Posts

Showing posts from May, 2024

Saffron atau Za'faran

Image
  Saffron, yang dikenali sebagai β€œemas merah,” adalah rempah unik yang berasal dari bunga Crocus sativus. Digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan tradisional, dan juga kosmetik, saffron terkenal dengan aromanya yang khas, rasa yang halus, dan warna keemasan yang memukau. Namun, yang menjadikannya begitu istimewa bukan sekadar harganya yang tinggi, tetapi kandungan khasiat yang luar biasa di dalamnya. Setiap helai saffron mengandungi pelbagai bahan berkhasiat seperti crocin, safranal, dan picrocrocin, yang memberikan manfaat kesihatan yang pelbagai. Saffron berasal dari stigma bunga crocus sativus linneaus (turut dikenali sebagai crocus saffron). Macam mana saffron diperoleh? Menariknya tentang bunga ini, setiap bunga hanya mempunyai tiga stigmata sahaja. Setiap stigma akan dikumpulan satu per satu dan kemudian dikeringkan. Untuk menghasilkan satu paun saffron, ia memerlukan ribuan kuntum bunga Crocus sativus. Kebaikan saffron di dunia (jenis) Terdapat lima jenis saffron ya...