Posts

Showing posts from December, 2023

Kenali Personaliti Diri melalui D-I-S-C

Image
Kenali Personaliti Diri melalui D-I-S-C Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang sangat tegas, sikap yang kelam kabut dan suka memerintah? Ada pula orang yang senang bergaul, seorang pelawak dan sangat spontan? Pernahkah anda melihat seseorang yang sangat senang duduk mendengar segala cerita dan keluhan anda? Dan ada pula orang yang sangat teliti dan cermat serta berhati-hati dalam membuat tugasannya? Segala persoalan anda akan terjawab melalui D-I-S-C Memahami personaliti yang berbeza sangat penting agar kita dapat tahu bagaimana untuk bergaul dan berinteraksi dengan mudah terhadap orang lain. Kamu berada di kelompok personaliti yang mana? DOMINANCE (Memerintah) Paulus INFLUENCE (Mempengaruhi) Petrus STEADINESS (Tenang) Abraham COMPLIANCE (Patuh) Musa Selesa bekerja sendiri Selesa bekerja bersama orang lain Selesa bekerja mengikut rutin harian Selesa bekerja mengikut sistem yang ditetapkan Memaksa Sikap yang bertarung Dominan Diktaktor Pelopor Berkarisma Memujuk Spontan Beremosi Peta...

RAHSIA DI SEBALIK TANDA TANGAN ANDA

Image
  RAHSIA DI SEBALIK TANDA TANGAN ANDA BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu. Berkawan dan mengenali untuk mendapatkan semua maklumat ini adalah cara terbaik tapi ada ketikanya ia akan membuang masa, tenaga dan lebih malang, harta-benda, jiwa dan raga bila akhirnya insan yang dikenali ini hanya indah rupa…hendak pula bila bercinta. Ketika itu, segala-galanya sudah tidak bermakna, air mata membazir sia-sia. Inilah yang dikatakan sesal kemudian tidak berguna. Justeru, ramai yang mencuba-cuba `mengorek’ rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga tanda tangan. Bukan suatu yang mudah tetapi tidak salah mencuba bukan? Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan? Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar anilisis tulisan), tanda tangan mempun...

Cara-cara membuat Sos Cili Habanero

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Berjumpa lagi kita di blog ni setelah sekian kalinya selepas pasca covid ni sebelum berakhir tahun 2023 Untuk diy kalini,kita try buat sos cili daripada cili habanero Sedikit pengenalan mengenai cili habanero ni The habanero chili comes from the  Amazon , from which it was spread, reaching  Mexico . [6]  Today, the largest producer of the habanero pepper is the  YucatΓ‘n Peninsula , in Mexico. [7]  Habaneros are an integral part of Yucatecan food, accompanying most dishes, either in natural form or purΓ©e or salsa. [8]  Other modern producers include  Belize ,  Panama ,  Costa Rica ,  Colombia ,  Ecuador , and parts of the United States, including  Texas ,  Idaho , and  California . [ citation needed ] Source:- https://en.m.wikipedia.org/wiki/Habanero Kalau mengikut julat kepedasan nya, cili habanero ni dikategorikan antara cili terpedas juga di dunia (300,000 shu) Ok tanpa membu...