Tenda 4g680

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blogspot abaholskool. 1st post blog ni nak cerita sikit lah pasal modem simkad ni.


Seperti biasa boleh pesan secara online samada di shopee atau lazada. Harga dalam lingkungan rm250++ untuk 1 unit modem ni.




Keluaran tenda 4g680 boleh lah buat sementara nak menunggu modem dari unifi/tm memandangkan kawasan perumahan baru tiada lagi tiang telefon.



Ok untuk produk ni order dari pembekal ookas kalau di shopee. Maklumbalas pantas dan servis pos pun cepat.



Setakat ni menggunakan simkad dari webe (sekarang dikenali unifi) jenis prepaid. Langganan seminggu rm20 (kira sebulan rm80 untuk pakej unlimited internet dan hotspot) bagi kelajuan purata upload 5mbps dan download 5mbps pada waktu malam (selepas 7.00pm) manakala di waktu pagi 7.00am ke atas boleh capai 10-15mbps (sebenarnya bergantung pada kawasan liputan anda, memandangkan sim unifi/webe ni hanya support high speed lte) 



Bagi penggunaan hampir sebulan (modem tenda 4g680) dari tarikh beli 11 jun 2019 rasanya boleh berpuashati dengan performance modem dan kelajuan internet dari simkad ni. (Simkad webe/unifi dah pakai 2 tahun sebelum ni buat tathering hotspot pakai hand phone samsung note 4 - phone yang support band5* sebab sim webe/unifi guna band5, tapi tak tahan bateri asyik kembung tu yg alternatif tukar modem ni)

*unifi mobile's 4G network is working on LTE Band 5 (850Mhz). In order to fully enjoy 4G network, using a Band 5 supported device is recommended.




Kalau mengikut spesifikasi modem ni semua simkad telco di malaysia boleh pakai. Jadi sekian dulu untuk penerangan ringkas modem tenda 4g680 ni. 

Maxis, Celcom, Digi, Unifi Mobile, Yes4G: 
FDD-LTE: 
Band 1/Band 3/Band 5/Band 7/Band 8/Band 20/Band 28, 

TDD-LTE:
Band 38/Band 40/Band 41, 

WCDMA:
Band 1/Band 8, GSM:Band 2/Band 3/Band 5/Band 8

Link shopee kalau nak beli modem tenda ni:-


Kalau ada budget lebih boleh ambil terus modem simkad bangsawan huawei b618 65d (anggaran harga rm750++ modem ni... dulu ada dalam pakej broadband tm unifi tapi sekarang macam dah takde sebab orang subscribe plan terus batalkan sebab nak modem je plan tm broadband dulu rm500 kalau xsilap)



**Kemaskini bagi tahun 2019 bermula 1 September unifi broadband telah kembali dengan tawaran unifi air.

Boleh dapatkan di mana-cawangan TM seluruh Malaysia dengan kontrak selama 2tahun, walaubagaimana pun kawasan liputan masih terhad dan hanya tertumpu di kawasan bandar-bandar besar terlebih dahulu.

Untuk rujukan: Unifi Air



***Kemaskini setakat May 2020, unifi air pakej tidak lagi menawarkan modem Huawei B618 sebaliknya model ZTE MF283




Comments

Popular posts from this blog

Kira Jumlah Liter Air dan Sais Akuarium

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Apakah itu PSB? Dan bagaimanakah ia berfungsi?