Tips Memulakan Akuarium Baru Sebelum Membela Ikan
Setup Tank dulu baru beli ikan
Sekiranya anda baru nak bermula memelihara ikan, Seeloknya sediakan dahulu akuarium yang lengkap dengan sistem filter yang baik.
Baik bermaksud sistem filter wajib ada media. Pam juga amat penting. Pastikan pam sesuai dengan jumlah isipadu air dan keluasan akuarium.
Airpump Bubble juga amat penting untuk membantu memastikan oksigen terlarut di dalam air mencukupi. Dan yang terakhir anti klorin.
Akuarium
Seeloknya bermulalah dengan akuarium yang besar sekurang kurangnya saiz 3 kaki ke atas. Lebih besar saiz akuarium, lebih banyak isipadu air. Ini memudahkan kita menjaga kualiti air.
Media filter
Jika anda tidak mempunyai bajet yang tinggi. Boleh guna media filter yang murah. Pastikan anda memilih media filter yang sesuai. Banyak rongga. Yang penting ada. Jangan sampai tak ada media filter langsung. Contoh set lengkap media filter low bajet seperti di bawah:-
1. Pumice stone
2. Span 6d
Box filter
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan sistem top Filter. Untuk low bajet boleh guna box filter biru. Ruang untuk media filter lebih luas.
Pam
Guna pam jenis empat segi (submersible pump). Jangan guna pam 2 dalam 1 siap ada Aliran/Flow untuk Bubble oksigen(overhead lump). Pam jenis ini tidak sesuai.
Cara memilih pam yang sesuai dengan isipadu air dan keluasan akuarium juga sebenarnya sangat mudah.
Kira jumlah isipadu air akuarium yang bakal anda beli, kemudian kali kan 10.
Contoh jumlah isipadu air (100liter x 10 = 1000). 1000 bermaksud 1000 L/H. PaM YANG SESUAI UNTUK AKUARIUM ANDA IALAH 1000 L/H.
Airpump Bubble
Seeloknya beli airpump Bubble yang dilengkapi dengan sistem batreri (ACDC). Sekiranya bekalan elektrik rumah anda terputus. ACDC airpump Bubble tetap berfungsi. Ini sangat penting bagi memastikan oksigen terlarut di dalam air mencukupi. Ikan tidak mampu bertahan hidup sekiranya tiada bekalan oksigen yang cukup di dalam akuarium.
Antiklorin
Sekiranya anda menggunakan air paip. Antiklorin sangat2 penting bagi memastikan tiada kandungan klorin di dalam air.
Gunakan antiklorin yang terdapat juga anti kloramin seperti contoh:-
1. Tension gon
2. Nutrafin
Dalam akuarium
Sebagai pemula, bagi memudahkan anda menjaga kualiti air agar sentiasa bersih dan sehat untuk ikan, seeloknya pastikan akuarium anda kosong. Tak perlu hias akuarium menggunakan batu, pasir, deco dan pokok-pokok plastik. Hiasan-hiasan ini bakal menjadi sarang tempat najis ikan terkumpul.
Najis ikan yang terkumpul lama di dasar akuarium boleh menyebabkan ammonia, nitrite dan nitrate dalam air meningkat terlalu cepat dan susah untuk dikawal.
Walaubagaimanapun, jika anda merupakan seorang yang extra rajin (contoh, rajin syphone kotoran di pasir, membersihkan pohon-pohon dalam akuarium dsbg), bolehlah menghias dengan substrate, pohon hidup dan sebagainya (seperti biotope/aquascape)
Kesimpulan
Jika semua peralatan yang saya sebutkan di atas sudah sedia ada. Anda boleh mulakan kerja2 Persediaan (setup) akuarium terlebih dahulu. Lebih selamat jika air baru 100% dibiar kan seharian. Hidupkan pam dan biarkan sistem filter barjalan. Jangan lupa letak anticlorin π. Lepas 24jam baru beli ikan.
Contoh setup top filter
Boleh follow cara setup seperti dalam gambar dibawah
Semoga berjaya.
Tips dan trik diolah semula dari
Comments
Post a Comment