Mengenali Ikan Arowana dari Malaysia (Malaysian Golden)
A. "Golden Series"
Malaysia Golden adalah baka arowana yang dikatakan berasal dari Semenanjung Malaysia dan pada suatu ketika dulu banyak terdapat secara liar di Sungai Kerian dan Tasik Bukit Merah. Bagaimana pun baka asal yang hidup secara liar sudah hampir pupus kerana ditangkap oleh penggemar-penggemar arowana, sebahagiannya dijual kepada penggemar-penggemar luar negara manakala sebahagian lagi masih terdapat di kolam-kolam peliharaan arowana seperti di sekitar Tasik Bukit Merah.
Arowana dari baka golden yang boleh didapati hari ini kebanyakannya bukannya merupakan baka Malaysia Golden (MG) tulen, sebaliknya telah dikacuk. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Golden Head
Arowana Golden Head sebenarnya bukanlah baka Malaysia Golden atau MG tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil dari teknologi kacukan (kahwin silang - cross breed) di antara baka MG Crossback dan baka arowana Super Red (red arowana). Begitu pun, arowana golden head ini adalah digolongkan dalam famili Golden series. Terdapat "gold ring" atau jalur berwarna emas yang berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria utama MG. Pada arowana golden head, gold ring ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun, warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu less intense). Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.
"Chu" atau juga dipanggil "pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin). Kehadiran "Chu" adalah merupakan kriteria penting untuk mengkelaskan arowana dan membezakan MG dengan lain-lain baka seperti Golden High Back. Untuk melayakkan sesekor arowana dari baka gold dipanggil MG, ia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebaris penuh "chu". Sekiranya ia hanya mempunyai beberapa keping 'chu' kasar, arowana ini hanya layak dipanggil Super Highback.
Ciri-ciri MG (Malaysian Golden)
Perbezaan antara MG biasa dan MG Cross Back adalah terlalu kecil, iaitu bagi MG warna emas tidak meliputi keseluruhan "ring" pada sisik baris ke-6 (barisan sisik atas belakang). Bila dilihat dari atas, kelihatan jalur berwarna hitam di sepanjang sisik atas belakang. Chu juga terdapat pada MG, seperti yang terdapat pada Cross Back dan Golden Head, malah chu merupakan kriteria utama bagi MG. Baka MG yang berkualiti tinggi mempunyai chu yang halus dan tersusun rapi, samaada 2 atau 3 baris.
Kriteria utama baka MG dapat diringkaskan seperti berikut:
1.Warna emas yang pekat pada gold ring
2.Gold ring meliputi sisik di paras 5.5
(iaitu sehingga sebahagian dari sisik pada paras 6) apabila matang
3. Chu yang halus pada bahagian badan di bawah sirip dorsal
4.Chu yang halus juga terdapat pada pada bahagian bawah badan, di atas sirip..
Asas Pengenalan Jenis Arowana atau Kelisa
1.Highback adalah arowana yang punyai sisik berkilat atau berwarna pada level 4 atau 4 1/2 sahaja. Highback tiada chu yang bermaksud sisik kecil bawah dorsal fin tak berkilat atau berwarna. Maksudnya bahagian itu adalah gelap.
2.Super Highback adalah arowana jenis sisik berkilat atau berwarna pada level 5 atau 5 1/2 sahaja. Susunan sisik chu tak penuh atau berterabur.
3. Malaysia Golden adalah arowana yang punyai sisik berkilat atau sisik berwarna pada level 5 atau 5 1/2 sahaja. Bahagian chu penuh dan cantik susunan.
4.Crossback adalah arowana yang sisiknya berkilat atau sisik berwarna pada level 6. Bahagian Chu penuh dan susunan amat cantik.
5.Golden Head Crossback adalah arowana yang punyai sisik berkilat atau sisik berwarna pada level 6 meliputi kepalanya sekali. Bahagian Chu penuh dan susunannya amat cantik.
CARA-CARA MENJAGA IKAN AROWANA
Ok Untuk permulaan..pastikan anda sudah bersedia untuk memulakan hobi membela ikan arowana!
Apakah anda ada masa untuk memberi perhatian pada hobi ini?begitu juga dengan kos@wang ringgit,tiada hobi yang murah...tetapi kita boleh minimakan dengan kesederhanaan.
Tetapkan jenis,saiz akuarium dan dimana hendak di letakan..kemudian fikirkan jenis ikan...bukan mengikut saranan penjual atau kawan-kawan!
Jika anda meminati MG berwarna emas,kenapa mahu mengikut saranan orang lain yang suruh membela arowana merah?
Tetapi untuk permulaan bolehlah mencuba dengan ikan yang murah-murah seperti banjar red dan highback yang boleh didapati sekitar harga rm200-250.
Sekadar untuk mempelajari teknik-teknik,skala pemakanan,penjagaan air dan sifat-sifat ikan.
Belajar dari pengalaman adalah lebih baik dari mendengar pengalaman orang lain kerana pengalaman tidak mungkin sama,mendengar tips dari orang lain memang lebih baik,tetapi jika kita sendiri yang mengalami rasanya lebih baik!
Paling utama jauhkan presepsi berkenaan risiko kematian ikan! Ada yg tidak mahu memelihara ikan yang mahal-mahal di kuatiri mati...
Sebenarnya cara dan pengetahuan kita sendiri memainkan peranan didalam situasi ini!
Cuba lihat kedai-kedai yang menjual arowana...tiada masalahkan??banyak ikan di showroom semua sihat-sihat belaka..
Memelihara arowana sebenarnya mudah.hanya memerlukan sedikit pengetahuan dan kesabaran sudah memadai.jangan mengatakan tidak dan suka bertindak tidak mengikut saranan.
Contohnya meletakan perhiasan didalam akuarium bersama arowana,penggunaan ubat-ubatan tidak mengikut dos dan tiada pengetahuan berkaitan ubat tersebut!
Kebanyakan penghobi baru akan teruja dan suka mengusik itu dan ini!menambah itu dan ini...
Ini adalah salah satu gangguan terhadap ketenteraman ikan!.arowana adalah sejenis ikan yang pemalu dan tidak suka diganggu,kekerapan mencelupkan tangan kedalam air adalah sangat tidak digalakkan..kecuali ketika sesi penukaran air dan keperluan seperti mencuci kaca akuarium..
Untuk aro bersaiz 3-5inch sedikit rumit untuk dijaga disebabkan daya tahan sedikit lemah..al-maklumlah budak-budak lagi.ikan bersaiz kecil perlu sedikit penjagaan rapi seperti pemantauan ph air dan suhu yg betul.
Air juga kalau boleh biarkan tenang tidak berkocak-kocak dan tiada arus,kerana ikan akan pening dan kepenatan ini adalah punca kematian anak-anak ikanSistem penapisan seperti biasa,pencahayaan juga biasa..mudah kan?jika kita ketahui cara-cara yang betul..sama macam kita memandu jika kita tahu memandu semuanya mudah jika tidak mesti rumitkan??!
Kebanyakan otai-otai akan meletakan air hanya 30% atau suku dari keseluruhan kapasiti akuarium,tetapi saya tidak berbuat begitu(cara saya sendiri) anak aro yang bersaiz 4inch dan keatas biasanya saya letakan air penuh..tetapi tidak banyak tekanan seperti yang saya terangkan sebelum ini.
Teruskan membaca ya...semoga berjaya..
Pemulaan anda perlu megadakan :
-akuarium minima 4 x 1.5 x 1.5
-pump sedikit berkuasa(tak kira jenama)
-anti klorin
-aro tension gon (sejenis ubat juga selaku anti klorin)
-bekas penapis (top filter)
-sticker yang bersesuaian
-lampu yang bersesuaian
Kenapa minima akuarium adalah 4 x 1.5?
Ini disebabkan arowana cepat membesar dan kesesuaian untuk menampung saiz ikan..jika anda bermula dengan saiz akuarium 2 x 1 x 1 atau 2.5 x 1 x 1...anda perlu menukar akuarium apabila saiz ikan mencecah saiz 10inch!
PENJAGAAN DAN PENGURUSAN AIR
penjagaan air sebenarnya mudah,tidak lah serumit yang dicerita oleh kawan-kawan.
ph yang paling sesuai ialah dr skala 6.5 ke 7.0ph(neutral)..dengan suhu sekitar 30°c ke 32°c
sebenarnya ph air akan berlegar sekitar ph yang sama...tidak mungkin berubah dalam masa singkat,kebiasaan nya tank yang lambat dicuci ph akan turun ke asidik (dari 6.5 ph turun ke 6ph)
ph ini jarang dititik berat pada aro dewasa kerana ikan sudah kuat dan berdaya tahan,kecuali pada anak-anak bersaiz 3-6inch..
jika anda membeli arowana bersaiz 3-5inch pastikan paras air hanya 3-4kali ganda ikan...ini kerana anak-anak ikan masih lemah,belum cukup kuat untuk berada didalam air yang tinggi dan risiko kematian adalah 40-50%.(tetapi saya akan memenuhkan air 100% seperti penerangan saya sebelum ini).
sukatan pengunaan anti klorin berbeza mengikut jenama dan jenis so ikut arahan yang diberikan.
cara menjaga air untuk anak-anak arowana mudah,hanya tukarkan setiap hari lebih kurang 5-6gayung air(kalau rajin)
jika tidak 5% setiap 3-4hari...10% setiap 7hari itu sahaja.
bagi ikan dewasa pula,air perlu ditukar setiap 4hari iaitu 15-20% sahaja(jika rajin)..atau 30% seminggu sekali...jika tiada masa boleh 2minggu hingga ke sebulan..tetapi perlu mencuci filter!
ikan akan sedikit kurang selesa jika air tidak diganti.
penggunaan filter/penapis air adalah sangat penting,gunakan pump yang sesuai dengan keluasan akuarium sepaya air boleh ditapis sebaik mungkin.
filter jenis spump dan eternal adalah yang terbaik,top filter juga boleh tetapi perlu selalu dicuci...itu sahaja.
PEMAKANAN DAN IKAN KETAKUTAN?
beri ikan makan 2-3x sehari..dan jangan berlebihan.
Untuk yg bersaiz kecil beri makanan sekadar sahaja,jgn banyak sangat kerana perut anak aro masih lembut dan belum matang maka berhati-hati demi keselesaan dan mengurangkan risiko penyakit!
biasakan membuang makanan yang ditinggalkan ikan,ini akan mengundang ulat putih...dan membuat ikan sedikit tidak selesa...jika arowana anda makan pallet pastikan pallet dibuang setelah 5min didalam air.
banyak keburukan yang akan timbul.
anak-anak arowana jangan diberi makan cengkerik,kerana kaki cengkerik tajam dan boleh merosakan organ dalaman arowana,cengkerik juga agak sukar untuk ditelan!
sebaiknya berikan cacing beku(cacing merah) pastikan basuh dahulu atau ulat gandum.
Diet ikan juga mesti ditukar ganti bagi memberi zat-zat seimbang pada arowana anda.
Contohnya berikan cengkerik pada minggu ini...minggu depan tukarkan pada ulat gandum.
Makanan yg disyorkan ialah:
-cengkerik
-ulat gandum
-lipas
-pallet
-udang putih(sejuk beku)
-blood worm(cacing beku)
-lipan
Tetapi pastikan semua makanan itu dibeli dari kedai bukan ditanggkap sekitar rumah kerana dikuatiri sudah terkena racun,al maklumlah racun bukan datang dari racun serangga sahaja,mungkin dari racun rumpai atau pun minyak dari longkang atau dari kerendaan kita sendiri..so dari kita kerugian lebih baik beli je dari kedai.
selain itu kurangkan memasukan tangan kedalam air,dan jangan selalu mengubah perhiasan didalam akuarium!
arowana sangat sensetif dan jika tertekan(stress) akan membuatkan warnanya sedikit pucat,melompat,bergerak tidak tenang,takut dan adakalanya menyorok!
cukup sekadar pasir(tidak digalakan) tidak perlu sebarang hiasan,kerana ikan arowana selalu mencederakan diri kerana sifat berwilayah dan ingin tahu!
paling sedih ada ikan yang mati jika stress atau terkejut (selalunya berlaku pada saiz 6inch dan kebawah)
so rajin-rajin berdiri depan akuarium tu,,,supaya ikan biasa dan kenal tuan.
Credit:-
F&M AQUATIC KULAI JOHOR
Nota editor:-
Sedikit suntingan dan pembetulan telah dilakukan bagi mengekalkan data & fakta yang berkaitan
Comments
Post a Comment