Posts

Showing posts from April, 2025

Rim "Original" atau "Fake"?

Image
Saya tau orang selalu Cakap β€œ Aiya Bukan semua orang mampu Pakai sport rim ori mah.. mahal leh β€œ  Tapi I’m just sharing my perspective la.. just sharing ya ..πŸ˜… Kalau kita dah start Nak ubah suai Kereta Tapi budget Belum cukup, actually lebih Baik kita Pakai rim standard oem kita dulu sambil kita menabung2 untuk rim idaman kita.. Sbb rim kilang oem yg sedia Ada time kita beli Kereta actually lebih keras Dan tahan dari sport rim tiruan murah2 .. Just like kalau kita nak beli iPhone…Takkan la kita beli fake iPhone android nanti pakai 2 hari dah tak dapat buka Kan .. And also Ini safety bagi kita la .. bila kita terlanggar pothole time high speed, Kalau rim pecah kita mungkin tak dapat kawal steering kita Dan lost control ..  Apa2 pun just sharing perspective ya guys...  *Credit:-  No Limit Garage Antara contoh-contoh rim fake di pasaran, yang pecah terus selepas berlaku hentakkan atau pelanggaran Sport Rim Jepun... Ori atau Replika? 95-97% lelaki yang mempunyai kereta ...

Beza rim Flow Forming, Casting & Forged

Image
Apa itu Flow-Form? Rim flow forming dibuat melalui beberapa tahap, dimulai melalui proses cetak kemudian ditekan dengan roller dan ditarik menggunakan mesin sehingga menjadi sebuah rim (seperti membentuk tembikar menggunakan tangan untuk membuat bentuk tembikar). Mudahnya cara pembuatan ini seperti casting separuh jalan kemudian dibentuk bahagian hujungnya menggunakan mesin roller.  Dengan cara ini materialnya lebih padu dan lebih baik.  Kelebihan:   βœ…Proses pembuatan rim ini lebih kuat, ringan, dan bulat yang membuat balancing roda jadi sempurna. Harga jauh lebih murah dari rim Forged Kelemahan:  β›”Tidak sekuat forged wheels – Meskipun lebih kuat daripada cast wheels, rim flow forming masih kalah dalam hal kekuatan dan daya tahan dibandingkan forged wheels. β›”Harga lebih mahal dibandingkan cast wheels – Proses flow forming lebih kompleks daripada casting biasa, sehingga harga produksinya lebih tinggi. β›”Terbatas dalam desain – Karena prosesnya masih berbasis casting, d...

15 Perkara Perlu Anda Hentikan Jika Mahu Gembira

Image
Siapa tak mahu hidup gembira dan bahagia bukan? Kami pun mahu. Namun dalam tak sedar sebenarnya diri kita yang menjadi penghalang kepada kebahagian diri sendiri. Mungkin kita tak sedar selama ini. Nah, kami rasa perkongsian oleh pakar motivasi Dr Azizan Osman ini wajar untuk direnungkan bersama. 15 perkara yang beliau cadangkan agar kita berhenti lakukan jika mahu gembira dan bahagia. Yeay! 1. Berhenti rasa diri kita selalu betul atau kita seorang sahaja yang betul dalam dunia ini Terdapat begitu ramai di antara kita yang selalu merasakan diri sentiasa betul! Kita tak sedar kadang-kadang, bila kita sentiasa diri kita sentiasa betul walaupun sebenarnya kita betul, tidak salah kita beri orang lain peluang mengutarakan pandangan mereka serta apa yang mereka rasa. Jika sentiasa nak betul, kita banyak melukakan hati orang lain dan memberikan banyak tekanan kepada diri sendiri. Silap-silap kita boleh memutuskan silaturahim. Setiap kali kita mula nak β€œmenegakkan benang yang basah” dan mer...

9 Nota Hati

Image
Beberapa pesanan hati yang boleh kita sematkan dalam dada tatkala dirundung patah semangat: 1.Terima kenyataan dengan sepenuh hati Kita tidak akan pernah tenang dengan mengelakkan kehidupan. Hidup sentiasa berputar diluar jangkaan kita setiap saat. Kita harus sedar bahawa tidak perlu ada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa. Oleh itu, daripada kita cuba mengelakkan ia, lebih baik kita mengambil setiap peluang yang ditawarkan dan alami cabaran untuk semakin matang. Hanya dua perkara yang anda akan dapat; samada ia memberikan sesuatu yang anda idamkan, atau ia akan mengajarkan anda apa yang lebih baik pada langkah yang seterusnya. Just believe that Allah always gives something good to us. Even if it’s not good now, it will be good soon enough. 2.Bukan beban masalah yang melemahkan kita.. .. tetapi ia berkenaan bagaimana kita menghadapinya. Ki...