Posts

Showing posts from February, 2021

ASAS PENGENALAN UNSUR BAJA

Image
Unsur Makro Unsur Mikro 1. Nitrogen 1. Boron 2. Phosphate. 2. Zink 3. Kalium. 3. Ferum 4. Magnesium. 4. Mangan 5. Sulfur 5. Molibdenum 6. Kalsium Unsur Makro 1. Nitrogen N Nitrogen sangat diperlukan dalam kitaran hidup seharian pokok. Ini kerana, nitrogen adalah unsur penting dalam pembentukan protein, yang memberi peranan dalam proses pertumbuhan pokok dan pembentukan hasilnya. Sebelum baja AB ini diperkenalkan, kebanyakan petani menggunakan baja urea yang sangat tinggi kandungan nitrogen iaitu hampir 46%. Nitrogen juga membentuk ammonium hasil gabungannya bersama elemen hidrogen. Sumber nitrogen ini diambil daripada tanah dalam bentuk nitrat (NO3–), ammonium (NH4+) atau kombinasinya dengan beberapa kombinasi metabolisme (proses di dalam tanaman) karbohidrat yang membentuk asid amino dan protein. Selain menjadi bahan penting dalam membentuk protein, Nitrogen juga berfungsi sebagai penggerak dalam pertumbuhan tanaman. Tanpa nitrogen, pelbaga

Parabolic Antenna For Modem

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia blog abahensem Jadi untuk update review ringkas untuk kali ini, kita nak bercerita tentang sebuah antenna untuk kegunaan modem wireless menggunakan simkad Ok untuk pengetahuan semua, modem-modem yang kebanyakan nya ada dijual di pasaran tu sudah dilengkapi dengan sepasang antenna (orang panggil ariel telinga arnab) Seperti yang diketahui, fungsi antena ni nak mencari signal siaran yang terbaik la untuk reception pada modem/device tu Secara asasnya, default antena pada modem sedia ada tu dah boleh tarik signal, tapi kalau anda berada di kawasan yang baik signal coverage lah. Jadi apa alternatif atau solusi untuk anda tarik signal tu kalau kawasan anda kurang signal? Maka terciptalah beberapa jenis antena untuk tambahan tarik signal tu. Di bawah ni ada disenaraikan beberapa jenis antena yang popular dijual sebagai alat tambahan Ok..untuk kalini punya review ringkas kita nak tengok mcm mana antenna ni punya penangan Di bawah

5G CPE LTE Modem

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Berjumpa lagi kita di update blog bagi pembukaan tahun 2021. Kali ni kita masih berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) Untuk review kalini, kita dapat satu lagi modem untuk diuji pakai dan diuji kelajuan internet nya Ok model CPE LTE kali ni juga berasal dari China, kalau ikut advertisement diorang claim OEM (sebenarnya copy) dari modem Huawei B612. Boleh rujuk post ni untuk megetahui tentang jenis modem:- Portable Modem & Supporting Band Kalau search di shopee/lazada boleh kita letak "Modem CP2004" sebagai keyword nya atau "Modem 4g/5g" Ok seterusnya kita cek dulu lah serba sedikit spec modem ni:- LTE CPE CP2004 MOD SET Support all Telco Hot Selling Support Band 1 / 3 / 5 / 7 / 8 / 20 / 38 / 39 / 40 / 41 - 10~20meter WIFI range - Support 10users - Support 1 LAN user connection -100% New (Best Quality) -12V adapter + 5V micro usb power (phone charger  / power bank) *p/s Kalau nak periksa