Posts

Showing posts from January, 2024

Cara bela ikan talapia

Image
Ikan talapia adalah ikan yang baik untuk di akuakultur pada suhu air sederhana. Mereka mudah dibiakkan, menggunakan berbagai jenis makanan semula jadi serta makanan buatan, senang bertahan dengan kualiti air yang buruk, dan membesar dengan cepat pada suhu yang hangat. Sifat-sifat ini, bersama dengan kos input yang rendah, menjadikan ikan talapia sebagai ikan air tawar yang paling banyak dibiakkan di negara-negara tropika dan subtropika. 1.~ PERUMAHAN Perumah ikan talapia adalah mengikut kemampuan dan kapasiti yang anda mahu. Jika anda hanya mahu bela kecil-kecil atau sebagai ikan hiasan, yang anda perlukan adalah sebuah akuarium. Anda boleh gunakan saiz akuarium 4 kali atau lebih. Jika anda mahu bela ikan ini sekeliling rumah secara kecil-kecil, orang sekarang banyak pakai polytank atau kolam kanvas. Jika pengalaman saya, saya hanya menggunakan tangki hitam yang sudah tidak digunakan lagi. Jika anda mempunyai tangki hitam ini, anda hanya menebuk lubang untuk paras overflow air yang ber...