Khasiat Habbatus Sauda
Apakah itu Habbatus Sauda? Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan Utara Myanmar. Biji habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Ia dikatakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano. Kandungan Nutrisi per 100g:- ...