Plant Booster/Penggalak Tanaman/Baja Diy

 



Kepada peminat pokok bunga.. 

Tak perlu pening kepala kenap pokok tak berbunga.  

Rahsianya (monosaodium glutamate) - AJINOMOTO


*Booster Plant*


Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro  akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .


AuxiGro menjadikan tumbuhan yang disembur signal palsu yang ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan di dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, dan saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar.


Kaedah pertama:


Sukatan:


1 sudu teh (5 g) per pasu


Tabur terus sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.


Kaedah kedua:


Sukatan:


Pokok kecil – 1 sudu makan (15 g) + 5 L air (seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.)


Pokok besar (umur setahun ke atas) – 5 sudu makan (75 g)  + 1 L air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain.)


Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.


Murah je bawah RM 10.Pergi sendiri beli kat kedai ajinamoto..


************************************


Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan2 malu2 buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga.


Sukatan :

1) 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.

2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air. 

Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.


Waktu siraman :

waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.


Kekerapan : 

2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.


Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok:


1. Menyuburkan tanaman


Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sehat


2. Mempercepat pertumbuhan tanaman


Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.


3. Mempercepat munculnya bunga


Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.


4. Memenuhi kebutuhan nutrisi pada tanaman


Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.


5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati


Ada juga yang guna campuran minuman redbull seperti terungkap di group A Small House With A Large Garden kelolaan Pn Sara Saad


Kredit to : kak Kay Maria Actress Ori

Sumber: Nur Aidah


**************************************




Baja yakult + telur


Bahan2:-

1.1 botol yakult

2.2 biji telur ayam


Cara2:-

1.Bancuh 1 botol yakult & 2 biji telur dipecahkan dan gaul bersama

2.simpan dalam bekas botol mineral 500ml

3.biarkan dan peram selama seminggu

4.2 sudu makan pati yakult+telur dicampur 10liter air @ 1 sudu makan baja yakult+telur campur 1 baldi air(5liter)

5.siram pada pangkal pokok seminggu sekali


**************************************



~ Resipi Baja Belacan Agar Pokok Cili Mengeluarkan Banyak Buah~


Siapa sangka belacan boleh digunakan bagi membuat baja?

Pokok cili adalah antara pokok yang dikategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit. Sebab tu, pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini dikongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.


#Manfaat baja belacan ini:

- Menguatkan imunisasi pokok agar tak mudah diserang penyakit

- Menggalakkan pertumbuhan bunga

- Mengelakkan bunga melekat dan tak mudah gugur

- Kaya dengan unsur kalium (K) untuk pokok

- Menguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien

#Bahan:

Belacan – 100g

Gula molases / gula merah – 100g

Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

Botol 1.5L


#Cara buat:

- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dengan isipadu 1 liter ke atas.

- Kacau semua bahan sehingga sebati.

- Masukkan sebatian ke dalam botol 1.5L.

- Tutup penutup bekas dengan kain kasa bekas tersebut.

- Peram selama 2 minggu.

- Selepas diperam, kacau dan tapis ke dalam bekas baru.

- Sisa belacan itu boleh ditaburkan sekeliling pangkal pokok untuk dibuat baja.


#Cara guna:

10 mL pati + 1 L air biasa

- Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am atau lewat petang (5pm-7pm), dengan kekerapan seminggu sekali.

- Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran dan pokok mulberi. Hasilnya daun pokok akan lebih subur dan banyak bunga akan keluar.

Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?