Posts

Showing posts from March, 2021

Cara Membuat EM (Effective Microorganism)

Image
  Cara- Cara Membuat Sendiri E M 1, E M 2, E M 3 & E M 4   EM  adalah gabungan beneficial micro-organism yang telah dimajukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan.   Micro-organisma ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisma tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah. Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis (EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini akan ditunjukan cara-cara membuat sendiri EM.       EM1 mengandungi : 1.  Primary lactic acid bacteria   (lactic acid produced...

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Image
MEMBELA  ikan barangkali antara hobi yang memberi ketenangan kerana berbanding haiwan lain, ikan tidak sukar dijaga malah memberi banyak kelebihan seperti menceriakan suasana serta mengurangkan tekanan.   Ikan sebenarnya mempunyai personaliti tersendiri dan adalah amat penting untuk mengetahui perkara asas sebelum memilih ikan sebagai hobi anda. 1. Pilih Spesis Yang Tahan Lasak Sudah tentu perkara utama tentang hobi ini adalah mengenai pemilihan spesis ikan yang ingin dipelihara. Sebaiknya jangan terburu-buru, banyak bertanya tentang jenis yang diminati sebelum membeli. Bagi yang pertama kali hendak membela ikan, digalakkan memilih spesis yang tahan lasak seperti Tiger Barb, Congo Tetra, Rosy Fin Tetra dan sebagainya. 2. Pilih Saiz Akuarium Yang Sesuai Apabila anda sudah tahu jenis ikan yang ingin dibela, anda perlu menentukan saiz akuarium. Saiz berukuran 19 liter adalah paling ideal buat permulaan untuk ikan bersaiz kecil. Sekiranya anda memilih untuk memelihara jenis yang l...