili,Ferari dll.Gelaran itu sekadar gelaran sahaja dan ia tidak memberi makna yang besar berdasarkan ikan tersebut. Apapun nama SR..... Ia tetap SR.✌🏻


πŸ“”Atikel ini berdasarkan pandangan pribadi sahaja yang merujuk lebih dari pembacaan dari pelbagai sumber rujuk di Youtube,FB,IG serta perbualan secara langsung dengan aro keeper dari Seberang.


Memohon kemaafan jika ada kecelaruan & kesalahan dalam penulisan ini, setiap teguran berdasarkan rujukkan yang jelas amat dialukan untuk perbaiki semula atikel ini untuk akan datang.πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»


πŸ“”Kepada yang nak bagi SR... Sila PM Tepi untuk dapatkan alamat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 


κž­Ι›ΰ½žIΙ±Δ… Ζ™Δ…Κ‚Δ±Ι§ Semua.



#AMC

#SilukMerah

#Sibetik

#Stateless

#ilmukelisa


Photo credit to the respective owner

Diolah dan disunting dari post asal: Sangkar Kelisa

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?