5G CPE LTE Modem

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Berjumpa lagi kita di update blog bagi pembukaan tahun 2021. Kali ni kita masih berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0)


Untuk review kalini, kita dapat satu lagi modem untuk diuji pakai dan diuji kelajuan internet nya


Ok model CPE LTE kali ni juga berasal dari China, kalau ikut advertisement diorang claim OEM (sebenarnya copy) dari modem Huawei B612. Boleh rujuk post ni untuk megetahui tentang jenis modem:-

Portable Modem & Supporting Band



Kalau search di shopee/lazada boleh kita letak "Modem CP2004" sebagai keyword nya atau "Modem 4g/5g"



Ok seterusnya kita cek dulu lah serba sedikit spec modem ni:-


LTE CPE CP2004 MOD SET

Support all Telco
Hot Selling

Support Band 1 / 3 / 5 / 7 / 8 / 20 / 38 / 39 / 40 / 41

- 10~20meter WIFI range
- Support 10users
- Support 1 LAN user connection
-100% New (Best Quality)
-12V adapter + 5V micro usb power (phone charger  / power bank)

*p/s Kalau nak periksa band/modem boleh cek di sini:-

Portable Modem & Supporting Band


Ok nampak menarik kan? Untuk pengetahuan semua, sama seperti post review sebelum ni 4G CPE LTE, modem model 5g CPE LTE modem ni masih mengekalkan keupayaan untuk support kesemua jenis simkad/telco di Malaysia




Dengan tambahan antenna untuk coverage wifi yang lebih meluas di mana range nya jika rumah 2 tingkat, modem diletak pada tingkat atas...kalau kita turun ke tingkat bawah masih dapat signal wifi (jika dibandingkan dengan model terdahulu 4G CPE LTE yang tiada antenna,range wifi nya tidak jauh)


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menentukan simkad telco apa yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam modem ni? Boleh rujuk post ni:-

Setup Modem Wireless Menggunakan Simkad


Ok seterusnya modem ni terhad kepada 10 orang user sahaja dalam satu-satu masa sama juga dengan 4G CPE LTE


Harga? Baik, harga nya masih mengekalkan harga marhaen dan mampu milik. Memandangkan sekarang masih dilanda pandemik covid 19, dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan PKP sudah masuk tahun kedua, dipanggil PKP2.0 sudah pasti pergerakan anak-anak untuk terhad untuk ke sekolah supaya dapat mengurangkan lagi kes jangkitan. 


Seperti yang diketahui, jika semua berada di rumah sudah pasti connection internet diperlukan untuk keperluan pelajar belajar secara dalam talian (google meet, google classroom etc)


Solusinya, inilah modem yang mampu dimiliki dalam julat harga RM200.00-250.00 sahaja


Ok, untuk penutup post review pada kali ni, dapat aku simpulkan secara ringkas:-


Kelebihan

1. Murah dan berpatutan, bersais kecil

2. Coverage wifi meluas (ada antenna)

3. Tarikan signal kuat (sebab ada antenna jugak)

3. Semua simkad support (ni semua orang suka, tak pening kepala kalau nak tukar² simkad)

4. Modified bypass data hotspot quota (ni yang paling best)

5. Boleh modified imei simcard (ada trick sikit nak kena buat - kena login di webui 192.168.0.1 dan pilih ke tetapan/setting)


Kekurangan

1. Hanya 10 device sahaja mampu connect dalam satu² masa

2. Tidak boleh lock band manual

3. Mimo feed masih 2x2

4. Tiada bandwith wifi 5.0ghz (hanya 2.4ghz)


Ok dari perbandingan dan konklusi di atas, kita dapati lagi banyak pro dari kontra nya kan?


Boleh lah sebagai alternatif untuk kita dapatkan capaian internet di waktu-waktu PKP ni


Sekian dulu review post kali ni, berjumpa lagi di post akan datang


Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?