Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berjumpa lagi kita di ruangan blog sepanjang musim PKP3.0 ni
Macam-macam perkara berlaku di persekitaran kita sepanjang tempoh PKP3.0 ini, dengan kes Covid19 varian baru Delta, Lamda...kes Perdana Menteri letak jawatan...banjir besar di kawasan utara dan macam macam lagi...
Baik di kesempatan kalini, tajuk di atas adalah kesinambungan dari projek DIY bikin PSB seperi blog terdahulu PSB
Biasanya soalan yang kerap ditanya berkaitan PSB adalah seperti berikut:-
1. Apakah itu PSB?
2. Bagaimanakah PSB berfungsi?
3. Apakah kebaikan PSB?
4. Bagaimanakah cara menggunakan PSB?
Tanpa membuang masa, kita cuba huraikan dan terangkan apakah maksud kesemua persoalan di atas secara mudah dan ringkas yang boleh
1. Apakah itu PSB?
PSB merupakan Sludge eating bacteria (SEB), fungsi dia adalah utk meleraikan sisa-sisa reput (makanan, fauna mati, sisa fauna, flora layu) hingga jadi ammonia.
PSB juga dapat menguraikan gas hydrogen sulfida (H2S) yg menjadi punca utama air kolam / tangki / aquarium berbau
Terdapat 3 jenis bakteria fotosintetik utama di dalam PSB:-
• Chlorobiacae
• Chromatiacae
• Rhodospirillacae
*P/s Sila klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas. Dari gambarajah kitaran nitrogen di atas tu, PSB terletak pada bahagian bakteria baik yang melawan sisa AMONIA
2. Bagaimana PSB berfungsi?
PSB boleh membantu dalam pembiakan Nitrifying Bacteria(NB). Bila mudah sisa-sisa reput terlerai menjadi ammonia, lagi mudah NB membiak
3. Apakah kebaikan PSB?
• Sebagai sumber mewujudkan Nitrifying Bacteria (membantu proses Nitrogen Cycle lepas cepat dan sempurna)
• Sebagai nutrien tambahan untuk haiwan ternakan dan baja organik kepada tumbuhan (probiotik)
• Baja penggalak bunga dan buah
• Baja penggalak akar untuk tujuan tut
4. Bagaimanakah cara menggunakan PSB?
Cara penggunaan nya cukup mudah. Hanya perlu dibancuh mengikut dos/sukatan yang telah ditetapkan (Kebiasaannya 30ml-40ml untuk akuarium bersais 3kaki, 50-60ml untuk akuarium bersais 4kaki)
Larutkan pekatan psb mengikut dos, terus boleh dituang ke dalam akuarium atau pun di bahagian kotak filter
Baiklah, jika ada terdapat sebarang kesilapan maklumat atau fakta berkenaan tajuk PSB seperti di atas, pengarang berbesar hati untuk menerima sebarang teguran dan pembetulan, boleh dilakukan di ruangan komen seperti di bawah
Sekian selamat membaca, selamat beramal dan semoga Allah selamatkan dan lindungi kita semua daripada wabak pandemik Covid19 ini amin
Comments
Post a Comment