Posts

Showing posts from September, 2020

MyPUSPAKOM Apps

Image
Assalamualaikum dan berjumpa lagi kita di update post terbaru ni. Kali ni nak bercerita mengenai pemeriksaan Puspakom kenderaan untuk proses tukar nama. Ok seperti kita sedia maklum, sejak musim Covid19 dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) segala urusan kita banyak tertangguh memandangkan banyak SOP yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan wabak penularan pandemik Covid19 ni. Tidak terkecuali dengan Kes nak dicerita pada kali ini, iaitu urusan tukar nama kenderaan yang memerlukan pemeriksaan kenderaan di Puspakom B2 (LKM tamat tempoh lebih 1tahun) dan B5 (tukar nama) Jika sebelum ni,bila kita nak buat pemeriksaan puspakom, kita hanya perlu pergi terus ke pejabat puspakom terdekat tanpa perlu membuat tempahan/temujanji terlebih dahulu.  Istilahnya dipanggil siapa cepat dia dapat.  Namun sejak PKP dilaksanakan dan norma baharu dalam kehidupan kita sekarang ni. Segala urusan booking kena melalui aplikasi yang boleh didapati di playstore (android) dan app store (apple) yan...

Jangan Tidur Dalam Kereta

Image
  Ada yang menyatakan, jika kita ingin tidur di dalam kereta, pastikan kita membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat. Di sini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.  Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.  ❗❗❗[ALERT] KERACUNAN KARBON MONOKSIDA- PEMBUNUH SENYAP❗❗❗ Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula!  Fast Fact ✅ Keracunan Karbon Monoksia merupaka punca utama kematian akibat keracunan ✅ Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi. ✅ Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai  “ Pembunuh Senyap” ✅ Sentiasa be...

Cara memohon Wang Tak Dituntut (WTD)

Image
Assalamualaikum, dan salam sejahtera Bertemu lagi kita di update post kalini, kita berbicara mengenai WTD ( Wang Tak Dituntut) 1. Step pertama log in ke page egumis https://egumis.anm.gov.my/ 2. Kemudian daftar id berserta password 3. Klik pada WTD 4. Masukkan butiran diri:- i. Nama ii. Alamat iii. Nombor kad pengenalan iv. Jenis bank dan nombor akaun bank 5. Klik pada Teruskan Dengan Permohonan 6. Kemudian savekan permohonan dalam bentuk PDF 7. Emel pengesahan akan dihantar pada kita dan kita dikehendaki untuk reply emel tersebut beserta i. Borang permohanan WTD ii. Scan pdf kad pengenalan depan dan belakang iii. Scan pdf akaun bank Contoh emel yang akan dihantar pada kita Rekod Berjaya disimpan. Sila muat turun Borang Permohonan Tuntutan dan dihantar bersama dokumen sokongan dalam  tempoh 30 hari   dari tarikh Borang Permohonan Tuntutan  melalui emel:  permohonan_wtd@anm.gov.my/  serahan kaunter JANM Negeri/Cawangan /pos berdaftar  kepada Pendaftar Wang T...