Setup Modem Wireless Menggunakan Simkad
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya dah lama tak update blog ni. Post yang ke18 ni sempena Perintah Pergerakan Terhad (PKP) hari yang ke 39, fasa ke 3 nak bercerita sikitlah pasal setting modem simkad ni. Ok untuk makluman, post sebelum ni ada diperkenalkan dengan 2 unit modem Tenda 4g680 dan Huawei B618-65d . Kedua-dua modem tersebut menggunakan simkad dari telco Unifi Bebas Prepaid (Tenda 4g680) & Unifi Air Postpaid (Huawei B618-65d) Jadi pada update post kalini, aku nak ceritakan semula cara tertib sebelum korang nak setup satu-satu jenis modem atau mana jenis simkad yang support area kawasan perumahan korang. 1. Periksa simkad yang bersesuaian di kawasan korang. Ada dua langkah-langkah yang aku gunakan seperti berikut:- i. Langkah yang pertama sekali, boleh download apps open signal pada apple store/google play store korang, install dan semak coverage network apa yang padu bagi kawasan korang. Open Signal Dari apps yang telah di i...